CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4847|Reply: 28

Luahan Hati Anak Lelaki Mona Fendy Membuatkan Anda Menangis, Sedih Sangat

[Copy link]
Post time 5-4-2018 01:16 PM | Show all posts |Read mode




Ini ialah petikan luahan isi hati anak mona fendy:

“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.




Affandi disabitkan turut terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.



Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.

Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 01:28 PM | Show all posts
eh hello, tt... tu anak affandi dengan isteri terdahulu.. bukan dengan mona fandey.. anak mona fandey dengan affandi cuma diana jah..

heolls ne pun tak pernah sekali pun jumpa ayah dia.. jumpa pun waktu kat penjara waktu heolls umur 16 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 5-4-2018 01:28 PM
eh hello, tt... tu anak affandi dengan isteri terdahulu.. bukan dengan mona fandey.. anak mona fande ...

Tajuk mislead. ..as usual
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 01:39 PM | Show all posts
geng cmni..
trus pndang hina, cm pndang anak luar nikah tu hina

nk je aku pelempang geng2 ni


sabarla dik... balasan baik klu tk kt dunia, kt akhirat nnti tuhan balas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 01:50 PM | Show all posts
meh la iols carikan kau jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 01:57 PM | Show all posts
kesiannya
akak memahami nasib adik ni
kalau dia ada depan akak, mmg akak takkan judgemental
semoga Tuhan permudahkan urusan kamu dan melindungi kamu selalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2018 02:05 PM | Show all posts
aduh sian pulak ko adik............
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 02:20 PM | Show all posts
jadi xde la penyambung legasi ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 03:01 PM | Show all posts
Kasihan, masyarakat kena lebih sensitif dan ada empathy pada orang begini. Harap dia ni tak tersasar hidupnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kawen je mat saleh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia ni kenalan aku, kemudian dapat tahu anak affandi, barangkali aku juga akan bergosip...

Susah nak akui aku ni baik dan tak menghukum orang apa lagi dia anak salah seorang penjenayah tersohor di malaysia..pasti banyak cerita dan kenangannya..

Mona fandey, p kalimuthu antara penjenayah yang memang diingat orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 12:33 AM | Show all posts
gambar dari belakang ni mesti sado dan ensem..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 12:53 AM | Show all posts
kesian heols ni.. jd mangsa keadaaan.

Mazdiana pun dh besar. ntah camna rupa sheols.. dulu masa kecik bambam gak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 01:12 AM | Show all posts
aku faham perasaan mak ayah girlfriend dia
fikirkan keturunan keluarga bakal suami anak
kalau dah penjenayah (walaupun arwah kata tak terlibat)
tapi still rekod hitam masih ada

mungkin pada pandangan kita yang berfikiran agak terbuka
menerima soal kesalahan dan kesilapan ibu bapa
tidak bermaksud anak jua bersalah
konsep macam iman itu tidak diwarisi
tapi perasaaan takut, malu, bimbang pasti ada
pada setiap ibu bapa
cuba kalau anak imam

aku harap akan berubah la hidup dia
selepas dah terluah apa terbuku di hati
dan masyarakat akan lebih terbuka dan menerima
daripada being judgemental atas kesalahan yang sahih bukan dia yang buat
but aku kagum dengan semangat dia dan jalan hidup dia pilih
bukan lari dari landasan
selepas tekanan dan layanan yang diterima
semoga lebih berjaya di pentas sukan
mesti ramai yang sokong kalau memang pingat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 10:37 AM | Show all posts
Tajuk misleading.
Ni bukan anak mona.
Ni anak afendi dengan bini lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 10:39 AM | Show all posts
~boolean replied at 5-4-2018 03:05 PM
Kalau dia ni kenalan aku, kemudian dapat tahu anak affandi, barangkali aku juga akan bergosip...

...

nama mona fandey ni diangkat sebaris dengan kalimuthu, botak chin, mat komando.
Semua penjenayah paling kejam dalam sejarah tanahair.
Walaupun dia bukan anak mona, tak penah duduk pun dengan afendi/mona, tapi sikit sebanyak pasti terpalit jugak lumpur tu.
Kesian sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2018 11:00 AM | Show all posts
Kebanyakkan orang kita memnag begitu dik.. abg doakan ko selamat dah semoga dipermudahkan urusan ko dimasa akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 11:06 AM | Show all posts
terlampau sadis sampai aku rasa mcm rekaan je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar la dek.
Vuba cari jodoh di luar Msia
Pastu jgn balik cni lg
Mulakan hidup baru
Dah pangai org Msia meme tak blh ubah
Terutama acik2 bawang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 04:15 PM | Show all posts
I lebih berminat nak tau pasal Mazdiana tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075832 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list