CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 695|Reply: 2

[Tempatan] Mazlan Aliman ditahan berkaitan video di FB

  [Copy link]
Post time 22-3-2018 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Berita
Mazlan Aliman ditahan berkaitan video di FB
Diterbitkan 22 Mac 2018, 9:43 pagi  |  
   

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dikatakan telah ditahan oleh polis pada awal pagi ini.

'Saya ditahan polis di rumah jam 1.35 malam ni. Dibawa ke IPD Kulai," kata Mazlan, yang juga anggota Majlis Tertinggi AMANAH, dalam satu catatan ringkas di Facebook.

Isterinya menambah dalam satu komen bahawa polis memberitahu mereka dia ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).

Malaysiakini  sedang berusaha menghubungi ketua polis daerah Kulai (OCPD) serta isteri Mazlan mengenai perkara ini.

Pada hari Isnin, laporan polis dibuat terhadap video YouTube di mana Mazlan didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkata dakwaan sedemikian menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Rosmah di kalangan warga maya.

Beliau juga berkata ia telah merosakkan reputasi dan integriti anak guamnya.

Katanya, selepas berbincang dengan anak guamnya itu, dia telah diarahkan untuk membuat laporan polis mengenai video itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 11:36 AM | Show all posts
Peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkata dakwaan sedemikian menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Rosmah di kalangan warga maya.
persepsi tak baik boleh dibuat kpd kit siang,guan eng,tun m..kalo najib & rosmah kena persepsi baik2 je
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tuduh terang terangan mendapatlah

Cuba buat cara forumner CI pakai nick kak mah ke, akak pink ke, etc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065663 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list