CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wnwa05

[Politik] Perbandingan pemerintah BN dan Pakatan Harapan. Siapa calon PM pilihan korang?

  [Copy link]
Post time 26-3-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang muda belum ngerti betapa liciknya Che det dan kroni manipulasi media, ekonomi, gov machineri untuk kepentingan Dorang. Dorang punya onar, orang lain dapat nama busuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 10:02 PM | Show all posts
Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    *  
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    *  
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    *  
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    *  
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    *  
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
    *
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

    * Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
    * Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
    * Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
    * Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
    * Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
    * Memaksa Petronas membeli saham Proton.
    * Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
    * Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
    * Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
    * Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
    * Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:


    * Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
    * Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
    * Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

    * Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
    * Mengganggu penyiasatan BPR
    * Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
    * Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

    * Keruntuhan makmal computer;
    * Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
    * Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
    * Keretakan PULAREK; dan
    * Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    * Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
    * Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
    * Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
    * Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
    * Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
    * Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
    * Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
    * Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
    * Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

    * Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
    * Kerugian pelaburan Tabung Haji;
    * Kerugian RM15b Bank Negara;
    * Kerugian RM40 juta AIM;
    * Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
    * Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

    * Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
    * Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
    * Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
    * Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

    * Menutup dua MRSM di Terengganu;
    * Menutup sekolah agama rakyat; dan
    * Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

    * Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
    * Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
    * Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
    * Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
    * Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 26-3-2018 10:02 PM
Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kab ...

perghhhh ..  semua dah mula di korek .  nasib ko la tun ..  dulu dsa sorang boleh le ko tendang .  ini anak cucucicit ko sendiri dlm parti .  aku sokong tidak bangkang pun tidak ..  cuma nak tengok kebenaran itu terbukti .   
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 26-3-2018 10:02 PM
Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kab ...

Punyalah byk skandal..so bijan pesal x proceed keje?dkwala madet..apa bijan ni keje pakcik cleaner Kt JPM ka?smpai tarak ada kuasa arahkan jab berkaitan dakwa madet?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa Najib ngn madey xlayak jadi PM.
Kalu calonkn Rosmah bole?psl dia klu berdiri sblh Najib.mmg nmpk aura kepimpinan yg lebih tinggi dari Najib.
Rosmah pn byk jasa. buat permata.klu dia PM..msti ada universiti permata pintar ..free lak tu.
Aku sokong Rosmah jadi PM..Najib jadi surirumah ajala.

#teamrosmah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-3-2018 09:04 PM
kena bagi Gagasan Sejahtera pulak peluang mentadbir negara. Ganti Tun M serupa tak ganti.

PRU 14 - PH
PRU 15 - Gagasan sejahtera
PRU 16 - BN

harap ambik la masa berehat tu utk muhasabah diri dan rancang langkah utk selesakan rakyat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 26-3-2018 04:51 PM
dia kata dia berjuang bukan kerana anaknya boboi.  tup-tup bukak parti baru terus lantik anak jadi T ...

Mmg pun madey buat segala2nya utk anak boboi dia tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai cai umngok pun tak payah la burukkan madey sangat...nanti pru jika bn tak cukup majoriti mudah nak tubuh kerajaan dah pasti depa akan berpakat dgn parti bersatu..parti bersatu boleh dpt  lebih kurang15 kerusi parlimen terutama kat kedah dan negeri2 pantai barat

  Madey dan geng joint balik umno macam semangat 46 dulu joint umno..najib dibagi tempoh masa tertentu letak jawatan..dgn jaminan takkan disiasat dan didakwa isu imdb..isapmudin naik perdana menteri timbalan mukhriz...

Masa tu madey suci murni balik laa bg cai umngok..geng pakatan pula maki hamun madey..politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 26-3-2018 10:02 PM
Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kab ...

Giler jahat oenyelewengan umno bn selama ni.. bersusun list kejahatan salahguna kuasa kerajaan umno bn lakukan... memang wajib sampai masa dah tukar pemerintahan... selagi umno bn memerintah.. bersusun camni laa senarai salahlaku kuasa... jahat nak mampos bn ni memerintah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 27-3-2018 01:59 AM
Alahai cai umngok pun tak payah la burukkan madey sangat...nanti pru jika bn tak cukup majoriti muda ...

