CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5035|Reply: 56

[Tempatan] Graduan Harvard calon MB Selangor sekiranya BN menang di Selangor?

[Copy link]
Post time 24-3-2018 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Voyagers at 24-3-2018 11:22 AM

Graduan Harvard


Khabar mengenai muka baru – Isham (gambar) – yang merupakan lepasan pusat pengajian terkemuka dunia Universiti Harvard akan bertanding di DUN di Selangor juga kedengaran.






Siapa calon menteri besar Selangor dari BN masih lagi menjadi tanda-tanya sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaru, nama yang disebut bakal dicalonkan sebagai menteri besar daripada BN ialah Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil.

Nama Isham yang merupakan graduan Universiti Harvard itu antara nama yang mungkin bertanding di DUN Paya Jaras yang sebelum ini dimenangi PAS.

Malaysiakini sudah menghubungi Isham untuk bertanyakan tentang pekara ini namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Dalam pilihan raya umum ke-13, PAS buat pertama kalinya berjaya merampas DUN yang sebelum ini disandang BN.

Ketika itu, PAS mencalonkan Mohd Khairuddin Othman dan mendapat 21,808 undi mengalahkan penyandang DUN berkenaan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang hanya memperolehi 16,286 undi.

Dengan majoriti sebanyak 5,522 undi, PAS yang ketika itu bersama Pakatan Rakyat merampas DUN berkenaan yang selama ini dipegang BN sejak 1986.

Pada PRU13, DUN Paya Jaras yang terletak di bawah Parlimen Subang merupakan kawasan majoriti Melayu dengan mempunyai pengundi sebanyak 43,617 - dengan 57 peratus Melayu, Cina 30 peratus dan India 11 peratus serta lain-lain bangsa dua peratus.

Sekiranya persempadanan semula pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat Rabu depan, akan wujud dua kawasan Parlimen baru daripada kawasan sedia ada iaitu Subang dan Petaling Jaya Utara kepada P106 Damansara dan P107 Sungai Buloh.

Dengan dua Parlimen baru itu, ia akan mewujudkan perbezaan pengundi yang besar antara dua kawasan parlimen yang dicadangkan itu.

Bagaimanapun, terdapat sedikit ‘konflik’ ketika ini apabila Ketua Umno bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail dikatakan mahu bertanding di DUN Paya Jaras sekiranya tiada persempadanan semula.

Zein yang juga ketua penerangan Umno Selangor akan menyerahkan kerusi berkenaan kepada Isham jika persempadanan dilakukan kerana beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang atau nama barunya Sungai Buloh.

Perkara ini bagaimanapun tidak menjadi isu kerana persempadanan semula pilihan raya akan dibentangkan pada minggu depan dan ia hanya memerlukan majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Umno Selangor memberitahu, personaliti serta latar belakang pendidikan Isham juga menjadi antara perkara utama beliau dilihat ‘cocok’ untuk dicalonkan sebagai menteri besar kerana BN perlu menawarkan susuk tubuh yang mampu menyaingi Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut sumber itu lagi, ketika ini, Umno serta BN Selangor tidak mempunyai calon yang sesuai untuk bersaing dengan Azmin.

“Dekat Selangor ini siapa sahaja yang ada untuk dicalonkan jadi menteri besar. Kita perlu menteri besar yang boleh bersaing dengan Azmin.

“Selangor ini, kalau Umno orang tahu (Tan Sri) Noh (Omar) dan (Datuk Seri) Jamal (Yunos). Itu sahaja yang terkenal.

“Noh orang Selangor tak suka, Jamal pun sama. Jadi siapa lagi yang ada. Isham ini kalau kita tengok dia, dia boleh bersaing dengan Azmin, dia ada latar belakang pendidikan yang bagus dan dia juga bersih,” kata sumber itu lagi.

Dalam pelan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawasan Petaling Jaya Utara yang dinamakan semula sebagai Damansara akan memiliki kira-kira 150,000 pengundi manakala Subang yang ditukar kepada Sungai Buloh akan memiliki kira-kira 70,000 pengundi.

Jumlah pengundi di Subang (Sungai Buloh) berkurangan selepas DUN Bukit Lanjan yang kini di bawah Subang akan dipindahkan ke Parlimen Damansara manakala manakala Kota Damansara serta Paya Jaras akan diletakkan di Parlimen Sungai Buloh.


Dengan mengasingkan DUN Bukit Lanjan, ia menunjukkan ‘longgokan’ pengundi Melayu di Parlimen Sungai Buloh dan sekaligus memberi peluang cerah kepada BN untuk menawan kerusi Parlimen dan DUN.

