CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 771|Reply: 1

[Tempatan] Hanya 85-90 peratus jawatan kosong diisi. Cuepacs gesa isi 100 peratus

[Copy link]
Post time 22-3-2018 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Cuepacs gesa pengisian perjawatan capai 100 peratus
22 Mac 2018


MELAKA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan untuk memastikan pengisian perjawatan di setiap agensi, jabatan atau badan berkanun di negeri dan persekutuan mencapai tahap 100 peratus.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah itu penting terutama bagi perjawatan di barisan hadapan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, efektif dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan kerajaan.

“Kita menerima banyak aduan berkaitan masalah perjawatan yang tidak diisi daripada pelbagai pihak baik agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di peringkat persekutuan dan negeri dengan perjawatan yang diisi hanya sekitar 85 hingga 90 peratus sahaja.

“Kekosongan perjawatan yang ada ini disebabkan pelbagai faktor terutamanya persaraan. Perkara ini perlu diambil serius pihak yang melakukan lantikan perjawatan seperti Suruhanjaya Perhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana ia akan menyebabkan tenaga kerja atau kakitangan tidak mencukupi sehingga boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bual Bicara Ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Kekaf) Zon Selatan bersama Presiden Cuepacs di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kekaf Mohd Hamidi Saleh.

Mengulas lanjut, Azih berkata gesaan berhubung pengisian jawatan itu tidak melibatkan permintaan pertambahan waran perjawatan baharu sebaliknya mengisi perjawatan sedia ada.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga secara tidak langsung dapat meringankan beban kerja penjawat awam dalam melaksanakan tugas seharian yang semakin mencabar dengan tekanan luar termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya lebih 30 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini mengalami masalah psikiatri disebabkan tekanan yang dialami dan situasi ini dikhuatiri bertambah serius sekiranya langkah proaktif tidak dilaksanakan segera.

“...pembukaan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar membolehkan kerajaan membantu rakyat berurusan secara lebih mudah dan fleksibel tetapi ia menyebabkan kekurangan tenaga kerja kerana mereka yang bertugas di sana adalah daripada (jumlah) kakitangan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata pengumuman elaun khas RM200 sebulan kepada 13,342 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara berkuat kuasa 1 April ini merupakan keprihatinan kerajaan terhadap skop kerja jabatan berkenaan yang semakin mencabar dan berisiko.

"Pemberian elaun berkenaan diharap dapat meningkatkan lagi produktiviti anggota bomba dan penyelamat seterusnya memberi keyakinan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan kerajaan," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm.         
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.061026 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list