Bodonya macai kutuk madei macam ludah kat muka sendiri... dia kutuk madey masa dalam umno yg dia gegeh jilat dulu, kini dan selamanya... setahun sekali menangis meratap meraung2 macam org gila sawan kat pwtc sambil nyanyi lagu bumi dipihak milik org... padahal sendiri yg memerintah...bodo..muhahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodifarid at 27-3-2018 06:17 AM
totokreturn replied at 27-3-2018 02:38 AM
Bodonya macai kutuk madei macam ludah kat muka sendiri... dia kutuk madey masa dalam umno yg dia g ...


Haha macai yg kutuk madey ni la yang dulu gigih jilat madey...macai umngok sokong parti secara membabi buta...penyokong pakatan walau sekarang joint madey tapi ada juga benda yg tak setuju dgn dia, terutama zaman kuku besi dia dulu...

Macai si babi buta ni bg depa parti umngok sempurna sangat dahh ...dulu masa zaman madey depa kata mana ada dia diktator,kuku besi...dia baik..ehhh tapi sekarang sebab dia lawan umngok dia jahat pulak ...

  Bg penyokong pakatan perkara biasa hentam pemimpin sendiri klu bt tak betul..nuar,jemin,guan eng,rafizi biasa sangat dah kena hentam...lain dgn cai umngok..si jibby kepit terang2 hidup mewah melampau,pengecut nak berdebat,kaki songlap...penah dgr tak cai umngok hentam dia? ..klo takut nak hentam cuba tegur supaya dia ada telur berdebat dgn pembangkang macam pemimpin negara lain...ni kena serang dgn jemin dalam parlimen pun suara dah terketar-ketar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 26-3-2018 01:38 PM
kena kencing la korang bila TT kata zaman tok det ada subsidi.

Pakatan Harapan's propaganda got ...

"Interesting fact: Did you know that Mahathir only allocated RM22 billion for education in Budget 2003 compared to RM62 billion under Najib for 2018?"


Bandingkan dari segi % daripada keseluruhan bajet la cai...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 26-3-2018 01:41 PM
zaman mahathir semua projek2 kroni & kerajaan terpaksa bail out

Public transport tak pernah untung la cai...pemilikan penuh Kerajaan bermaksud Kerajaan tanggung kos pembinaan dan OPERASI sampai AbangJamil mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:26 AM | Show all posts
xy_daen replied at 27-3-2018 04:19 AM
Public transport tak pernah untung la cai...pemilikan penuh Kerajaan bermaksud Kerajaan tanggung k ...

soalan yg sama DAP tanya najib projek keretapi pantai timur boleh untung ke cai ?   bahalol punya DAPIG
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:30 AM | Show all posts
dodifarid replied at 27-3-2018 01:59 AM
Alahai cai umngok pun tak payah la burukkan madey sangat...nanti pru jika bn tak cukup majoriti muda ...

mimpi di siang hari ...  mahathir tolong kempen habis-habisan utk PH masa pilihanraya kuala kangsar, sg besar dan pilihanraya Sarawak.
BN TETAP MENANG BESAR.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 27-3-2018 03:52 AM
Haha macai yg kutuk madey ni la yang dulu gigih jilat madey...macai umngok sokong parti secara m ...

Pasnih najib turun.. dia meracau plak kutik najib dan rosmah... sekarang jilat tak berbelah bagi... gitulah putaran hidup seorang macai sampai mampos.. sendiri pilih, sendiri meroyan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
C peliwat x de ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:43 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 26-3-2018 01:10 PM
Sister scholarship itu untuk pelajar2 PPRT macam sister je.

Zaman sekarang ramai parents yg mam ...

biasiswa pprt utk org yg tk berapa cerdik mcm kau sister...bagi yg cerdik pandai mcm akak ni dpt penajaan nasional utk top 20 students di ibupertiwi regardless of race and economical background....kau cuma mampu dpt dermasiswa yayasan selangor saja kn

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 10:28 AM | Show all posts
demi kuasa kedua2 mereka ini sanggup buat apa saja, iaitu samada:

1. membunuh musuh politik dgn racun arsenik
2. satu keluarga mengfitnah berlakunya cubaan bunuh kerana nak topple kerajaan masa itu.

so kita suruh penganut Pakatoon pilih yg mana satu.  jangan tinggalkan tak berjawab.





Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai betul pemakan dedak dalam ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.070590 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list