CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3555|Reply: 6

Gegelung Bawang Berkeju, Rangup Dan Mencair Dalam Mulut

[Copy link]
Post time 28-3-2018 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Anda mungkin pernah menikmati gegelung bawang yang disalut serbuk roti kemudian digoreng garing. Rasa rangup yang terasa di dalam mulut memang mampu membuat air liur meleleh.



Foto: Buzzfeed



Apatah lagi jika ditambah dengan rasa keju yang cair di dalam mulut. Dah tak perlu ke restoran makanan Barat semata-mata untuk memenuhi selera anda kerana sekarang boleh buat sendiri dengan resepi mudah ini! Apa yang anda perlukan ialah:



Foto: Buzzfeed



Bahan-bahan
•2 bawang belanda yang besar
•3 keping keju mozzarella
•2 cawan tepung (250 g)
•5 biji telur
•2 cawan serbuk roti (230 g)
•Minyak untuk menggoreng
•Sos marinara


Cara-cara:


1.Kupas dan potong bawang kepada 1 sentimeter tebal. Asingkan gegelung bawang (Rujuk video)





2.Potong keju kepada 4 bahagian


3.Letakkan gegelung bawang yang lebih kecil di tengah-tengah gegelung bawang yang lebih besar.



Foto: Buzzfeed



4.Isikan keju di ruang yang terdapat antara gegelung bawang. Untuk rasa keju ekstra, gunakan dua lapisan keju. Ulangi langkah ini hingga gegelung bawang habis dan simpan dalam peti ais selama sejam.


5.Letakkan tepung, telur dan serbuk roti ke dalam tiga mangkuk yang berasingan


6.Celup gegelung bawang tadi ke dalam tepung terlebih dahulu. Kemudian celupkan telur dan seterusnya serbuk roti. Ulang celup ke dalam telur dan kemudian serbuk roti sekali lagi. Ulangi langkah ini ke atas semua gegelung bawang dan letakkan dalam peti ais.


7.Panaskan minyak dalam kuali dengan suhu yang tinggi.


8.Goreng gegelung bawang sehingga berwarna keemasan. Jangan goreng terlau lama kerana keju mungkin akan meleleh keluar.


9.Tapis lebihan minyak dengan menggunakan tisu dapur.


10.Hidangkan dengan sos marinara dan nikmatinya bersama keluarga atau sahabat handai!


Nota: Resepi ini menghasilkan 8 gegelung bawang yang rangup lagi enak! Selamat mencuba. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 03:35 PM | Show all posts
meollss dulu suka makan onion ring dominos..skang da xde jual lagi kan??meollss sejak bersalin da setahun xmakan dominos..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sedap plak tengok benda ni time2 lapar gini
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 08:56 AM | Show all posts
chicozinn replied at 28-3-2018 03:35 PM
meollss dulu suka makan onion ring dominos..skang da xde jual lagi kan??meollss sejak bersalin da se ...

ade lg..nk try kepak ayam korea dominos tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 09:36 AM | Show all posts
yeke??da 9 bulan xmakan sejak lepas bersalin..ri tu mse ngandung nk oder dominos stop jap onion ring tu..hokkey, gaji mgu dpan meollss nak oder la..tanx kaka syueee..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the recipeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.459994 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list