CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2305|Reply: 7

KJ Suka Sangat Pakai Stoking Lain Warna! Rupa-Rupanya Ada Sebab...

[Copy link]
Post time 23-3-2018 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Foto: Instagram KJ



Khairy Jamaluddin sememangnya terkenal sebagai seorang menteri yang berketrampilan menarik dan menjaga cara pemakaiannya.

Pendek kata memang padan selaku tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan di kementerian tersebut.

Bahkan jika anda mengikuti Instagramnya (@KhairyKJ) pasti perasan bahawa KJ adalah seorang yang gemarkan stoking yang mempunyai warna-warna yang striking walaupun sedang dalam pakaian formal. Ini kerana bagi beliau, warna stoking yang ceria dan menarik akan memberikan satu mood yang baik untuk si pemakainya.



Foto: Instagram KJ



Baru-baru ini, KJ telah memuat naik sekeping foto di Instagramnya yang menunjukkan beliau memakai stokin yang tidak sama pasangannya ketika menghadiri sidang Parlimen. Sebelah kuning dan sebelah lagi bercorak belang biru.





Rupa-rupanya KJ mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau memadankan stokin tersebut sebegitu. Menurut posting IG itu, KJ memberitahu tujuan dia memakai sedemikian kerana ingin menunjukkan sokongannya bersempena Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac yang lalu.



Foto: Instagram KJ



Bagi KJ Hari Sindrom Down Sedunia itu terasa dekat dengannya kerana beliau sendiri mempunyai anak saudara yang menghidap sindrom down. Tambah beliau lagi, sepatutnya sindrom down bukanlah satu perkara yang patut dimalukan dan sepatutnya masyarakat normal perlu memberi sokongan kepada mereka untuk menjalani kehidupan sama seperti orang lain.





Foto: Instagram KJ



Para netizen turut terkesan dengan posting IG KJ tersebut dan ramai yang sedar bahawa Sindrom down bukannya satu penyakit bahkan ia perlu diraikan dengan cara memberi sokongan dan layanan seperti orang biasa.













Usaha KJ ini sememangnya patut dipuji kerana beliau memanfaatkan pengaruhnya di sosial media dengan memberikan kesedaran sebegini kepada orang ramai. Ini barulah betul-betul social media Influencer! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2018 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila KJ pakai nampaklah style nye.. Tapi bila aku pakai, sah2 kena bahan ngan member2... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 09:57 AM | Show all posts
Nothing new bebudak kpop dah lama pakai stokin lain warna cam ni bukan setakat stokin je kasut pun kadang lain warna tak kecoh pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 10:08 AM | Show all posts
KJ pakai xpe la kot...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 09:18 PM | Show all posts
oh abam kj :x
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Still teringat pasal tweet choke me daddy tu hahahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 11:57 AM | Show all posts
cube kalau die bukan menteri.. harus org keji..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 12:58 PM | Show all posts
100 juta mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054762 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list