CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2573|Reply: 14

Macam Batmobile, SUV Kalis Peluru Ini Adalah Yang Termahal Di Dunia!

[Copy link]
Post time 2-4-2018 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda membayangkan memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang direka dengan seni bina yang gah? Pasti kepala anda mula membayangkan SUV kalis peluru seperti dipaprkan dalam filem aksi.

Kalau anda nak tahu,
SUV Karlmann Kings yang kelihatan kukuh dan gah ini dihasilkan syarikat IAT dari China dan merupakan SUV termahal pernah dijual di dunia!






Memetik Mail Online, harga Karlmann Kings ini bermula daripada 1.56 juta British Pound (RM8.29 juta) untuk model asas dan nilainya lebih tinggi jika anda memilih untuk memasang pilihan aksesori tambahan termasuk kerangka kalis peluru. Bagaimanapun, menurut perekanya, pengeluarannya terhad kepada 10 unit sahaja.








Sekali tengok, reka bentuk luarannya persis sebuah Batmobile dari komik DC! Kalau luarannya pun sudah kelihatan gempak, dalamannya terlebih lagilah.

Ruangan dalaman Karlmann Kings ini sangat ekslusif dilengkapi sistem hiburan mewah, PlayStation 4, sistem pencahayaan, peti sejuk, skrin televisyen lebar.







Malah, ia turut dilengkapi dengan mesin pembancuh kopi di dalamnya dan k
ebanyakan ciri di ruangan dalam jentera ini dikawal melalui aplikasi telefon bimbit! Semuanya di hujung jari.

Kereta yang dinamakan sempena raja Perancis abad ke-6, Carloman I ini dibina daripada fiber karbon dan keluli.

Bagaimanapun, kelajuan jentera buatan syarikat China ini hanya mampu pergi sejauh 140km/j sahaja dipercayai kerana faktor badannya yang seberat 4.5 tan.




Foto: Mail Online




Pun begitu, bakal pembeli ditawarkan untuk menaik taraf casis mereka untuk menjadikannya kalis peluru, menjadikan beratnya kepada enam tan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Bleh wat loan 9 tahun tak.? {:question
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik nyaaaaa
Tapi dh berat tu, petrol pon byk makan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 06:32 PM | Show all posts
meisapoya replied at 2-4-2018 06:26 PM
Cantik nyaaaaa
Tapi dh berat tu, petrol pon byk makan

naik MRT je dik, aircond pun kuat, bangla pun kurang
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-4-2018 06:32 PM
naik MRT je dik, aircond pun kuat, bangla pun kurang

Hahah teringat plak i balik keje haritu, naik ktm dok bwh ketiak bangla. Tahan je la 30 minit nk smpi destinasi. Lps tu, asal peak hour je, sanggup naik erl walaupun mahal byk
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 06:44 PM | Show all posts
Kalau ada banyak duit apa ada hal kalau minat nak belinya ikut kemampuan masing2 ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik beli kenderaan tentera terus....humvee ke, lipanbara ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 07:23 PM | Show all posts
meisapoya replied at 2-4-2018 06:40 PM
Hahah teringat plak i balik keje haritu, naik ktm dok bwh ketiak bangla. Tahan je la 30 minit nk s ...

bau bawang ke bau onion sis? bukan semua orang bertuah dapat bau ketiak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayar kalis peluru tak? Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 11:51 AM | Show all posts
semangat nak tgk video bukti bullet proove kene tembak bertubi2 ke apeke
last2 cuma bawak awek jln2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:16 PM | Show all posts
ada ke org nak main ps4 dalam kereta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun 'Made In China' tapi harga SUV ni sangat mahal seiring dengan specifications yang ditawarkan.
Jadi, istilah kononnya barangan China tidak berkualiti tidak boleh diguna pakai lagi sebab we get what we paid for.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kelajuan maksimum 140km/j untuk SUV ini sangat tak best. Viva lagi laju.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp bsegi segi sgt design nih.. x lawaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 3-4-2018 12:41 PM
Tapi kelajuan maksimum 140km/j untuk SUV ini sangat tak best. Viva lagi laju.

Kan.. Gue agree wit u bro...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.538468 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list