CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 9

[Politik] PRU14 : HIMPUNAN KONFLIK DALAMAN BN MENJELANG PRU14

[Copy link]
Post time 8-4-2018 04:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 8-4-2018 11:03 PM

MyPPP tetap mahukan kerusi Cameron Highlands

PUTRAJAYA: Presiden MyPPP, Tan Sri Dr M Kayveas tetap dengan pendiriannya bahawa parti itu patut diberikan mandat bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun ia kerusi tradisi MIC.

Beliau berkata, selama kerusi itu 'ditinggalkan' penyandangnya, Datuk Seri G Palanivel yang juga bekas Presiden MIC, beliau turun padang bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di kawasan itu.

"Hanya kita (MyPPP) yang bekerja (untuk rakyat di sana) selama ini. Jadi, lebih baik kita bertanding, kenapa perlu bagi orang lain (bertanding).

"Saya berpegang kepada prinsip yang dijunjung Barisan Nasional (BN) bahawa calon yang disukai rakyat, calon boleh menang, rajin turun ke akar umbi yang akan dipilih. Apapun, segala keputusan di tangan pucuk pimpinan tertinggi BN, kita tunggu saja dan bersiap sedia," katanya ketika dihubungi NSTP.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/408501/myppp-tetap-mahukan-kerusi-cameron-highlands
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2018 04:50 AM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 8-4-2018 04:52 AM

Jangan khianat parti jika tidak tercalon
        

KLUANG - Pemimpin serta ahli BN yang tidak terpilih menjadi calon pada PRU14 diingatkan agar tidak sesekali mengkhianati perjuangan parti untuk mencapai kemenangan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan mensabotaj parti bukan hanya menjejaskan peluang kemenangan BN malah akan menghancurkan keutuhan parti yang sekian lama kekal bertahan.

Menurutnya, setiap kali musim PRU tiba sememangnya sama ada dicalonkan atau tidak, antara yang paling ditunggu-tunggu dan menjadi persoalan semua pemimpin serta ahlinya.

“Kita sudah berazam, letaklah siapa saja, BN akan sokong sepenuh hati walau siapa pun calon diputuskan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak ada maknanya jika kita (ahli atau pemimpin BN) lakukan sesuatu yang menjejaskan parti hanya semata-mata nama tidak menjadi calon dalam PRU ini. Inilah masanya parti menguji kesetiaan ahli dan pemimpin. Parti akan tahu juga siapa pengkhianat serta penderhaka akhirnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Jentera BN Parlimen Sembrong di Taman Sri Lambak, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan BN menghadapi PRU14, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, parti berkenaan bukan sahaja sudah bersedia sepenuhnya malah sudah membuat persiapan sejak sekian lama.

Katanya, ia termasuklah persiapan lebih terperinci dan konsisten membabitkan gerak kerja jentera parti.

“Mungkin ada sedikit sana sini jentera yang perlu diperkemas lagi namun BN sudah bersedia untuk memalu gendang perang.

“Mengenai calon pula, biarlah pengerusi BN yang mengumumkannya nanti berikutan ia adalah hak mutlaknya membuat pilihan muktamad,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/pra-pru/jangan-khianat-parti-jika-tidak-tercalon-1.819091
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2018 11:10 PM | Show all posts
Akur saja calon MB Terengganu pilihan Najib


BN Terengganu perlu akur dengan calon menteri besar pilihan Datuk Seri Najib Razak jika berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu pada PRU akan datang, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang merupakan timbalan ketua Umno Bahagian Kemaman berkata, Najib selaku pengerusi BN pastinya mempunyai pertimbangan sendiri dalam memilih orang yang sesuai mentadbir negeri itu.

"Saya percaya pucuk pimpinan ada pertimbangannya dan pertimbangan itu yang harus kita patuhi," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengatakan setiausaha politik Najib, Datuk Jailani Ngah bakal dipilih menjadi menteri besar Terengganu.

