CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3989|Reply: 57

[Tempatan] Malaysia Airlines mungkin terbang semula ke Los Angeles, Paris

  [Copy link]
Post time 22-3-2018 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia Airlines mungkin terbang semula ke AS, Perancis
Diterbitkan 22 Mac 2018, 6:29 petang  
   

Malaysia Airlines berkemungkinan menyambung semula penerbangannya ke Amerika Syarikat (AS) dan Paris di Perancis, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB), Kapten Izham Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada penerbangan ke kedua-dua negara itu akan disambung semula dalam masa terdekat ini susulan perasmian kemudahan ruang menunggu serba eksklusif Golden Lounge Malaysia Airlines yang diberi nafas baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Malaysia Airlines bertindak menggantung semua penerbangannya ke Los Angeles yang menjadi bandar raya tunggal di AS bagi perkhidmatan ke Kuala Lumpur menerusi Tokyo pada 2014 manakala penerbangan ke Paris dihentikan pada 2016.

Mengulas perkembangan rangkaian MAB, Izham berkata syarikat itu dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada kadar 3.0-4.0 peratus dalam masa dua tahun akan datang.

"Sekiranya Malaysia Airlines berjaya mencatat pemulihan, pertumbuhan itu dijangka lebih pesat pada 4.0-5.0 peratus. Saya mempunyai tiga tempoh iaitu tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun (dari sekarang)," katanya.

Ditanya mengenai destinasi baharu MAB di rantau Asia Pasifik, Izham cuma berkata : "Tunggulah nanti."

Dalam pada itu ketika berucap, beliau berkata MAB telah mengembangkan rangkaiannya ke China menerusi empat laluan baharu termasuk Nanjing dan Haikou serta menyambung semula penerbangan ke Surabaya bagi trafik umrah dan haji.

Malah, MAB turut menambah kekerapan penerbangan ke Seoul (Korea Selatan) dan menyasarkan untuk menyambung semua perkhidmatannya ke Brisbane (Australia) pada Jun ini.

Sementara itu, ruang menunggu Golden Lounge itu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk ruang isitirehat, ruang mandi, perkhidmatan sajian makanan seperti laksa dari pelbagai negeri, ruang solat, ruang keluarga, bilik menukar lampin dan bilik merokok.

Ia yang beroperasi 24 jam, boleh memuatkan sehingga 330 tetamu di ruang kelas perniagaan dan 125 tetamu di ruang kelas pertama, pada satu-satu masa.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
... indon dah kecut perut, Garudada masih tak mampu gi Usa @resiel @Kepitingbakau
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 02:08 AM | Show all posts
bagusnya, dari 3 kali tukar plane, boleh dua kali aje dah
quebec - paris - malaysia...

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:30 AM | Show all posts
semoga MAS terus maju..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:38 AM | Show all posts
faraway1 replied at 23-3-2018 02:08 AM
bagusnya, dari 3 kali tukar plane, boleh dua kali aje dah
quebec - paris - malaysia...

betul betul

letih tukar flg banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 23-3-2018 10:44 AM
faraway1 replied at 23-3-2018 02:08 AM
bagusnya, dari 3 kali tukar plane, boleh dua kali aje dah
quebec - paris - malaysia...


Sekarang ni pun kan boleh 2 kali juga, naik Brits Air? Dengan Qatar air pun boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2018 10:47 AM | Show all posts
pyropura replied at 22-3-2018 09:42 PM
Sekarang ni pun kan boleh 2 kali juga, naik Brits Air? Dengan Qatar air pun boleh

mostly plane berlepas dari toronto atau montreal,
so dari quebec, kena naik plane juga untuk ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:30 PM | Show all posts
Baguslah kalau nak sambung semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-3-2018 01:13 AM
... indon dah kecut perut, Garudada masih tak mampu gi Usa  @resiel @Kepitingbakau

KEMUNGKINAN atau LIHAT NANTIq ayat2 yg familiar tunggu hari raye kuda eeH terbang kat AS jangan tempek flag malon kat body MAS harap maklum rakyat us tak de kenal nati kena pintas us air foces
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepitingbakau replied at 23-3-2018 06:07 PM
KEMUNGKINAN atau LIHAT NANTIq ayat2 yg familiar tunggu hari raye kuda eeH terbang kat AS ...

Mas pernah terbang  ke LA dan NYC, so kacang aje tu untuk mulakan penerbangan itu... contact networking  semua sudah ada di sana ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 23-3-2018 10:52 PM
Kepitingbakau replied at 23-3-2018 06:07 PM
KEMUNGKINAN atau LIHAT NANTIq ayat2 yg familiar tunggu hari raye kuda eeH terbang kat AS ...


. . Rute KL - LA tu takde masalah, sering penuh saja,tidak rugi walau untungnya tidak sebesar macam rute China/India/Australia...kelmarin  yg bikin rugi Mas cuma mismanagement/political inteference - overcharge by the caterer, too many suppliers sampai 20ribu, over staff, too many discounted rate pada sodara mara kroni, plus social responsibility pada rural people, rute2 majoriti nya untung ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-3-2018 10:21 PM
. . Rute KL - LA tu takde masalah, sering penuh saja,tidak rugi walau untungnya tidak besar macam  ...

Oh ye ke apasal tak rugi kena stop?maskapai bukan nak tunjok haibat boleh terbang urrope blabla tapi tiada keuntungan tiada faedah karena sekali rugi tiap tahun boleh mencecah berjuta juta
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:38 PM | Show all posts
Ingat masa kecil dulu tgk tv iklan MAS route Johannesburg. Ada tunjuk singa.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 ingat route LA dah lama kena axed back in early 2000s..rupanya in 2014. JFK xnak start balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:43 PM | Show all posts
Apasal tak buka route Germany. Dulu ada route pi Frankfurt. Malaslah nak transit flight pi Jerman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepitingbakau replied at 23-3-2018 10:31 PM
Oh ye ke apasal tak rugi kena stop?maskapai bukan nak tunjok haibat boleh terbang urrope blabla ta ...

Sebab kondisi kewangan sudah kronik waktu itu, ditambah dengan kehilangan 2 pesawat wide body buat long haul, so priority diberi pada rute2 yg untung nya lebih besar, seoerti Aussie, China, Japan, Middle East....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 23-3-2018 10:43 PM
Mati2 ingat route LA dah lama kena axed back in early 2000s..rupanya in 2014. JFK xnak start balik k ...

Mas tak penah ke JFK, yang dulu tu ke Newark ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-3-2018 10:43 PM
Apasal tak buka route Germany. Dulu ada route pi Frankfurt. Malaslah nak transit flight pi Jerman.

Khennn... padahal antara negara Europe, tourist Jerman paling ramai setelah UK kalau tak silap ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-3-2018 10:38 PM
Ingat masa kecil dulu tgk tv iklan MAS route Johannesburg. Ada tunjuk singa.

Dulu Mas ada ke Buenos Aires, Mexico, Rome, Vienna, Manchester, Stockholm, Hawaii, mana lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 12:02 AM | Show all posts
dah upgrade lounge tu sila upgrade F&B service skali.... jgn bagi waiter tahap2 caterer kenduri kahwin saja....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.066577 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list