CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 9

[Tempatan] Hukum pelajar bermasalah, rotan tindakan terakhir sekolah!

[Copy link]
Post time 22-3-2018 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Rotan tindakan akhir
22 Mac 2018


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan hukuman rotan tindakan terakhir terhadap pelajar selepas amaran dan denda dilaksanakan dalam usaha membendung masalah disiplin dan salah laku di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menegaskan tindakan merotan tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya.

Menurutnya, tindakan itu juga seiring prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka untuk pengurusan sekolah di mana ia mewujudkan persekitaran terbaik dalam melahirkan modal insan.

"Oleh itu, kita ada tiga proses iaitu proses pertama amaran. Amaran adalah apabila pengetua atau guru besar berpendapat jenis salah laku kelakuan murid ia kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat, maka ada amaran.

"Lepas amaran, proses denda, selepas proses denda ada penahanan. Selepas proses-proses ini selesai baru ada hukuman rotan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berpendapat,  pimpinan sekolah iaitu guru besar atau pengetua harus ada pendekatan memaklumkan kepada ibu bapa selepas segala proses ini telah dilakukan.

Kamalanathan  berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Pasir Puteh) yang bertanya mengenai ancaman dan risiko dialami guru, termasuk menerima saman mahkamah ketika menjalankan tugas untuk mendidik pelajar.

Tambahnya, tanggungjawab mendidik pelajar adalah amanah yang perlu dipikul segenap masyarakat, berbanding meletakkan bebanan terbabit di bahu guru.

Katanya, kementerian turut menyediakan garis panduan, SOP kerja lengkap bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru serta murid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 22-3-2018 10:58 PM

baiklah murid murid forumer kertu sekalian. untuk latihan hari ini kita buat karangan dengan sambungkan ayat berikut; Aku dulu masa kecik kena rotan.................(120 patah perkataan)

100 markah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:10 PM | Show all posts
Lepas amaran, proses denda, selepas proses denda ada penahanan. Selepas proses-proses ini selesai baru ada hukuman rotan


Lawak2
Cakap mudah sangat orang2 atas ni.
Bile jadi kes beso nnt baru tanya kenapa pihak sekolah x buat tindakan dari awal.
Pastu nnt boleh create program baru lagi.
Pastu kene wujudkan file lg.
Mende yang sama akan berulang.
Sedangkan nk isi kesalahan murid ponteng dalam sistem pun kene ade kebenaran guru besar.
Takut nanti rating sekolah jatuh, yang menyebabkan KPI HEM daerah jatuh.
So kesimpulannye buat2 je macam murid x buat kesalahan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la rotan2 ni. Buang sekolah je teros. Lantak ko la if takda sekolah tanak terima ko. Dah hansuang sangat. Nak tunjuk samseng bukan di sekolah ya adik2 - pi join terus kongsi gelap tu jadik ahli seumur hidop kalau ada teloq. Ni takat buli budak2 baik, budak nerd buat hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:33 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 22-3-2018 10:57 PM
baiklah murid murid forumer kertu sekalian. untuk latihan hari ini kita buat karangan dengan sambung ...

yang pasti ayat akhirnya mesti berbunyik dan akhirnya aku berjaya jadi orang. padahal tak sedar diri masing2 perangai macam monyet keluar hutan. monyet pun mulia lagi. dasar masuk bakul angkat sendiri punya 'orang'.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 22-3-2018 11:33 PM
yang pasti ayat akhirnya mesti berbunyik dan akhirnya aku berjaya jadi orang.    ...

bangga sangat kan dengan canang ke serata alam yg diri dia hanya dapat dibentuk dengan kaedah kekerasan. sedangkan kalau ikut fitrah hati, hanya dengan kelembutanlah potensi seseorang itu dapat dikembangkan sebaiknya & menjadi manusia yg empathy serta bermanfaat
bagi aku mereka yg menyokong agar kaedah kekerasan diimplimentasi dalam mendidik & mendisplin kanak kanak adalah ' terrorist in disguise'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2018 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes tu bila murid ni marah cikgu sebab kena denda. ....derang palit tahi sendiri kat kereta cikgu. ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:09 PM | Show all posts
pi lantak kan je budak bermasalah tak mau belajar semua tu..
pandai la mak bapak dorang nak bela anak sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 07:53 AM | Show all posts
samseng sekolah skrg kalau anak org ada2 mangsa yg akan dipersalahkan.. pengetua sanggup suruh mangsa tukar sekolah drp suruh samseng yg kuar drp sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 22-3-2018 03:20 PM
Takyah la rotan2 ni. Buang sekolah je teros. Lantak ko la if takda sekolah tanak terima ko. Dah hans ...

btw, betul ke rumour ada pelajar yg masuk sekolah baru (selepas dibuang sekolah, mak pak cari sekolah byk kali), buat hal balik, budak tu kena rotan dan denda, kemudian mak pak saman sekolah baru tu? sekolah area kk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.163248 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list