CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1589|Reply: 20

[Tempatan] Satu2nya kerajaan di dunia yg beri rawatan ubat Sofosbuvir secara percuma

[Copy link]
Post time 23-3-2018 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia satu-satunya kerajaan di dunia yang memberikan rawatan ubat Sofosbuvir secara percuma untuk penyembuhan (curative) bagi penyakit Hepatitis C. Kos asal seorang pesakit bagi rawatan ubat Sofosbuvir selama 12 minggu adalah mencecah kos RM 300,000. Tetapi rakyat Malaysia dapat menikmatinya percuma bermula tahun ini. Ubat ini sudah diedarkan ke 18 buah hospital pakar di seluruh negara. Target kerajaan adalah bagi memastikan rakyat Malaysia bebas dari penyakit Hepatitis C menjelang tahun 2030, InsyaAllah.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
awal tt koje hr ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus la..bole nmpk potongan subsidi lain ke kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 23-3-2018 08:09 AM
awal tt koje hr ni

Utk berita baik bgus la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:25 AM | Show all posts
healthcare harga runtuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Terimakasih PM yang baik kena sokong..harap harap lepas ni rawatan cuci buah pinggang pun percuma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
INIpun tetiba.
Ramai ke rakyat marhaen ada hepatitis C?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:02 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 23-3-2018 08:52 AM
INIpun tetiba.
Ramai ke rakyat marhaen ada hepatitis C?

8, 9 yrs ago masa kerja iols masih d hospital, quite a number of cases jgak...
nowadys iols tak sure...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana teruk pun pemimpin kerajaan ni, tp mmg kena admit la, healthcare hospital kerajaan negara ni antara yg terbaik dan termurah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 10:11 AM | Show all posts
sbb tu kalau jatuh sakit jgn lah jatuh sakit di obersea ..   kesian pakcik yg jatuh sakit di korea tu bil hospital cecah 1 million sampai anak2  setiap sorang tpaksa buat personal loan utk byr bil si bapak.  bayangkan masing2 kena bayar personal loan utk 10 tahun.  moga dipermudahkan...


Bercuti ke Korea, Jatuh Sakit Kini Caj Rawatan RM20,000 Sehari
Tiada siapa yang mahukan percutian bersama keluarga tercinta akan berakhir dengan peristiwa tidak dingini.

Lebih menyedihkan, jika sesuatu yang buruk itu menimpa insan disayangi yang sudah berusia dan tidak pernah menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan, apatah lagi penyakit kritikal sebelum ini.

Kisah yang menimpa Abdul Manaf M Noh tular di media sosial kira-kira dua minggu lalu lalu, namun selepas 19 hari dimasukkan ke wad sebuah hospital di Korea, pihak keluargannya masih berdepan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.  “Jumlah bil terkini telah pun mencecah RM800,000 dan kami adik beradik telah membuat pembayaran sebanyak RM300,000 menggunakan wang simpanan sendiri.

Mahfiz dan bapanya bergambar bersama di Korea sebelum Abdul Manaf dikejarkan ke hospital.


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:16 AM | Show all posts
adakah sebelum ni kalau ada pesakit hepatitis C walau kt spital kerajaan kena bayar ratus2 ribu? Memang tak mampula mcm tu... ingatkan semua treatment di hospital kerajaan free...  ada la a few things yg kena byr mcm lense mata.. plat besi ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastikan rakyat Malaysia je yang dapat...rakyat Malaysia...diulang rakyat Malaysia sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 23-3-2018 11:39 AM
Pastikan rakyat Malaysia je yang dapat...rakyat Malaysia...diulang rakyat Malaysia sahaja

Setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 23-3-2018 11:39 AM
Pastikan rakyat Malaysia je yang dapat...rakyat Malaysia...diulang rakyat Malaysia sahaja

Kadang2 kat paper je tulis HANYA untuk rakyat Malaysia.....
Tapi selagi orang tak tau yang ada lagi benda haram selain dari makan babi... paper je la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:07 PM | Show all posts
malaysia ni dari segi kesihatan dah menuju ke negara mundur balik..
macam-macam penyakit yang dah pupus and tak patut ada dah merebak semula..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 12:11 PM | Show all posts
shamsadis replied at 23-3-2018 11:39 AM
Pastikan rakyat Malaysia je yang dapat...rakyat Malaysia...diulang rakyat Malaysia sahaja

ERTI  SAKIT BAGI PENDATANG BANGLA vs RAKYAT KITA

"Mujibur...you akan mati," kata Dr Farid sambil melihat Mujibur dengan serius.

