CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10159|Reply: 14

Jom Bercuti Ala Kampung Di Keriang Hill Resort, Lokasi Wajib Kalau Ke Utara..

[Copy link]
Post time 23-3-2018 05:06 PM | Show all posts |Read mode


Sempena Road To Agro Tourism Siri ke 4 (Perlis-Kedah) yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia baru-baru ini, terdapat banyak lokasi menarik di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi. Siri penjelajahan hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut telah membongkar sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu.


Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia.


Pondok tradisonal memberi suasana ala kampung


Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati kala menginap di Keriang Hill Resort.  Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang, Kedah dengan topografi bukit batu kapur serta sawah padi terbentang luas. Ianya terletak 10 kilometer daripada bandar Alor Setar, Kedah yang terkenal dengan panggilan Jelapang Padi Malaysia.


Reka bentuk rumah tradisonal dengan sedikit sentuhan diraja


Resort ini mempunyai 15 pondok penginapan dengan pelbagai rekaan bersejarah berserta landskap dengan konsep rumah kampung terdahulu. Menariknya, ia adalah reka bentuk asal rumah tradisional yang terdapat di sekitar Kedah. Yang mana rumah ini dibina oleh tukang handal untuk memudahkan ianya diangkat dan dipindahkan. Rumah-rumah ini kemudiannya dibawa ke kaki bukit ini dan dibaiki untuk dijadikan pondok penginapan.


Pondok Keluarga mampu memuatkan seramai 4 orang.


Keriang Hill merupakan satu lokasi ideal bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan resort ini iaitu “Back To Kampung Life”. Percutian idaman ini membawakan anda keluar dari kesibukan kota dan hanyut dalam keindahan pokok-pokok redup dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas.


Pelbagai menu hasil tangan Chef Nazri


Selain memberikan memori istimewa kepada pengunjung yang menginap di Keriang Hill, santapan ala Puteri juga dapat dinikmati di restoran The Puteri terletak berdekatan resort. Restoran ini menawarkan pelbagai sajian daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat.


Dengan bertemankan ketenangan tasik, juadah yang dinikmati pasti menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan.


Kedamaian turut dirasai apabila ruangan santai dibina jauh dari kesibukan kota.


Terdapat dua jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu pondok pasangan dan keluarga. Perbezaan pondok ini adalah pondok pasangan dilengkapi sebuah katil King manakala pondok keluarga disertakan dua buah katil Queen. Harga bermula daripada RM200 -  RM300 (tidak termasuk GST). Antara kemudahan lain adalah dewan, bilik mesyuarat, dataran, gimnasium, kolam renang dan pentas utama.


Menarik bukan? Siapa yang mahu merasai nostalgia berada di kampung, bolehlah ke sini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang chef wan dok.promot tu
Mmg syiok tgk kalau mengikut.dlm.ig chef wan tu
Tapi..kg apak.iols.pon.kat kedah..alang alang balik.kampung saja laaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik. Short staycation sesuai ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
wow macam best je kalau bawak atuk nenek cuti kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 01:12 PM | Show all posts
cantik sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 09:40 AM | Show all posts
mcm bes je...anak iols slalu teringin nk ada kg mcm ni...

huhuhh mama dia pon xmerasa ada kg yg bebetul kg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mcm aman damai jer nmpak
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 05:39 PM | Show all posts
uish kampung iols nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 09:32 AM | Show all posts
kalu ada dusun buah2an lagi best ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:03 PM | Show all posts
naikla keriang hill alang alang tu.

best jugak. takdela tinggi mana. leh nampak pemandangan smpi ke alor setar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:49 AM | Show all posts
This is the great choice for everyone who is aware in this crucial topic. As for me, I'm a fan of educational blog http://educationalprocess.strikingly.com/ but the items like this are also so interesting for me.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:11 AM | Show all posts
Bestnye.. nampak sgt mendamaikan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 08:13 AM | Show all posts
best sini sbb rumah-rumah traditional, memang mengimbau kenangan lalu. tempat pun dekat sawah bendang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:26 AM | Show all posts
kat sini kalau malam2 seriau tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.182070 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list