CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 8

[Politik] Lawak ke der: Dr Mahathir buat kejutan di Wacana Sinar, semua terkedu. Dah lah t

[Copy link]
Post time 22-3-2018 06:26 PM | Show all posts |Read mode

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan apabila menghadiri Wacana Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.

Bekas perdana menteri itu hadir bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?"

Beliau yang berbaju kelabu ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan disambut dengan meriah oleh penyokong dan hadirin.

Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Bekas perdana menteri itu, kemudian menulis di Twitter mengenai kehadirannya.

“Ada forum bertajuk, “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” Saya hadir. I’m here guys. Say it to my face, ciapnya.

[size=1.25em]

Perdana Menteri selama 22 tahun itu kemudiannya dijemput ke pentas untuk menyertai perbincangan berkenaan.

“Bila saya letak jawatan... saya ingat saya boleh naik cruise (kapal layar),” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Dr Mahathir juga berkongsi rahsianya kekal sihat pada usia mencecah 93 tahun.

“Ramai tanya saya macam mana nak jaga badan, bagi saya jangan terlebih makan. Bila sedap makan berhenti kata mak saya.
“Saya aktif bukan tubuh badan sahaja malah akal fikiran.
“Dari dahulu saya aktif iaitu memikir dan menyelesaikan masalah. Dari segi menjaga kesihatan saya sedar kalau kita terlalu gemuk ia tidak bagus,” katanya.
Sambil mengakui dirinya didesak untuk menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan, Dr Mahathir mengakui senang dengan perkembangan politik hari ini.
“Bila saya lancar Deklarasi Rakyat, pembangkang sertai saya. Saya banyak kali nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namun tak jalan.
“Bukan senang nak dalam kumpulan pembangkang kerana dahulu saya pernah kutuk mereka dan mereka pernah kutuk saya,” katanya.
Beliau juga mengakui bahawa golongan muda hari ini lebih berani bercakap berbanding dahulu.
“Ramai yang kawan saya dahulu, takut nak dekati saya sekarang ini rentetan pilihan politik saya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
thread dah ada laaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:37 PM | Show all posts

hah terkedu muka sorang2

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan sgt tun..
X mcm sorg lg tu..

@dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg terdesak sgt tun jadik pm  ?
Anak babah jugak kan .  hahaha ..  desak kunun .
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai punya tuan pondan xde telur nak dtg @tobby @whitemagic @rashiman @dcruins
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 09:14 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 22-3-2018 09:12 PM
Cacai punya tuan pondan xde telur nak dtg @tobby @whitemagic @rashiman @dcruins

betul betul kau ni jilat kan ludah kau dulu dulu tak malu ke
kau ni lagi jijik dan hina dari lim kit siang yang super hina tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:10 PM | Show all posts
aku cuma nak komen Doc Phd  tu..camtu ke cara dia bercakap masa buat viva? lulusan dari univ mana  ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekor2 terkucil tun m dtg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.274376 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list