CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 3

Skodeng Telefon Suami Satu Jenayah, Boleh Kena Denda Setengah Juta!

[Copy link]
Post time 10-4-2018 02:11 PM | Show all posts |Read mode



Dengan pelbagai kemudahan canggih pada zaman media sosial kini, sangat mudah timbul prasangka terhadap pasangan masing-masing. Tatkala suami atau isteri meninggalkan telefon bimbit, pasti mata melilau melihat skrin telefon mereka.


Mungkin ini sudah menjadi lumrah apabila terlalu banyak berita memaparkan kecurangan pasangan menerusi media sosial yang semakin berleluasa.





Foto: Google Imej






Antara masa yang selalu digunakan untuk mengintip biasanya ketika pasangan tidur ataupun ketika terlupa membawa telefon bimbit. Kalau tidak menemui apa-apa yang mencurigakan tidak mengapa. Tetapi jika ada, tercetuslah perang dunia ketiga. Namun, satu kelegaan apabila meihat wajah sendiri di skrin telefon pasangan, betul tak?


Bagaimanapun, tahukah anda bahawa di Arab Saudi, perbuatan mengintip telefon bimbit pasangan adalah salah dari segi undang-undang? Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan kerana ia kini, ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.





Foto: Google Imej





Kementerian Penerangan Arab Saudi telah mengesahkan kewujudan undang-undang ini. Menurut kementerian itu, tertuduh boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun jika sabit kesalahan!


Peraturan ini adalah sebahagian daripada undang-undang antisiber baharu yang berkuat kuasa di negara pengeluar minyak itu pada minggu lalu.


Kata kementerian itu lagi, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka. Langkah ini dibuat kerana berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 02:20 PM | Show all posts
Berita dah basi + berita luar negara (takde kena mengena dgn Msia)
cari la berita fresh sket...
mengabiskan beras je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk misleading. Tulislah check phone pasangan, bukan suami je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 04:12 PM | Show all posts
Thread ulang siar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036402 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list