CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 9

[Tempatan] Dividen LTAT 12.5 peratus

[Copy link]
Post time 22-3-2018 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Ahli LTAT dapat dividen 12.5 peratus mulai esok
22 Mac 2018 4:33 PM

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pertahanan mengumumkan yang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan jumlah pendapatan bersih berjumlah RM667.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, LTAT akan membayar dividen dan bonus untuk tahun 2017 pada kadar 12.5 peratus kepada ahli-ahli yang layak.

Dividen dan bonus tersebut katanya, akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum mulai esok.

Menurutnya, bayaran dividen dan bonus tersebut meliputi dividen 6 peratus dan bonus khas sebanyak 6.5 peratus dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif.

“Secara purata, kadar yang diisytiharkan pada kali ini adalah lebih tinggi berbanding purata kadar dividen dan bonus semenjak LTAT ditubuhkan pada 1972 iaitu sebanyak 11.3 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan ke Program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hishammudin menambah, jumlah pendapatan bersih kali ini meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu RM72.1 juta berbanding perolehan RM595 juta pada tahun sebelumnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 05:25 PM | Show all posts
Dekat2 nak election ni haruslah semua dividen dan bonus mencanak2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 05:42 PM | Show all posts
untongla tahun adanya PRU, semua bonus tinggi2 belaka.... ASB, TH, KWSP..... kami beri dividen n bonus sbb ekonomi booom
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 05:53 PM | Show all posts
so tentera la dpt ke cane
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:19 PM | Show all posts
bank rakyat hawat tak umum2

kurang2 12%
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:20 PM | Show all posts
Muntz replied at 22-3-2018 05:25 PM
Dekat2 nak election ni haruslah semua dividen dan bonus mencanak2.

bykkan membaca. cuba gugel sejarah dividen LTAT setiap tahun. dgn satu klik saja kau dah nampak graf dividen tiap2 tahun. memang tiap2 tahun konsisten 14%-16%.   dividen LTAT bersaing sengit dgn dividen Bank Rakyat yg konsisten bagi 14%-15%.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 06:21 PM | Show all posts
jofizo replied at 22-3-2018 05:42 PM
untongla tahun adanya PRU, semua bonus tinggi2 belaka.... ASB, TH, KWSP..... kami beri dividen n bon ...

bertahun2 dah dividen LTAT konsisten 14%-16%  . tak kan tak pernah tahu kot ?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:24 PM | Show all posts
tobby replied at 22-3-2018 06:21 PM
bertahun2 dah dividen LTAT konsisten 14%-16%  . tak kan tak pernah tahu kot ?

“Secara purata, kadar yang diisytiharkan pada kali ini adalah lebih tinggi berbanding purata kadar dividen dan bonus semenjak LTAT ditubuhkan pada 1972 iaitu sebanyak 11.3 peratus,”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 06:45 PM | Show all posts
Edited by adm7 at 22-3-2018 06:46 PM
jofizo replied at 22-3-2018 06:24 PM
“Secara purata, kadar yang diisytiharkan pada kali ini adalah lebih tinggi berbanding purata kada ...

Main bold je ke tak paham apa yang diboldkan tu?

Sekarang ni dah ada google tlg la manfaatkan kemudahan untuk benda yang berfaedah. Bukannya susah nak cari info.
LTAT ni skim persaraan mcm EPF, KWAP dan bwh dia ada byk syarikat antaranya Boustead, BHP, Affin
Dividen tahunan diorg mmg range mcm tu sejak kebelakangan ni

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:54 AM | Show all posts
Muntz replied at 22-3-2018 05:25 PM
Dekat2 nak election ni haruslah semua dividen dan bonus mencanak2.

2018 wonder year
nikmatinya selagi stok masih ada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.407212 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list