CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 6

[Dunia] Sebuah Syarikat Di Indonesia Didapati Menjual Produk Tamat Tempoh

[Copy link]
Post time 22-3-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 22-3-2018 12:08 PM

Kaya jual makanan lama

https://www.hmetro.com.my/global/2018/03/323284/kaya-jual-makanan-lama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 2:07 AM

Agensi


POLIS Jakarta Barat mempamerkan produk makanan yang dirampas dan suspek yang ditangkap dalam satu sidang media di sebuah gudang di Tambora, kelmarin. - Warta Kota

Jakarta: Polis Indonesia membongkar aktiviti sebuah syarikat yang mengaut keuntungan lumayan dengan mengubah label pada produk makanan yang sudah tamat tarikh luput sebelum menjualnya semula.

Ketua polis Jakarta Barat, Hengki Hariyadi berkata, syarikat itu, PT PRS menjalankan aktiviti itu sejak 2014 di Jakarta, Jakarta raya, Papua dan Medan serta meraih keuntungan mencecah Rp6 bilion (RM1.71 juta) sebulan.

“Siasatan dilakukan selepas beberapa pengguna membuat laporan kerana makanan yang dibeli mereka berubah bentuk dan rasa.

“Produk makanan yang dibeli dari pasar raya terkenal itu kemudian disahkan makanan sudah tamat tarikh luput,” katanya dalam satu sidang media kelmarin.

Jakarta Post melaporkan, polis mula menyiasat kes itu pada 24 Februari lalu dan menahan tiga suspek terdiri daripada pengarah syarikat serta dua pengurus gudang di Cengkareng dan Tambora.  Katany, produk makanan yang ditemui di gudang berkenaan bukan hanya keluaran tempatan tetapi diimport dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Australia.

Polis merampas 90,080 produk makanan dari pelbagai jenama yang disimpan di tiga lokasi.

Menurutnya, lokasi pertama adalah gudang di Tambora digunakan untuk menyimpan dan menukar label pada produk makanan yang sudah tamat tarikh luput itu.

“Lokasi kedua adalah pejabat syarikat itu di Hayam Wuruk dan terakhir di sebuah gudang di Cengkareng yang digunakan untuk menyimpan produk yang sedia untuk diedarkan ke pasaran.

“Kami masih mengembangkan kes ini dan masih menyiasat sekiranya ada individu lain yang terbabit dengan kegiatan berkenaan,” jelasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa tsunami Aceh kemain indon kutok kita bagi bantuan barang expired katanya ... padahal indon tongong  tak tau bezakan antara "USE BY" & "BEST BEFORE" .... @resiel @Kepitingbakau
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas banjir besar kelantan aritu, tahun berikutnya sekolah kkk i, sekolas org asli berasrama dilambakkan dengan sardin, mi segera dan few more yg dah lepas tarikh luput. Katanya stok banjir yg x agih kn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jijik nya perangai indon kaki claim bodoh infiniti ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 23-3-2018 12:02 PM
Lepas banjir besar kelantan aritu, tahun berikutnya sekolah kkk i, sekolas org asli berasrama dilamb ...

apasal masa dapat tak agih..dah expired baru nak agih..orang asli tu bukan manusia ke yang duk bagi makanan expired tu..semoga mereput la orang2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 25-3-2018 12:02 PM
apasal masa dapat tak agih..dah expired baru nak agih..orang asli tu bukan manusia ke yang duk bag ...

Lg pulak jarak time banjir n sekolah dpt supply tu xsmpi setahun pun..mayb dlm 6 bulan..mknn tu dah expired.maknanya masa diorg hantar pd pusat pengumpulan banjir tu, mknn tu memang dah dekat tarikh luput la..kira macam nak clear stok lama je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 25-3-2018 12:08 PM
Lg pulak jarak time banjir n sekolah dpt supply tu xsmpi setahun pun..mayb dlm 6 bulan..mknn tu da ...

jahat nya..tak kalau nak clear stok lama pon cepat2 la agih kat sapa2 yang perlu..ni dah la barang nak expired..duk simpan buat apa..kesian la sapa dapat barang rosak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088321 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list