CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10506|Reply: 90

Elfira Sebak Ibu Dikecam

  [Copy link]
Post time 24-3-2018 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by gekkou at 24-3-2018 04:33 PM

PELAKON Elfira Loy terharu dan tidak mampu menahan sebak ketika bercerita mengenai ibunya iaitu Filzah Yusuff yang sanggup mempertahankan maruahnya ketika dia berdepan kecaman netizen.
Elfira atau Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri, 24, berkata dia mengagumi wanita tersebut dan percaya apa yang dilakukan oleh ibu itu merupakan perancangan terbaik.
"Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan ini kerana tak nak orang kutuk saya atau salahkan saya.
"Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita yang kuat.

"Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap (ayat buruk) macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik," katanya.
Elfira berkata demikian menerusi siaran langsung di laman Instagram adiknya, @ezlisaaloy pada Jumaat.
Dalam siaran tersebut, Elfira turut melancarkan program bual bicara baharu diberi nama The El Live Show yang bakal bersiaran secara langsung di laman Instagram miliknya setiap bulan.
Sementara itu, pelakon drama Separuh Jiwaku ini menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk terus bangkit dan kuat berdepan ujian hidup.


"Saya kuat dan terus berada di sini kerana emak saya, dia wanita yang sangat kuat dan sebab dia saya nak terus berlakon dan buat saya nak kerja keras.
"Dia sumber inspirasi saya kerana dia tak pernah berhenti bekerja dan sentiasa fikir fasal anak-anak dan bukan sebab diri sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong perjalanan karier sepanjang bergelar anak seni.
Meskipun, mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku, namun ucapan dan kata-kata semangat itu membuatkan dirinya terus kuat.

"Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa sokong dan selalu berada dan memahami saya. Saya tahu anda tak tahu cerita sebenar tapi terus bagi kata-kata semangat.
"Saya baca semua mesej peribadi dan ucapan itu buatkan saya bersemangat, mungkin ada yang rasa benda itu simple tapi ia membuatkan saya jadi lebih kuat setiap saat," katanya.
Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat netizen apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat.

Berita Cedok Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2018 04:37 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh laa mak ko duduk diam2 takde la org nak kecam....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masih retis ke? Dah lama x nampak product heshe kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ja yg tgk rncgn tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 04:58 PM | Show all posts
Elli.. you are not relevant anymore. So is your mother father hor!

Please do yourself a favour... hibernate
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buhsannye asik cite pasal dia ni je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Show kat laman instagram?? Apesal tak sebut IgLive Show jer?? Mula2 baca ingat talk show kat tv yach, huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwwshut up already
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever. Cuma nak cakap kurang kan kegedikan, kurangkan ke-hyper-an, kurangkan la apa2 yg patut dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pertahankan maruah? mak kau dulu buka cerita.. so maruah dipertahankan atau dikoyakkan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon bapa elfira sound anak dia ni supaya stop bg statement.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak abis daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak bunyik la anak beranak ni! Diam je boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
move on jer elpira
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoiii.. Tk mereput lagi Kerr???????  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala mak oiiiii, sudah sudah ler tu. Mak si El ni sebijik cam nek sinah. Over! Lebih sudu dari kuah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat show sendiri ke ni? Sbb takde job dah? Show pulak di ig. Baikla buat youtube channel je terus
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mak mengalahkan acik bawang...nak salahkan netizen pulak..mak kuat apa..mak yang cari pasal..  so annoying
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 06:18 PM | Show all posts
Laaa
24 ke die ni
Mati2 aku igt dah 30 an
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.124301 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list