CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 6

Tempe Yang Dibeli Tak Sedap? Guna 3 Bahan Pun Dah Boleh Buat Sendiri Je..

[Copy link]
Post time 30-3-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya. Ia sememangnya amat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia.

Di Malaysia, tempe semestinya tidak asing lagi. Ia banyak digunakan dalam masakan seharian seperti dalam penyediaan lontong, lauk-pauk, kerepek dan banyak lagi.


Ianya amat mudah diperoleh sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya, tempe yang dijual adalah dalam bentuk plastik dan juga yang dibungkus dengan daun.

Foto: Google




Tempe mengandungi sumber protein yang lebih tinggi dari daging. Di samping itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenik, piridoksin, biotin, vitamin B12 dan banyak lagi. Memang sangat bagus!

Selain itu, pengambilan tempe dalam diet harian juga dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan, meningkatan kekuatan tulang serta membantu mengurangkan gejala-gejala menopaus awal.

Nak tahu tahu cara membuat tempe yang mudah dengan hanya 3 bahan je? Jom ikuti resipi ini.

Cara-Cara Buat Tempe Secara Homemade. Hanya Guna 3 Bahan. Mudah je Rupanya!


BAHAN-BAHAN:


200gm kacang soya
2 sudu makan cuka
3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe

CARA MEMBUAT:

1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.

Foto: foto: cookpad.com/id



2. Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Tos dan keringkan. Biar sejuk.

foto: cookpad.com/id



3. Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.

foto: cookpad.com/id



4. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum (dilubangkan).

foto: cookpad.com/id



5. Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.

6. Sedia untuk dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan.

Nota: Jika sukar untuk mendapatkan ragi tempe, cara lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tempe itu sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah keringkan tempe sehingga betul-betul kering. Kemudian kisar halus. Jumlah penggunaannya ialah untuk 1kg kacang soya, guna antara 8-10 keping tempe.


Selamat mencuba.! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 02:48 PM | Show all posts
tgk bahan senang je..tp nk buat tu malas nye la..
bli jela..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 11:05 AM | Show all posts
x pelah beli lagi senang.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempe malang is de best…
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 03:52 PM | Show all posts
dap ermmm tempe
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:36 AM | Show all posts
ilmu yg berguna utk mereka yg dok oversea susah nak dapatkan tempe segar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 04:21 PM | Show all posts
kalo pakai mauripan x bole ke?

anak kezen aku dok mengidam tempe .. dia dah la duk brazil ikut laki dia.. jenuh pk cam ne nak cari ragi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.113530 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list