Menurut laporan Malaysiakini 27 Mac lalu, Jailani dikatakan tersenarai sebagai calon bagi menstabilkan keadaan politik di negeri itu yang sering bergolak ekoran pertembungan menteri besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan pendahulunya, Datuk Seri Ahmad Said.


Jailani dikatakan akan bertanding di DUN Batu Rakit, manakala Ahmad Razif berpindah ke kerusi Parlimen Kuala Nerus yang dipegang PAS.

Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman bagaimanapun berkata pentadbiran negeri tidak berdepan banyak masalah bawah pimpinan Ahmad Razif.

"Saya lihat tiada banyak masalah sekarang. Sudah tentu setiap orang yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk membuktikan kemampuannya," katanya lagi.

Malah beliau mengatakan kedudukan Umno dan BN di sana kini lebih kukuh dan yakin mampu menambah beberapa kerusi DUN dan Parlimen pada PRU ke-14.

"Saya percaya beberapa kerusi akan dapat diambil balik...(Namun) ia memerlukan kerja kuat dan (pasukan yang) bersatu," katanya lagi.


Pelantikan Razif untuk menggantikan Ahmad Said pada Mei 2104 mencetuskan krisis kepimpinan dan hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri.

Ahmad Said dikatakan kecewa dengan perkara itu dan mengumumkan keluar Umno dan menjadi ADUN bebas, disusuli Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukti Besi, Roslee Daud.

Susulan itu, BN hanya memiliki 14 kerusi DUN manakala PAS dan PKR 15 kerusi.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka menarik balik keputusan untuk keluar Umno selepas campur tangan Najib.

Terengganu molek doh

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata beliau tiada masalah dengan kepimpinan Ahmad Razif.

"Menteri besar turun padang seperti biasa dan tiada masalah dalam melaksanakan tugasnya. Kami di Besut menyokong kepimpinannya," katanya ketika dihubungi.

Malah Roslee (gambar) sendiri kini nampaknya sudah tiada masalah dengan Ahmad Razif.


"Terengganu hari ini molek doh (sudah baik), kita buat kerja tak bermusim dari awal sehingga pilihan raya.

"Wakil rakyat bersama-sama menteri besar mentadbir negeri...Tetapi (soal penggantian menteri besar) kita serah kepada pucuk pimpinan," katanya.

Ahmad Said pula ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

"Tak ada komen," katanya ringkas.

Jailani sudah dua penggal berkhidmat dengan Najib. Selain itu beliau juga menjadi pengerusi program khas Haji 1MDB.

Sumber Malaysiakini mendakwa Jailani dipilih berdasarkan latar belakang akademik dan agama yang kuat, iaitu lepasan jurusan undang-undang syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pihak istana Terengganu juga dikatakan senang dengannya berbanding Ahmad Razif, yang darjah kebesarannya pernah ditarik balik pada Mei 2016 walaupun dikembalikan beberapa bulan kemudian.

https://www.malaysiakini.com/news/418850

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2018 11:15 PM | Show all posts
Shahidan: Tiada dendam di hati


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antara perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya dipilih sekali lagi menjadi menteri besar Perlis ialah menghapuskan amalan berpuak-puak di kalangan ahli Umno di negeri itu.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Perlis selama 13 tahun berkata tugas seorang pemimpin adalah menghentikan amalan “geng” dengan pendekatan kasih sayang.

Mengakui wujudnya kumpulan tertentu dalam organisasi secara umum Shahidan berkata ia mesti ditamatkan demi kebaikan semua pihak.

“Kita tak mahu ada geng. Semua tempat ada geng, tapi pemimpin yang baik dia kena matikan kewujudan geng. Dia kena hapuskan geng dengan pendekatan kasih sayang,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Shahidan pernah menjadi menteri besar Perlis mulai 1995 hingga 2008 sebelum diletakkan sebagai calon untuk kerusi parlimen Arau para PRU ke-12.

Perebutan kerusi Arau menjadi satu daripada tumpuan ramai dalam PRU berkenaan kerana ia mempertemukan dua nama besar dalam negara ini.

