CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3212|Reply: 6

Nikmati Hidangan Itali Di Sini, Memang Umph! Bagai Berada Di Venice Gamaknya

[Copy link]
Post time 2-4-2018 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Orang Malaysia memang suka mencuba makanan dari pelbagai negara di dunia. Jadi, tak hairanlah kenapa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru ada restoran Korea, Arab, Jepun, Itali, Indonesia dan berkonsep makanan barat.


Ke mana nak dituju untuk merasa masakan Italy yang autentik? Olive Garden tempatnya! Jom tengok apa yang ada.




Foto: olivegardenrestaurant



Walaupun harga setiap sajian mungkin agak tinggi, restoran ini sentiasa menawarkan promosi. Misalnya, kalau pesan satu hidangan saja, pelanggan boleh memilih antara tiga jenis sup atau satu salad dan roti yang boleh ditambah ikut suka. Berbaloi, kan? Tengok saiz salad, terbeliak biji mata sebab memang boleh tersandar kekenyangan. Dressingnya pula sedap dan tidak muak dimakan.


Pilihan sup dan roti yang boleh ditambah sesuka hati



Begitu juga dengan sup yang ditawarkan. Malah, roti berbentuk mini baguette juga sedap dan harum baunya kerana ia dimasak restoran itu sendiri (bukan diambil daripada pembekal). Sup itu memang sedap, sekejap saja boleh habis! Tapi, jangan risau kerana anda boleh tambah lagi (refill) jika mahu.



Serius, nikmati hidangan di sini memang berbaloi terutama jika datang berdua dan berkongsi hidangan utama.





Pasta pesto dengan buah zaitun dan pan-fry salmon.



Suasana dekorasi nampak ringkas dan minimalis, namun corak sofa dan susun atur kerusi meja mewujudkan suasana nyaman dan selesa. Ramai juga yang suka melepak sambil menyiapkan tugasan pejabat atau berbincang dengan komputer riba masing-masing terpasang. Sangat seronok melepak di sini sebab air minuman pun boleh ditambah sesuka hati.





Ayam dengan sos berkrim dan kentang putar



Jadi, kalau teringin nak berangan macam berada di Venice atau Rome, kunjungilah Restoran Olive Garden. Menunya banyak pilihan. Sebut saja nak makan pasta dengan sos yang pelbagai, semua ada. Malah, makanan porsi kecil untuk kanak-kanak juga disediakan selain jejari kentang goreng (fries) yang gebu mencair di dalam mulut. Pendek kata, selera semua orang boleh dipenuhkan di sini.





Olive Garden di Mid Valley Megamall
Foto: chasingfooddreams


Alamat Olive Garden:
Mid Valley Megamall
Lot No F-051, First Floor,
Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, 59200 KL.


Aeon Shah Alam
G-08 & G-09, AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan











Yang penting sedap dan berbaloi kerana chef mereka  menggunakan bahan-bahan segar dan selera yang menepati citarasa ramai. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 01:13 PM | Show all posts
iols mmg peminat pasta.. semua ni nampak sedap tapi jauh la pulak nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok iols nk try  @greentea jejoms.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 07:41 PM | Show all posts
Nampak menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tapi jauhhhh puleks
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:32 AM | Show all posts
hmm... tak pernah try restoren ni. salu lalu-lalang jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.103759 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list