View: 2680|Reply: 6
|
Suami Isteri Jarang Bercinta? Awas, Tubuh Akan Mengalami Gejala Negatif Ini Tanp
[Copy link]
|
|
Adakah hubungan intim anda masih lagi berkualiti sepertimana di awal perkahwinan? Atau semangat sudah semakin lentur dan kurang berselera?
Jangan begitu, aktiviti seks amat diperlukan supaya kehidupan lebih ceria dan harmoni. Hormon terhasil daripada melakukan hubungan intim yang sihat banyak manfaatnya seperti memanjangkan usia dan menambah produktiviti di tempat kerja.
Baru-baru ini satu kajian telah dijalankan kepada lelaki dan wanita di Amerika Syarikat tentang kesan apabila aktiviti seks tidak dilakukan dalam tempoh yang lama.
Kajian yang diperoleh daripada laman web Hackspirit mendapati, jika seseorang itu tidak melakukan hubungan seks dalam tempoh yang lama dia akan mengalami lapan kesan sampingan memudaratkan kepadanya. Jom tengok sama ada anda tersenarai dalam golongan ini atau tidak.
1. Risiko penyakit jantung yang lebih tinggi
Kajian saintifik mendapati, lelaki yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai peredaran darah jauh lebih baik dan risiko arteri untuk tersumbat adalah lebih rendah.
Foto: Google Imej
Tetapi, faedahnya kurang jelas untuk wanita kerana perasaan ghairah mereka lebih kurang dan bergantung pada aliran darah yang sihat.
2. Lebih tekanan
Anda mungkin akan mengalami tekanan sama ada di temat kerja, rumah atau di mana sahaja. Bagaimanakah cara melegakan tekanan? Seks jawapannya.
Seks meningkatkan tahap endorfin dan hormon kasih sayang atau oksitosin yang dihasilkan oleh otak. Kajian menunjukkan hormon oksitosin dapat mengimbangi kesan hormon yang menyebabkan tekanan.
3. Pertumbuhan otak lebih perlahan
Bercinta dengan lebih kerap membuatkan fikiran anda lebih matang dan cerdas di usia tua nanti. Kajian mendapati tikus di pertengahan usia menghasilkan sel-sel otak baru selepas mengawan.
4. Kerap sakit
Sistem imun tubuh manusia mendapat sokongan daripada hormon yang terhasil ketika melakukan seks. Kajian menunjukkan ia menghasilkan lebih banyak Immunoglobulin A iaitu antibodi yang melawan penyakit seperti selesema.
Foto: Google Imej
Mereka yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu menghasilkan 30 peratus lebih hormon tersebut daripada mereka yang menahan diri, menurut Universiti Wilkes di Pennsylvania.
5. Lambat berlaku ereksi
Lelaki yang tidak mengalami ereksi boleh merosakkan kehidupan seks mereka pada masa akan datang. Kajian menunjukkan lelaki yang jarang melakukan seks akan cenderung dua kali ganda mengalami ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang melakukan seks dengan lebih kerap.
6.Risiko tinggi untuk kanser prostat
Hasil penyelidikan menunjukkan lelaki yang mengalami ejakulasi 21 kali atau lebih setahun mempunyai 33 peratus risiko lebih rendah untuk menghidapi kanser prostat.
7.Kurang pelinciran
Selepas rehat dari aktiviti seksual, vagina boleh gagal dilumasi dengan betul. Dipercayai, ia berpunca akibat kekurangan hormon estrogen, yang menjadikan wanita yang lebih tua mudah terdedah kepada kesan negatif ini.
Foto: Google Imej
Wanita muda antara usia 20-an dan 30-an kurang mengalami kesan negatif ini kerana mereka sudah menghasilkan banyak hormon.
8. Lemah syahwat
Setelah kehilangan pelinciran, tiada aktiviti seks untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan anda menjadi kurang berahi dan sukar mencapai klimaks.
Foto: Google Imej
Pakar mengatakan, menonton pornografi boleh menyebabkan kaum lelaki menjadi kurang berahi di kamar tidur. Manakala, lelaki pada usia lewat dan awal 20-an yang menonton pornografi akan menderita masalah ejakulasi sepertimana dialami lelaki pada pertengahan umur.
Semoga info ini bermanfaat buat yang sudah atau bakal mendirikan rumah tangga. Yang belum berkahwin tu jangan memandai-mandai pula ya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ngarut jerk..
abis yg x kawin2 tu mcam mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau manusia hedonisme baca ni pasti dia tanya balik kt kita so kenapa larang dia orang berzina |
|
|
|
|
|
|
|
cerita mende gambar nombor satu tu |
|
|
|
|
|
|
|
ooooooooooooooo.. thank you very much
|
|
|
|
|
|
|
|
sekadar perkongsian ilmu yg hampir sama boleh klik link di bawah :
untuk info kesihatan sila klik link :
https://paklongmadupower.blogspot.com/
untuk info produk sila klik link :
http://themeramadupower.blogspot.com/
untuk rujukan aktiviti harian boleh klik link:
https://www.facebook.com/MaduPowerOfficial/
#madupowerofficial |
|
|
|
|
|
|
| |
|