View: 2732|Reply: 7
|
Kerap Kentut, Pelajar Diarah Berjanji ...
[Copy link]
|
|
UTSUNOMIYA: Seorang pelajar sekolah rendah pendidikan khas di Jepun diminta menulis perjanjian untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukannya di dalam kelas.
Karangan pelajar itu kemudiannya ditampal di kelas berkenaan untuk tontonan rakan-rakannya dan juga guru.
"Saya hanya akan kentut di tandas atau ketika waktu rehat," demikian tulis pelajar di sebuah sekolah di Tochigi Utara.
Laman berita Japan Today melaporkan, guru kelas pelajar khas itu memintanya menulis catatan itu kerana dia kerap terkentut di dalam kelas.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada Jun tahun lalu, bagaimanapun identiti pelajar dan guru berkenaan tidak didedahkan.
Selain ayat diatas, catatan perjanjian itu juga menyebut: "Jika saya melanggar perjanjian ini, saya akan berlari 10 pusingan di kawasan sekolah."
Bagaimanapun, pelajar itu tidak diarahkan supaya berlari di sekeliling kawasan sekolah berkenaan.
Seterusnya pada bulan sama, catatan pelajar itu telah diturunkan selepas mendapat bantahan pihak tertentu yang menganggap hukuman seumpama itu tidak wajar.
Malahan, pihak sekolah berpendapat adalah sukar untuk menghalang sesuatu yang berlaku secara semulajadi.
Kejadian itu hanya dilaporkan kepada lembaga pendidikan wilayah itu pada akhir Mac ini |
|
|
|
|
|
|
|
bagi dia makan durian musang king dik, tu ubat kentut mujarab |
|
|
|
|
|
|
|
pastu pening seluruh dalam kelas ...
|
|
|
|
|
|
|
|
lain macam betul penyakit budak tu... nasib la kat jepun xde tanam durian ke petai ke jering ke... kalau la ada mau masul berita dunia... sekolah kena serangan kimia... wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah idup org jepun teratur.....kentut pun jadik isu pej pendidikan.....kat mesia student kentut dalam bilik darjah kipas tak jalan dikala hari panas terik......tunggu next bajet katenya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gosh..dulu masa darjah 4 tetiba bdk2 lelaki tuduh si A kentut...bising sgt smpai cikgu bgun n dtg tnya apahal.
Bila da dgr...cikgu tetiba buat muka mcm nk bersastera....dia kata....'kentut ni lagi dikemut kemut...lg tak leh tahan...biar la terlepas bebas..'
Tros sejak tu bdk2 lelaki xde kecoh nk tuduh2 sapa2 kentut da. |
|
|
|
|
|
|
| |
|