Dr Farid dipanggil oleh seorang doktor muda (MO) kerana pesakit ini enggan dimasukkan ke hospital semata-mata tak mahu membayar kos hospital yang tinggi untuk warga asing sepertinya.  Kemasukan ke dalam hospital  kerajaan mestilah didaftarkan dengan pendahuluan deposit RM800/- untuk Wad Kelas Ke-3.  Ini tidak termasuk kos pendaftaran dan kos rawatan observation yang wajib dibayar semasa pendaftaran sebelum berjumpa doktor.  Jika terpaksa melakukan operation jantung sudah tentulah kos untuk warga asing sepertinya akan mencecah lebih RM60,000 bergantung kepada komplikasi.

"Tada apa duktur... ini sakit tada apa. Sakit saiya sudah hilang. Kasi saiya injection, saya balik mau kirija," kata Mujibur dengan senyuman palsu. Tubuhnya berpeluh2 dan sejuk sekali. Tekanan darahnya rendah.

Mujibur sedang mengalami serangan jantung yang serius. Bacaan ECG nya menunjukkan otot2 jantung sebelah kirinya yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh sedang mati.

"This is extensive anterior STEMI. Siapkan Streptokinase," kata Dr Farid mengarahkan kepada stafnya.

"Mujibur...you sekarang kena heart attack. You tak boleh balik. You kena masuk ICU jantung. Ini sakit tak boleh injek dan kasi baik terus and you balik," kata Dr Farid sambil menerangkan sekali lagi kepada Mujibur.

Mujibur memejamkan mata sambil air matanya mengalir.

Dr Farid mengalihkan perhatian kepada rakan2 Mujibur. Kesemua mereka juga adalah dari Bangladesh. Dr Farid menerangkan kepada mereka pula dengan harapan mereka boleh bantu menjelaskan kepada Mujibur.

Mereka mengangguk2 dan kemudian menjelaskan bahawa Mujibur sebenarnya menahan sakit agak lama. Dia sudah 4 tahun di Malaysia dan dia ada anak2 dan isteri serta ibu yang perlu ditanggung di kampung. Tidak berkerja bermakna pendapatannya akan terputus dan keluarganya kelaparan. Itu sebabnya dia bersungguh2 mahu pulang semula ke tapak binaan dan berkerja.

Dr Farid kagum melihat kesatuan hati para warga asing ini. Mereka bersatu hati mengumpul derma kilat agar dapat membayar deposit dan menbantu mengurangkan beban yang Mujibur sedang hadapi.

Majikannya pula sibuk bertanya berapa lama Mujibur akan duduk di hospital kerana dia merancang utk menghantar Mujibur secepat mungkin balik ke Bangladesh kerana menanggung bil hospital warga asing adalah membebankan kewangan syarikat dan baginya Mujibur sudah tidak produktif.

Akhirnya Mujibur masuk ke CCU dan pada malam harinya Dr Farid mendapat tahu dia meninggal dunia kerana berlakunya renjatan jantung yang serius.

Demikianlah senario biasa yang berlaku di jabatan kecemasan saban hari. Episod2 kesedihan yang meruntun jiwa yang tidak diceritakan di dalam drama TV kita. TV kita paparkan doktor tackle jururawat dan lebih banyak menghabiskan masa memujuk girlfriend yang merajuk.

Meanwhile...di zon hijau pula.....

Dr Farid didatangi oleh seorang doktor pelatih (HO).

"Boss....ada masalah. Pesakit marah2 dan maki hamun kat bilik 7," kata Ikhwan dgn cemas. Ikhwan adalah HO yang hanya tinggal seminggu menghabiskan posting di jabatan kecemasan.

"Aisey....awat dia marah?" tanya Dr Farid dengan
kaget.

"Dia ada kurap kat punggung boss. Dia mintak MC, MO tak kasi. So dia mengamuk sebab dia kata kuota MC dia banyak lagi tak guna lagi," kata Ikhwan.

Demikianlah juga senario lumrah di zon mak kau hijau melibatkan orang kita. Betapa manjanya kita berbanding Bangla.

Hari ini Isnin...staf2 kecemasan seluruh negara dah standby ke belum utk rempuhan kaki MC rakyat malaysia?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 12:11 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-3-2018 12:07 PM
malaysia ni dari segi kesihatan dah menuju ke negara mundur balik..
macam-macam penyakit yang dah p ...

Penyakit2 ni dah mula muncul semula sejak bermulanya kebanjiran pendatang asing, Sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 12:19 PM | Show all posts
setahu aku hepatitis c ni mmg kritikal utk industrial,
if one da ada infection, definately kena buang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada pula yang meratib harga yahudi mabuk  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 23-3-2018 09:06 AM
Mcm mana teruk pun pemimpin kerajaan ni, tp mmg kena admit la, healthcare hospital kerajaan negara n ...

Betul  tu.. Teruk mcm mana pun kerajaa .. Gomen hospital memang OK..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057048 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list