CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4158|Reply: 26

[Jenayah] Update: (dah ditangkap,suspek masih memakai alat EMD)4 penyamun 'Toyota Hilux' b

  [Copy link]
Post time 23-3-2018 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sehirkedi at 26-3-2018 01:20 AM

***Update:
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@nstp.com.my

LELAKI layak digelar 'hati kering' apabila dia yang masih memakai peranti pemantauan elektronik (EMD) ditahan bersama dua penjenayah lain selepas disyaki terbabit dalam kes samun pacuan empat roda di Sungai Long, Kajang, Rabu lalu.

Semua suspek berusia 26 hingga 35 tahun ditahan di beberapa kawasan sekitar Kajang pada Khamis dan Jumaat lalu menerusi hasil siasatan polis dan laporan oleh pemilik Toyota Hilux berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semakan polis mendapati tiga lelaki itu memiliki beberapa rekod jenayah berkaitan kes samun di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

“Lelaki yang memakai peranti EMD itu mempunyai rekod jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan dia masih berada dalam pengawasan selama dua tahun termasuk tidak dibenarkan keluar dari kawasannya di Kedah.

“Selain jenayah samun, kita akan mendakwa lelaki itu di mahkamah kerana melanggar arahan berkenaan yang memperuntukkan hukuman lebih berat termasuk penjara sehingga 15 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Sempena Hari Polis Ke-211 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Kata Fadzil, semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifilasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan, dan Seksyen 393 kanun sama kerana cubaan melakukan samun," katanya.

Khamis lalu, NSTP melaporkan polis memburu sekumpulan penyamun yang aktif menyasarkan pemilik pikap Toyota Hilux sebagai mangsa di sekitar kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.

Sebelum ini, gambar beberapa individu yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Sungai Long dan Bukit Mahkota Cheras, tersebar melalui laman sosial.

Ia memaparkan imej beberapa individu menaiki Perodua Myvi dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, dengan kenyataan memaklumkan supaya orang ramai berhati-hati dengan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 6:19 PM


KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis giat mencari sekumpulan empat lelaki yang didakwa aktif melakukan kegiatan samun di kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima beberapa laporan mengenai kejadian samun dan cubaan samun kumpulan tersebut.

“Modus operandi kumpulan itu dengan menyerang mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Hilux ketika berhenti di kawasan stesen minyak dan tepi jalan dengan menggunakan senjata seperti parang serta pisau.

“Mereka dikesan aktif melakukan jenayah samun sejak akhir Februari lalu dan hingga ke hari ini, satu kes samun melarikan Toyota Hilux serta empat kes cubaan samun kereta jenis sama telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, lima kertas siasatan sudah dibuka, satu di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan samun berkumpulan dan empat lagi di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan samun.

Katanya, orang ramai yang mengenali individu terbabit atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, Asisten Superintendan Mohd. Irwan di talian 0173168097. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/4-lelaki-di-cari-kes-samun-bersenjata-1.632772#ixzz5AVCCHMGL
Utusan Melayu (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 02:29 AM | Show all posts
India ... aii ingatkan Indonesian tadi. Soon harus mati ditembak di tol highway. Tunggu jer lah. :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 23-3-2018 02:29 AM
India ... aii ingatkan Indonesian tadi. Soon harus mati ditembak di tol highway. Tunggu jer lah. :-)

hahahaa.. kan...rupanya tempatan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tembak bagi mampos jah tambhi2 ni semua.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Laluan bandar.mahkota.cheras.yang.ke dalam.tu agak.sunyi kan
Iols.dolu saja.bawak.mak.iols.jenjalan round.dlm.tu...sunyi.je...belahndepan.kat juscomtu meriah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 07:17 AM | Show all posts
Alaaaaa isssue encounter sh0ot down je laaa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tak pandai. ...sebab main2. ..bila dah umur meningkat terasa nak ada macam orang ada.....yalah duit tak ada. ...jalan bodoh nak dapat duit merompaklah. ...elok ditembak sampai mati. ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nahas la kome kalau jumpa yang bersenjata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 09:02 AM | Show all posts
hrp polis cepatlah dpt tangkap dorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:21 AM | Show all posts
hilux mmg top jadi sasaran samun kete
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
pprt nya dek
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 23-3-2018 09:21 AM
hilux mmg top jadi sasaran samun kete

sesuai lah dengan pemandu heshe jua. rata rata bawak kereta macam babi.
layak la kena samun dek.
kifarah kot???
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 23-3-2018 07:44 AM
Sekolah tak pandai. ...sebab main2. ..bila dah umur meningkat terasa nak ada macam orang ada.....yal ...

Kalau keling estet ni banyak atas sebab2 kemiskinan & diskriminasi, tak boleh salahkan 100% juga ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:53 AM | Show all posts
Changa replied at 23-3-2018 09:35 AM
sesuai lah dengan pemandu heshe jua. rata rata bawak kereta macam babi.
layak la kena samun dek.
...

x blh la ckp mcm tuh....bkn semua pemandu perangai camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:12 AM | Show all posts
bawak hilux langgar je la penyamun tu biar mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:27 AM | Show all posts
Nah sape nak tgk gambar ASP Mohd Irwan. Dah macam atok dah pun @multinicky




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 10:30 AM | Show all posts
Ada juga kes akibat kecuaian pemandu. Tinggal hilux tak berkunci. Kononnya nk lintas jalan pergi seberang sana. Dekat je. Padahal dalam masa yg sama pencuri penyamun mata liar sedang memerhati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 23-3-2018 09:21 AM
hilux mmg top jadi sasaran samun kete

nk jual ke afrika kot...pengganas sana kan pakai 'menate' ni...(pernah kuar kt akhbar tmpatan isu ni).
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik-kecik tak mati besar-besar susahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:15 AM | Show all posts
aiyoyoo anneyyy
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077516 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list