CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 7

[Tempatan] Ganjaran 20 sen bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor

[Copy link]
Post time 22-3-2018 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Ganjaran 20 sen bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor
Nina Farzuin & Janatul Firdaus
21 Mac 2018


KUALA LUMPUR - Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan yang mendakwa BN sengaja mempolitikkan isu beg plastik.

Menurutnya, kenyataan tersebut juga dilihat sebagai cubaan untuk memutar belitkan isu tersebut sehingga rakyat menjadi keliru.

“Selaku menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan penggunaan beg plastik ini dikurangkan. Bagaimanapun, kementerian tidak ada kuasa untuk menentukan kaedah terbaik bagi semua negeri.

“Bagaimana pun kenyataan saya sebelum ini diutarakan menggunakan kapasiti sebagai Pengerusi BN Selangor di mana jika BN menang di negeri itu, kita akan teruskan kaedah untuk mengurangkan plastik tapi dengan cara berbeza.

"Kita akan beri ganjaran 20 sen kepada orang ramai yang membawa beg plastik mereka sendiri,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Manivannan membuat kenyataan janji BN Selangor untuk memberi beg plastik percuma dan memberi ganjaran 20 sen didakwa bermotif politik dan tidak matang.

Katanya, tindakan tersebut juga dilihat sebagai kepentingan bagi BN memenangi semula pentadbiran Selangor.

Mengulas lanjut, Noh berkata, cadangan untuk memberikan ganjaran tersebut dilihat sebagai tindakan  yang lebih adil kepada pengguna malah diyakini akan lebih menjayakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik di Selangor.

“Kerajaan Selangor hari ini hanya tahu menghukum dengan mendenda 20 sen. Dalam tempoh empat bulan, pendapatan daripada penjualan beg plastik adalah lebih kurang RM1.8 juta.

“Jadi berapa juta beg plastik telah dijual dan adakah kempen ini berjaya. Bagi saya ia tak berjaya tapi yang berjaya adalah mereka yang menjual beg plastik,” katanya.

Noh berkata, polisi baharu ini akan lebih menguntungkan rakyat di Selangor.

“Sekarang mereka hanya kutip 20 sen, kemudian duit ini dia buat apa? Untuk aktiviti kebajikan apa? Apa kena mengena, patutnya duit ini buat aktiviti kempen supaya kurangkan plastik.

“Jadi apa yang saya cakap, kalau BN menang di Selangor, kita akan adil. Pengguna yang tak bawa bayar 20 sen tapi yang bawa beg sendiri, mereka ini juga perlu diberi ganjaran,” jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya amalan ini dipraktiskan ia akan menjadi gaya hidup rakyat.

“Duit itu kita beri semula kepada rakyat. Jadi bayangkan, akhirnya kalau semua rakyat ini memikirkan kalau bawa beg plastik dapat 20 sen.

“Nanti saya yakin mereka akan membawa beg plastik sendiri untuk dapat 20 sen dan lama-lama akan jadi satu cara hidup bawa beg sendiri,” ujar Noh.en bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor.

#prusinar
#aparakyatmahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la P.Ramlee ada buat movie bagi upah 20sen kat budak2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:16 PM | Show all posts
tu diaaaaaa... pick-up line dia
BN in Sgor vs "denda" 20 sen, ramai yg rela bayar denda!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Noh omar pun lagi sekor bahalol macam theresa kok
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi 20 sen bawa beg plastik sendiri pun sama juga.. ada beg platik ...
Bawa kain pelikat atau kain batik ... pastu bungkus barangan dengannya  ..


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 22-3-2018 12:10 PM
Patut la P.Ramlee ada buat movie bagi upah 20sen kat budak2...

Ha..ha....

Hari ni hari lahir Allahyarham P.Ramlee....
Tadi kat MHI tunjuk mcm mcm....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa cadangan bg 20 sen tu lg munasabah dan lbh berjaya untuk kurangkan penggunaan beg plastik kat malaysia kalau based pada sikap dan mentaliti rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes 20sen x habis lgnak bg 20 sen plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.628193 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list