View: 3161|Reply: 12
|
Parasomnia, Boleh Gemuk Sebab Tak Sedar Makan Ketika Tidur
[Copy link]
|
|
Makan adalah antara benda yang paling seronok kita lakukan. Itu sebabnya ramai rakyat Malaysia kini mempunyai penyakit obesiti yang hampir di luar kawalan. Nasib baik masih boleh dikawal, tetapi tidak untuk Kate Archibald yang menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur.
Sumber: Youtube Channel InformOverload 2
Parasomnia atau gangguan ketika tidur adalah penyakit yang dihidapi Kate yang mana ia mendorong untuk Kate tanpa sedar untuk makan (Nocturnal Eating Disorder). Gabungan dua penyakit (Parasomnia dan NED) menyebabkan berat badan Kate naik mendadak dan sukar untuk diturunkan.
Menurut gadis berusia 20-an itu, menjadi tanda tanya kepadanya mengapa berat badannya naik mendadak sedangkan dia sangat mengambil berat berkenaan apa yang dimakan. Ianya terjawab apabila suatu hari dia tersedar dari tidur dan terdapat beberapa bungkus makanan di sekelilingnya.
Tanpa Kate sedari, dia telah mengambil kalori berlebihan daripada pelbagai makanan ringan seperti bar coklat, kekacang, keropok dan bertih jagung. Ini berlaku walaupun Kate sedar yang dia sebenarnya alergi kepada kekacang. Alergi itu dapat disedari selepas dia bangun dari tidur.
Sumber: metro.co.uk
Dalam kes ini, penyakit ini berpunca dari kesan ubat yang diambil semasa kecil untuk mengurangkan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Ubat ini menyekat selera makan dan akibatnya dia asyik berasa lapar.
Dr. John Winkleman, seorang pakar psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Harvard, Cambridge Amerika Syarikat memberitahu bahawa penyakit itu berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan akibat trauma, kemurungan serta gangguan tidur.
Dr Winkleman menambah yang penyakit ini berkait rapat dengan sindrom makan waktu malam atau Nocturnal Eating Sindrome (NES) yang mana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara NES dan Parasomnia.
Sumber: thesun.co.uk
"enyakit NES menyedari setiap tindak-tanduk dan perlakuan mereka manakala pesakit makan tanpa sedar ketika tidur berlaku di luar kawalan dan kesedaran pesakit," katanya.
Ubat-ubatan seperti topiramate boleh diambil untuk merawat gangguan itu kerana ia berfungsi di otak untuk mengurangkan rasa lapar.
Kalau dah lapar tu, macam-macam boleh jadi. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kne nyorok smue makanan cmni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm tu, makanan kat rumah kena buh sikit je lah.
elakkan peti sejuk penuh ngn mcm2 mknan. buh sayur2 je dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la i gemok walaupun tak makan..maybe makan time tido |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur kes2 sebegini jarang kita dengar berlaku kat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Mana datangnya coklat bar , jajan bagai kalau dia kata nak jaga pemakanan dia .. nak jaga diet semua . Pasni jgnlah simpan stok makanan tak sihat kat umah kalau dah tau ada pyakit mcm tu . |
|
|
|
|
|
|
|
kena pastikan healthy food je yg perlu ada kat umah klu camni or xyah buat stok |
|
|
|
|
|
|
|
Dh taw alergi kacang, beli mknn berkacang buat ape. Pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
"tanpa sedar ketika tidur" atau tak tidur tapi mmg tak ingat langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa aku dengar orang mengigau sebut benda bkn2 dlm tido. acik kate ni mengigau sambil mkn2 lak |
|
|
|
|
|
|
|
pelik kejadian ni. kesian dia malam2 perut org lain rehat, perut dia masih memproses lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma terbayang org tgk movie dpn tv sambil makan pop corn
cerita bosan sampai tertidur tapi mulut masih mengunyah |
|
|
|
|
|
|
|
biarkan jela peti tu kosong. taruk jajan cakelat memang keje tawaf kat situ jela |
|
|
|
|
|
|
| |
|