CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 2

Wanita Bertubuh Montel Memiliki Jangka Hayat Lebih Panjang, Betul Ke?

[Copy link]
Post time 6-4-2018 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Ramai orang bertubuh gempal mengimpikan tubuh yang ramping, terutamanya wanita. Tetapi, ramai tidak mengetahui individu bertubuh besar mempunyai kelebihan tersendiri.


Kelebihan ini tidak akan diperoleh mereka bertubuh ramping. Teruskan bacaan untuk mengetahui apa sahaja kelebihannya seperti dipetik dari Vemale?


Foto: Hellosehat.com





Menurut sebuah kajian, mereka bertubuh besar mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding orang lain. Ini kerana, mereka mempunyai kandungan lemak yang cukup untuk tubuh. Maksud bertubuh besar di sini bukanlah gemuk melampau. Sebaliknya, bertubuh montel. Berdasarkan penelitian, rata-rata mereka yang bertubuh montel pada sekitar usia 70-an akan hidup lebih lama berbanding mereka dengan berat badan normal ataupun kurus.


Tidak dinafikan, orang yang gemuk atau obes mudah diserang penyakit, tetapi tidak salah jika anda menambahkan berat badan dalam skala yang kecil.


Bagaimanapun, tidak bermakna mereka yang memiliki skala berat badan normal lebih berisiko untuk mati lebih cepat, sebaliknya jumlah lemak yang tepat di dalam tubuh meningkatkan metabolisme, fungsi organ dan juga penyerapan vitamin yang optimal.





Foto: Play.Goggle.com






Foto: Onlineshop-misscha.com




Perlu diingat, jika bentuk tubuh anda agak gempal, anda perlu menjaga pemakanan dan pola hidup yang sihat. Ini bagi menjamin kesihatan tubuh badan ke arah yang lebih baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2018 12:38 PM | Show all posts
Kalau berusia sebegitu tapi terlalu kurus selalunya mereka ni akan kurang sihat dan kurang bertenaga kadang nampak cam uzur sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 12:54 PM | Show all posts
kalau da berusia mcm tu lbih elok berisi sikit..
kurus kering lagi nmpak tua kecut dn mcam org sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049404 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list