View: 1856|Reply: 14
|
Disamun, Kereta Grab Dijual RM1,000
[Copy link]
|
|
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak menemui kereta milik pemandu Grab yang dilarikan penyamun pada 23 Mac lalu dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Stephen Yong, Kuching, 2.30 petang semalam.
BH Online melaporkan, kereta Perodua Myvi itu dijual penyamun terbabit pada harga RM1,000.
Sebelum kejadian pada 23 Mac lalu, pemandu Grab wanita berusia 45 tahun menerima pesanan penumpang menerusi aplikasi mudah alih e-hailing pada jam 9.30 malam, kata Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar.
Penumpang lelaki itu meminta wanita berkenaan mengambilnya dari sebuah rumah di Lorong 14, Jalan Stapok untuk dihantar ke pusat sukan di Jalan Stakan.
Sebaik tiba di destinasi, suspek tiba-tiba meminta dihantar ke satu lokasi lain di Muara Tuang, kononnya untuk mengambil motosikalnya.
Bagaimanapun, suspek tiba-tiba mengeluarkan parang dan meletakkannya di leher mangsa sebelum mengarahkan mangsa keluar dari kereta apabila mereka melalui hadapan sebuah kilang di Jalan Muara Tuang pada jam 10 malam.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi mangsa. Turut dilarikan, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.
"Mangsa kemudiannya menahan sebuah kenderaan dan meminta dihantar ke Balai Polis Sekama untuk membuat laporan," katanya.
Berikutan kejadian, pasukan khas D9 JSJ Sarawak dikerahkan mengesan suspek serta kenderaan berkenaan kira-kira jam 4 petang semalam dan membuat serbuan di sebuah hotel bajet di Tabuan Jaya.
"Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri melalui tingkap dan bersembunyi di sebuah kedai berdekatan hotel bajet berkenaan, namun berjaya ditahan.
"olis menggeledah bilik sewa suspek dan menemui sebilah parang. Ketika disoal, suspek mengaku melakukan samun itu serta mengaku sudah menjual kereta mangsa di sebuah bengkel di Jalan Stephen Yong pada harga hanya RM1,000," katanya.
Namun, apabila tiba di bengkel terbabit, polis mendapati nombor chasis kereta mangsa sudah dirosakkan.
"Seorang lelaki berusia 39 tahun iaitu pemilik bengkel berkenaan ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
"Suspek utama sudah direman tujuh hari, manakala pemilik bengkel akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman, esok," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Gila lah.
Mat pit ke apa ni
Jual.myvi harga rm1000 je?
Honda civic 30tahun pon rm1800 |
|
|
|
|
|
|
|
bagus polis. pantas buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes mcm ni owner kereta boleh claim insurance ke mcm mana utk kereta tu? |
|
|
|
|
|
|
|
itu pun ko heran?
kira jual besi buruk je la dah nama pun kete curi
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kira special kes, pihak insuran dgn pemilik kena minta advice polis samada kereta tu masih boleh on the road atau tak, kalau polis kata tak boleh, then insuran kena bayar kepada pemilik...@ kereta hilang/total lost
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian
sib baik tk kene pape.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu dh xde casis no bleh claim insurance x |
|
|
|
|
|
|
|
kena ada report polis, polis akan buat investigation utk declare betul ke kereta tu kereta yg sama dlm geran....
lepas dpt report tu baru boleh proceed ke insuran
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian....
Dah lah umur 45tahun kena jd driver bwak grab car....nasib tak di apa apa kan....
Yg jahat ni mesti cari pompuan nk merompak.... |
|
|
|
|
|
|
|
jahat badigol
mana sah jual beli bukan harta sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tokei bengkel yg beli kereta tu lagi badigol bodoh all rounders
|
|
|
|
|
|
|
|
sian sangat kat akak tu. sampai ke malam dia kerja utk dapatkan rezeki halal. datang jantan hanat naharom jadah malas kerja gi samun dia sekali dengan kereta dilarikan. now akak tu dah takde kereta and tentunya masih trauma dgn kejadian, tentunya terganggu usaha dia mencari rezeki halal. moga Allah kurniakan rezeki dari arah yg tidak disangka sangka buat akak tu. aamiin ya rabb |
|
|
|
|
|
|
| |
|