CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 3

[Tempatan] Minyak enjin kitar semula di Lembah Klang di pek semula guna jenama terkenal

[Copy link]
Post time 22-3-2018 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-3-2018 11:15 AM

Kuala Lumpur: Minyak enjin kenderaan kitar semula menggunakan jenama terkenal atau lebih dikenali sebagai minyak ‘piau’ dikesan dijual secara berleluasa di bengkel kereta, lori serta motosikal di sekitar Lembah Klang pada harga hampir 50 peratus lebih murah berbanding jenama asli.

Kebanyakan minyak hitam berkenaan diperoleh sindiket daripada bengkel yang memang menyediakan tong dram khas untuk melupuskan minyak hitam yang ditukar pelanggan.

Minyak yang dibuang itu dijual pada harga antara RM40 hingga RM80 untuk satu tong dram sebelum minyak berkenaan disedut dan ditapis berulang kali menggunakan alat kimia khas hingga menjadi jernih kekuningan.

Minyak itu kemudian dipek semula sebagai minyak baru menggunakan pelbagai jenama terkenal untuk dijual kepada pelanggan dengan harga diskaun.

Pelanggan pula tidak kisah membeli minyak hitam berkenaan asalkan harga murah.

Bagi pengusaha bengkel atau peniaga pula kebanyakan mereka tahu minyak yang dijual adalah minyak kitar semula tetapi demi mengaut keuntungan mereka sengaja tidak memaklumkan kepada pelanggan.

Namun, aktiviti penjualan minyak hitam kitar semula itu sedikit terbantut apabila tiga premis yang menjual alat ganti kenderaan di ibu negara diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, semalam, hasil risikan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam serbuan itu, 517 bekas 4 liter minyak enjin menggunakan jenama antarabangsa dirampas.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, selain minyak hitam, turut dirampas adalah 34 unit minyak gear dan 22 unit minyak brek tiruan.

Katanya, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan pemilik jenama minyak berkenaan di negara ini yang mengesan aktiviti penjualan minyak tiruan itu kepada pelanggan.

“Bertindak atas aduan itu, KPDNKK Kuala Lumpur mewujudkan tiga pasukan bagi membuat pemeriksaan di tiga premis terletak di Taman Segar, Taman Daya dan Taman Melati bersama wakil jenama minyak itu di negara ini.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui 517 bekas minyak hitam, 34 bekas minyak gear dan 22 bekas minyak brek tiruan yang dijual kepada pelanggan sebagai minyak asli,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahran berkata, hasil siasatan mendapati pemilik premis memperoleh bekalan daripada pembekal dan tahu bahawa ia adalah barangan tiruan namun tetap menjualnya bagi mengaut keuntungan mudah.

Katanya, nilai keseluruhan minyak yang dirampas itu adalah sebanyak RM41,430.

“Semua barangan dirampas mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan dikenakan denda sebanyak RM15,000 bagi setiap unit barangan disita bagi syarikat manakala denda RM10,000 bagi setiap unit untuk perseorangan juga boleh dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami turut merampas dua salinan invois, lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta dokumen pesanan penghantaran,” katanya.

Formula campuran minyak sayuran

Boleh menjahanamkan enjin kenderaan. Itu kesimpulan dibuat pakar automobil terhadap penggunaan minyak pelincir tiruan yang dikesan tidak mempunyai daya untuk merendahkan suhu pada enjin.

Pemilihan dan penggunaan minyak hitam yang betul memainkan peranan penting bagi memastikan ketahanan enjin yang menjadi ‘jantung’ setiap kenderaan.

Pakar industri pemotoran Ahmad Salihin Abd Rahim berkata, secara umumnya, minyak pelincir di pasaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu mineral, semi synthetic dan fully synthetic.

Menurutnya, ada beberapa cara minyak tiruan dihasilkan, malah dijual dengan harga sama seperti minyak tulen di pasaran.

“Cara yang paling senang dan digemari sindiket adalah dengan mencampurkan minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran sebelum ia dipek semula menggunakan jenama asal.

“Cara kedua adalah dengan menapis minyak pelincir terpakai berulang kali sehingga ia kembali kelihatan jernih. Ia dijual sebagai jenama tiruan atau menggunakan jenama baru,” katanya ketika dihubungi wartawan NSTP semalam.

Menurut beliau, minyak pelincir berfungsi menggerakkan dan melicinkan geseran keluli di dalam enjin selain menyerap haba yang terhasil akibat geseran itu.

“Enjin kenderaan dibina menggunakan keluli atau logam. Justeru, apabila enjin dihidupkan, komponen dalam enjin akan bergerak dan bergesel antara satu sama lain. Ini akan menghasilkan percikan dan haba.

“Bagaimanapun, minyak pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu enjin kenderaan cepat panas. Geseran menjadi kasar dan haus dan akhirnya menyebabkan kepanasan melampau pada enjin,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 12:11 PM | Show all posts
celaka laaa yang jual benda2 gini.  cepat rosak laa enjin.  harap penipu ni mati dilenyek lori kontena.   
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:15 PM | Show all posts
Macam2 cara nak menipu demi dapat keuntungan zamans sekarang ni.   Guna minyak recycle cam ni mana tak rosak enjin jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:42 PM | Show all posts
dah pemantauan tak dilakukan...sepatutnya...kena pantau sebab dah dikenakan GST...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.523812 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list