CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3747|Reply: 2

Penggemar Sambal Pedas-Pedas, Tempat Makan Lesehan Ini Memang Untuk Anda

[Copy link]
Post time 5-4-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Anda suka makan pedas? Kalau tak ada sambal tak sah?


Pergilah Seri Kembangan kerana anda akan mendapat apa sahaja jenis sambal yang anda idamkan! Tempat makan ini menyediakan 22 jenis sambal.



Foto: Facebook



Pelbagai rasa sambal ada untuk memenuhi selera pelanggan. Ada yang pedas, manis, masam dan terlalu pedas bagi yang berani atau benar-benar sukakan pedas!



Foto:Facebook



Antara menu sambal yang disediakan ialah sambal udang, sotong, ikan masin, petai, cendawan dan banyak lagi!Antara kegemaran ramai ialah sambal tempe, paru, kedondong, bawang dan juga hati.

Foto:Facebook



Untuk pengetahuan anda, kedai ni tidak menggunakan cili kering tetapi cili hidup jadi kepedasannya tidak menyakitkan perut.  Selain itu kedai ini turut menyediakan bakso, mee pangsit, mee ayam dan segala jenis penyet dalam menu mereka.



Foto:Facebook



Anda patut cuba Nasi Goreng Gobal Gabul. Mengapa? Nak tahu datanglah dan rasai sendiri!



Foto:Facebook



Lokasi:
Tempat Makan Lesehan, G201 LP7 Uptown Kinrara, Seri Kembangan.


Air liur dah meleleh tengok gambar sambal, jangan lengah-lengah lagi. Seri Kembangan je pun! Ayuh! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 01:12 PM | Show all posts
Nak makan ayam penyet
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakso beranak ko..hahaha..takut nk makan
Tp sambal2 tu mmg wajib try!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.287313 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list