CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3803|Reply: 4

HAARP: Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

[Copy link]
Post time 22-3-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode





Amerika Syarikat dikatakan mempunyai senjata moden yang boleh mengawal cuaca dan juga menguasai minda manusia.

Senjata yang sama juga dikatakan telah mengakibatkan gempa bumi Acheh yang mencetuskan tsunami, gempa bumi di Pakistan, Haiti dan Filipina yang meragut banyak nyawa. Terkini, gempa bumi di Jepun juga dikaitkan dengan HAARP!



Sejauh mana kebenarannya?

Pernah dengar pasal HAARP? HAARP merupakan singkatan kepada High Frequency Active Auroral Research Program, satu program yang dikatakan dibina bagi tujuan mengkaji lapisan ionosfera bagi potensi mengembangkan lagi teknologi yang berkaitan dengan komunikasi. Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Tentera Udara US, Tentera Laut US, Universiti Alaska dan juga Agensi Kajian Projek Baharu Pertahanan.


MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Mula dibina pada tahun 1993, fasiliti bagi HAARP ini didirikan di Gakona, Alaska. Dan juga tempat ini seperti mana kawasan-kawasan misteri lain di US, diklasifikasikan sebagai kawasan larangan yang menyebabkan lebih banyak lagi kontroversi yang dapat diundang.



HAARP akan menghalakan isyarat radio sehingga 3.6MW, pada kawasan 2.8 hingga 10 MHz dalam jalur HF (frekuensi tinggi) kepada lapisan ionosfera. Isyarat yang dipancarkan akan berubah daripada putus-putus kepada berterusan bergantung kepada keadaan. Kesan daripada pemancaran isyarat tersebut, tempoh pemulihan bagi lapisan tersebut dapat dikesan dengan peralatan yang khusus.


Seterusnya, hasil dapatan ini akan dilanjutkan kepada kajian mengenai ciri-ciri ionosfera yang dapat membantu dalam menambahbaik teknologi sedia ada, kerana peralatan seperti GPS, Pemetaan dan lain-lain banyak bergantung kepada maklumat seperti ini.

Peralatan paling penting yang ada di fasiliti HAARP ini ialah IRI (Ionospheric Research Instrument). IRI merupakan sebuah susunan pemancar radio berfrekuensi tinggi dengan kuasa yang sangat hebat. Ianya terdiri  daripada satu 180 antenna yang tersusun dalam susunan 12 X 15 yang memenuhi satu kawasan seluas 33 ekar yang bersamaan dengan 13 hektar.

Oleh kerana IRI ini sangat berkuasa dan boleh melakukan Ionospheric Super Heating, maka di sini lah bermulanya kontroversi berkaitan dengan Projek HAARP ini.



HAARP didakwa dapat menggunakan isyarat radio bagi memanipulasikan cuaca dan boleh menjadi pencetus kepada beberapa kejadian bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan banjir besar.

Kontroversi lain ialah termasuk daripada Jurnal Ketenteraan Russia yang menyifatkan ujikaji HAARP terhadap lapisan ionosfera hanya akan mencetuskan keadaan yang boleh mengubah medan magnetik bumi.

Seorang penulis buku Nick Begich juga memaklumkan mengenai kemampuan HAARP untuk mencetuskan gempa bumi dan menukarkan lapisan atmosfera bumi kepada "kanta raksasa" yang akan membakar angkasa.

Manakala seorang ahli teori konspirasi yang terkenal, Jesse Ventura pula mempersoalkan kerajaan US dalam menggunakan HAARP bagi mengawal cuaca atau menyerang manusia dengan gelombang radio yang boleh mengawal otak manusia. Beliau juga dihalang daripada memasuki kawasan kajian tersebut sekalipun pernah membuat permohonan secara rasmi.






sumberiKGUHAiLMi






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawal cuaca dan otak manusia. 2 perkara yg plg penting dlm khdpn kita.

Tp kita ada Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:19 AM | Show all posts
so istilah "mind yr own business" da tak boleh pakai lagi ke?
sekiranya mind & wheather dicontrol,
then we left only FAITH...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 06:59 PM | Show all posts


There is nothing funny about this actually..
Prophet Muhammad SAW on Scientific Technolgy & Revolution
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.084576 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list