CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 8

[Tempatan] Menjelang PRU: Muka ADUN muncul di semua program, kawasan

  [Copy link]
Post time 1-4-2018 02:02 PM | Show all posts |Read mode


SABAK BERNAM 31 Mac - Barisan Nasional (BN) tidak pernah melaksanakan program turun padang bertemu rakyat secara bermusim seperti mana yang diamalkan oleh parti-parti pembangkang.

Menurut Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh, BN sebaliknya melaksanakan usaha itu secara berterusan bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan terus mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Berbanding parti-parti pembangkang katanya, mereka sejak akhir-akhir ini dilihat lebih aktif turun berjumpa rakyat dengan mengadakan program ceramah selain menfitnah kononnya BN sebagai punca kepada peningkatan kos hidup rakyat ketika ini.

Beliau tidak menolak kemungkikan kekerapan parti pembangkang mengadakan program ceramah berkenaan adalah disebabkan tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

"Sebaliknya, kita (BN) sejak membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum lalu sehingga kini telah mengadakan pelbagai aktiviti, program serta insentif membantu rakyat di semua peringkat golongan daripada bayi baru lahir sehinggalah kepada warga emas.

"Kita tidak tunggu musim untuk bantu rakyat. Berbanding pemimpin parti pembangkang mereka tidak bantu rakyat, tetapi hanya turun padang mengadakan ceramah serta melemparkan tohmahan kepada BN, walhal mereka sepatutnya memberi perkhidmatan kepada rakyat kerana mentadir Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikian Karnival KEMAS4U Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak di Dataran IADA Pekan Bagan Terap, di sini hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2018 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mana satu forummer @iloveselangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I tadi pergi kenduri kahwin.

Sembang dngan orang2 tua...depe kata  YB time nak PRU je turun tunjuk muka, lepastu langsung tak turun, angkat tangan pon xmo.

Depe kata hanya ada 1 YB je yg bagus di Sabak Bernan, Haji Mahbok namanya...tapi zaman abah saya remaja kot.

Tapi heols tanah beratus ekar memang layak lah jadi YB.

Yang sekarang ni YB-YB ramai miskin2 kaki ampu saja, hujung2 duit peruntukan ,tanah kerajaan negeri dan TRM yang ditarah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang nak YB kaya-kaya.

YB yang ada sekarang ni miskin-miskin...melahap duit pulak kerja nye....duit kontraktor Cina si Chabo tu pon dilahap nye
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm pglmn sendiri ni.bila mngundi kit turun pgkh...la calon tu..tp bila try mnta item utk prog lgsung xlayan.tp muka ni la yg turun sgup driving blk kg time ngundi.bg sokongan.tnpa mnta claim apa apa.ikhlas nyah blk ngundi...tp dh jd org atsn..xdipndg pon org bwh ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
O hj mahbob tu..mana dia skrg ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 11:12 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 1-4-2018 05:38 PM
Orang nak YB kaya-kaya.

YB yang ada sekarang ni miskin-miskin...melahap duit pulak kerja nye....d ...

mungkin dulu yg kaya saja layak jd YB..
byk duit blh la buat bayar deposit.... la ni ada penaja... sengkek pun tk pa...ckp pandai kalu..ada la yg dtg taja...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 11:12 AM | Show all posts
tunjuk muka time dekat PRU tu biasa..
kalo tunjuk muka ari2 tu yg luar biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Manana replied at 23-4-2018 09:25 PM
O hj mahbob tu..mana dia skrg ya...

Entah la...saya dengar orang tua sembang2..,.dia kata YB tu ja yang bagus sebab keturunan orang ada2 dan beradat

YB yg seterusnya hampeh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.490780 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list