Sehubungan itu, graduan universiti terkemuka dunia dalam bidang ekonomi, politik dan undang-undang itu akan menempuh laluan mudah untuk menang di DUN Paya Jaras sekiranya persempadanan semula diluluskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rakyat mesia nak org tua okey... org muda taknak katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 10:27 AM | Show all posts
marumaru replied at 24-3-2018 10:22 AM
rakyat mesia nak org tua okey... org muda taknak katanya..

butthurt knp... pru nti undilah calon muda,,, susah?

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu lulusan harvard..
Sebab pengundi selangor mmg dah pandai..
Pengundi negeri lain tu je yg tak berapa cerdik nak berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Politik ni tak pandang lulusan.

Politik pandang ko kaya ke tak?

Kalau miskin macam mana nak tolong rakyat...kau nak cekau duit mana?

Hujung2 kau sendiri cekau duit negeri untuk diri ko dan kroni2 ko macam UMNO miskin papa lahnat cilanat curi duit rakyat untuk menyara hidup kluarga keturunan miskin keparat turuntemurun tapi nafsu biawak.

Kalau takda British tinggalkan harta dan KTM , kapal korek lombong sikit untuk UMNO, mesti malaysia jadi somalia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je jutawan2 dan billionaire2 Malaysia ni jadi MB dan PM biar tak lapor kebulor macam Najib dan Mahathir tu.

Yg kaya2 tu lebih mampu dr engkorang yg lulusan oberc kerja pon dok mengampu membodek parti zaman Melayu purba UMNO.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan jamal tongkol.....

Penat kulu kilir pakai towel lah...tunjuk tak de air....tetiba org lain tercalon....

Lunch free akn diteruskn tak selepas kuar berita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:35 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 24-3-2018 11:37 AM

utk terus jadi mb selangor idoklah kot..
kena bagi one-term dulu sbg adun selangor..
klu dia bertanding kwsn aku, maybe aku akn undi la kot... sib baik kt paya jaras

dr sebagai wakil adun, baru dia perolehi pengalaman dan sokongan politik..

awal2 ni setakat standard budak berhingus bak kata @lkick2113 wlpn lulusan harvard sekalipun

mukhriz dulu berbeza sbb apak dia mmg well-known among kedahan dan pas pis pus pun sgt lemah dan bermasalah kt kedah mase tu..

knowing sesapa yg bekerja di samping perdana menteri ni ade masalah populariti sket, cabaran utk menang tu masih 50-50
wlpn begitu, aku sokong dia ni menang rather than other umno candidate mcm noh omar, satim diman even jamal sekalipun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Berebut kerusi laaa koranggg
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
takkan lah orang cerdik lulusan Harvard nak jadi tunggangan orang2 bongok? nanti Harvard tarik balik segala pengiktirafan baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
berlulusan Harvard tidak semestinya ada leadership. setakat dengar cakap penyamoon2 tak payah lah jadi MB
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:51 AM | Show all posts
ahmad maslan pun cgpa 3.85 ke atas masa kat uni dulu..

pandai neh ada mcm2 jenis..
pandai menipu, pandai belaja, pandai agama, pandai buat kek, pandai buat alasan, pandai mencuri, pandai jaga anak, pandai kemas umah, pandai shopping, pandai segala pandai laa dll..

tapi nampak meletzz jugak calon neh, hehehe..
airmuka pun nampak cerdik..
kesian laa plak noh omar n encik jamal kalo calon harvard neh masuk btanding..


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jibun tak serik dengan pengalaman lepas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 12:47 PM | Show all posts
isham ni budak sekolah alam shah..ramai geng2 dia tak berapa suka attitude mamat ni
apapun asalkan bukan Noh Udang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 12:56 PM | Show all posts
melopong la noh dgn jamal
dua2 tu bangang xde tokoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:16 PM | Show all posts
Edited by zjen at 24-3-2018 01:17 PM

pak udang tak meroyan ke ...  main cincai hantam sekor budak baru,  PKR pon boleh letak lebih byk calon awek cun cam Nurul Izzah

lagipon this fellow bukan hensem pon,   kebolehan dia nobody know,  cabaran dlm UMNO pon belum di rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka baru lulusan harvard bakal diperkude kan oleh senior tiada kelulusan. Selamat berangan yach
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmmmm labu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina replied at 24-3-2018 11:51 AM
ahmad maslan pun cgpa 3.85 ke atas masa kat uni dulu..

pandai neh ada mcm2 jenis..

Apa guna harvard ke oxford ka hujung2...hampehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 24-3-2018 11:35 AM
utk terus jadi mb selangor idoklah kot..
kena bagi one-term dulu sbg adun selangor..
klu dia berta ...

Kalau ikutkan PM nak aku bertanding DUN ehem2 untuk up aku jadi MB Selangor, tapi aku Kata dgn PM, Kalau lawan aku bukan @totokreturn  aku tak nak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.075125 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list