CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 1

Jangan Murung Kek Bantat, Resipi Ini Jamin Kejadian Kek Marble Gebu Terlajak Lar

[Copy link]
Post time 28-3-2018 05:13 PM | Show all posts |Read mode



Resipi kek marble memang nampak senang dan biasa. Tetapi, jikalau salah percaturan kek boleh jadi bantat dan kering. Puncanya adalah mentega dan gula tidak diadun kembang secukupnya ataupun sukatan bahan berlebihan.  


Selain itu, suhu oven juga boleh menjadi faktor kek tidak masak sekata dan menjadi mentah ditengah-tengahnya.





Sumber foto: Blog bahansedulang





Apabila kek yang diusahakan hampir beberapa jam tidak menjadi, pasti menyebabkan selera untuk mencuba lagi tertutup. Jangan putus asa. Di sini ada satu resipi yang memberi jaminan kejadian kek marble gebu dan sedap sangat! Tiada ovellete, tanpa soda, hanya menggunakan bahan asas sahaja.





Sumber foto: Blog bahansedulang





Resipi ini adalah untuk loyang bersaiz 7 ½  inci. Bagi yang inginkan sukatan untuk loyang lebih besar, boleh ke blog bahansedulang.

Bahan-bahan:
275 g mentega/marjerin
175 g gula (dikisar halus)
5 biji telur (gred A) dinginkan (letak sekejap dalam peti ais)
1 sudu teh baking powder (kalau guna tepung naik sendiri abaikan serbuk penaik ini)
½  sudu teh esen vanila
1 sudu teh perwarna merah
5 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis





Sumber foto: Blog bahansedulang




Cara-cara:
1. Pukul marjerin dan gula sehingga betul-betul kembang menggunakan mixer pada kelajuan tinggi.
2. Perlahankan mixer kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Setelah sekata masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian masukkan perwarna merah. 1 bahagian koko. 1 bahagian lagi masukkan esen vanila.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
7. Sapukan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan baking paper.
8. Masukkan adunan berselang seli sehingga separuh loyang.
9. Sedia untuk dibakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.




Tak mudah nak mudah, namun tak juga susah untuk susah. Salah satu langkah sahaja, murung semalaman apabila kek tidak menjadi! Usah lagi gundah-gulana, ikut sahaja langkah yang disediakan khas buat anda! Semoga berjaya ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 05:29 PM | Show all posts
tepung tu brp gram? ke satu kotak tu semua???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list