Shahidan dicabar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kemudian dilantik menjadi mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din.

Hentam bertahun, maaf serta-merta

Di sebalik populariti Haron, Shahidan mengekalkan kerusi Arau di tangan BN dengan majoriti 1,371 undi.

Walaupun saiz negeri itu kecil Perlis pernah dilanda krisis kepimpinan beberapa tahun lalu melibatkan beberapa kumpulan dalam Umno.

Ia disebut-sebut membawa kepada perpindahan Shahidan daripada menjadi anggota dewan undangan negeri kepada anggota parlimen sebagai jalan tengah.

Malah terdapat juga gerakan anti-Shahidan di bahagian Arau selepas beliau tidak lagi memegang jawatan menteri besar.


Dalam wawancara bersama Malaysiakini itu - tanpa menamakan mana-mana pihak - Shahidan berkata beliau telah memaafkan mana-mana pihak yang menghentamnya sebelum ini.

Katanya keadaan itu dilakukan dengan perasaan terbuka walaupun ada yang hairan apabila beliau tidak membalas dendam walaupun mampu berbuat begitu.

“Orang hentam saya bertahun-tahun, saya boleh maafkan serta merta.

"Ada orang tanya, kenapa tak balas dendam tapi saya tak mahu sebab kalau kita balas dendam, kehidupan kita tak tenang habis," katanya.

Menurut beliau apa yang dilakukan itu selaras dengan anjuran al-Quran dan sunnah.

Untuk rekod baru-baru ini wujud sebuah akaun Facebook diberi nama 'Support Dato Seri Shahidan Kassim for Perlis Real MB' dipercayai untuk menyokongnya agar kembali menjadi menteri besar.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini itu - tanpa menamakan mana-mana pihak - Shahidan berkata beliau telah memaafkan mana-mana pihak yang menghentamnya sebelum ini.

Katanya keadaan itu dilakukan dengan perasaan terbuka walaupun ada yang hairan apabila beliau tidak membalas dendam walaupun mampu berbuat begitu.

“Orang hentam saya bertahun-tahun, saya boleh maafkan serta merta.

"Ada orang tanya, kenapa tak balas dendam tapi saya tak mahu sebab kalau kita balas dendam, kehidupan kita tak tenang habis," katanya.

Menurut beliau apa yang dilakukan itu selaras dengan anjuran al-Quran dan sunnah.

Untuk rekod baru-baru ini wujud sebuah akaun Facebook diberi nama 'Support Dato Seri Shahidan Kassim for Perlis Real MB' dipercayai untuk menyokongnya agar kembali menjadi menteri besar.

https://www.malaysiakini.com/news/418842

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2018 04:55 AM | Show all posts
Lupakan perpecahan dalaman, elak insiden sabotaj calon - Ahmad Zahid


TENOM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua pihak termasuk pemimpin dan jentera Barisan Nasional (BN) di negeri ini untuk segera melupakan perpecahan dalaman bagi mengelakkan insiden sabotaj calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata, semua pihak adalah dinasihatkan supaya akur kepada keputusan pucuk pimpinan selain menyokong calon yang dipilih bagi memenangi PRU-14 serta meningkatkan majoriti sedia ada.

Merujuk kepada keputusan PRU13 yang lalu bagi Parlimen Tenom, beliau secara berseloroh mendakwa terdapat undi rosak direkodkan berlaku di kawasan itu dan Ahmad Zahid mencabar jentera BN di parlimen berkenaan supaya memperbaiki keadaan itu supaya memperolehi kemenangan mutlak pada pilihan raya kali ini.

"Jangan ada yang sabotaj sebab saya tengok dulu berapa undi rosak pilihan raya umum yang ke 12 saya tengok ni jangan boleh-boleh undi rosak, jangan.

" Saya tengok betul ada disini, ketika PRU13 undi rosak adalah 1,258 dan pilihan raya umum ke-12 pula, undi rosak 934 di mana ertinya naik 324 undi rosak bukan undi menang... jangan main-main sama saya, jangan protes, jangan sabotaj.

" Bila kita komited perlu sokong calon-calon BN kita tidak mahu undi rosak, kita tidak mahu sabotaj dari dalaman kita tidak mahu tukang cucuk di kalangan kita kerana siapa pun jadi calon, calon Barisan Nasional harus kita menangkan dengan majoriti undi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 di Padang Pekan Tenom, hari ini.

Hadir sama adalah Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) merangkap ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, penyandang Ahli Parlimen Tenom; Datuk Ramie Ungi dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Seramai 10,000 orang hadir dalam pesta berkenaan yang disambut oleh suku kaum murut di daerah terbabit setiap tahun.

Untuk rekod, daerah Tenom memperuntukkan sebuah kerusi parlimen yakni P 181 dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Melalap dan N36 Kemabong dimana ketiga-tiga kerusi itu adalah milik penyandang daripada Parti BN.

Dalam keputusan PRU-13, penyandang kerusi Parlimen P. 181 Tenom, Datuk Raimie Unggi (BN) menang dengan majoriti 3,386 selepas berdepan empat pencabar daripada parti pembangkang.

Sementara itu, Ahmad Zahid berjanji BN akan memastikan daerah Tenom terus dimajukan sekiranya diberikan mandat semula pada PRU-14.

Katanya, antara agenda pembangunan yang bakal dilaksanakan adalah termasuk pembinaan jalan raya yang menghubungkan dua daerah di antara Melalap (Tenom) dan Membakut (Kimanis).

"Jalan raya Melalap ke Membakut yang memorendumnya akan dihantar oleh Chinese Chamber of Commerce saya akan tengok, bukan tengok sahaja bagi menang dulu parlimen bagi menang kedua-dua dewan undangan negeri saya akan beritahu dengan EPU (Unit Perancangan Ekonomi) supaya segerakan pelaksanaannya selepas pilihan raya.

" Ertinya sesiapa pun akan jadi calon parlimen atau dewan undangan negeri jika undi kita menang dan kita tolak mana-mana calon pembangkang maka perlaksanaan jalan ini akan disegerakan," katanya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/lupakan-perpecahan-dalaman-elak-insiden-sabotaj-calon-ahmad-zahid-172488
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2018 06:09 PM | Show all posts
                     Ugutan pemimpin parti komponen tidak dialu-alukan

BAGAN DATUK 19 April - Sebarang kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) ketika ini sangat tidak dialu-alukan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


                       
Menurutnya, sebagai pemimpin parti masing-masing, mereka seharus mempunyai pendirian dan menghormati piagam BN sebagai paling utama melebihi keutamaan yang lain.


   
Beliau berkata, kenyataan berbaur ugutan dibuat oleh pemimpin berkenaan berikutan suara hati dan kehendak orang bawahan mereka atau kehendak mereka sendiri yang mahu bertanding di kerusi yang telah ditentukan untuk parti komponen yang lain.

“Sudah tentu kepimpinan BN akan memperkirakan tentang persetujuan terhadap kerusi-kerusi yang tertentu samada ia dipinjamkan buat sementara waktu, atau ditukarkan dengan kerusi lain.

“Akan tetapi, sekiranya pemimpin berkenaan mahu terus berkeras, saya yakin akhirnya beliau akan menerima hakikat bahawa kesatuan di dalam BN adalah sesuatu yang harus diberikan keutamaan, ertinya semangat kesatuan di kalangan parti komponen harus diterjemahkan dalam bentuk komitmen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4, Sungai Sumun dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
        
              

http://www.utusan.com.my/berita/politik/ugutan-pemimpin-parti-komponen-tidak-dialu-alukan-1.653446
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bn dan ppp tu sama ja pas dgn pcm ngo sume..parti nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa walau bermasalah mcm mana pun umngok lawan dgn pas tetap pas kalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065465 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list