CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zasrfikri

BINTANG PALING POPULAR MALAYSIA 2018

  [Copy link]
Post time 16-9-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliff satar dgn neelopa!!  Tentu aliff satar tepranjat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 16-9-2018 08:52 PM
Suka lagi ABPBH yg dlu2. Zaman lum ada fan club. Lebih telus. Yg menang mmg benar popular. Skrg ni ...

Tp kan.. masa tu artis mng sbb org ramai jangkakan dia mng.. dan pd masa tu pengundi ada peluang mng hadiah kalau dpt teka artis mana yg paling popular. So suka atau x suka dgn artis tu, pengundi akn undi org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 17-9-2018 10:22 AM
Tp kan.. masa tu artis mng sbb org ramai jangkakan dia mng.. dan pd masa tu pengundi ada peluang m ...

Sbb tu mmg ternyata popular. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 11:32 AM | Show all posts


the power of money



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 08:51 PM | Show all posts


Jom sertai #FANtastik ABPBH 31, Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Mencipta kelainan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 akan menganjurkan program #FANtastik iaitu majlis santai bersama peminat dan pengumuman pra kemuncak di Istana Budaya, di sini, Sabtu ini.

Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran ABPBH, kira-kira 20 kelab peminat (FC) artis akan membuka booth dan melakukan pelbagai aktiviti bersama selebriti termasuk acara zumba dan Flashmob X Sorak di Laman Santai, bermula jam 9.30 pagi.


Menghangatkan acara, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran 'throwback' busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Antara FC yang akan membuka booth adalah Siti Zoners (kelab peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza); Janna Nickers (Janna Nick); Khai Bahar Empire (Khai Bahar) dan Syafiq Kyle FC (Syafiq Kyle).

Tidak ketinggalan, kelab peminat Nur Fazura, Fasha Sandha, Wany Hasrita, Zizan Razak, Emma Maembong, Nabila Razali, Abam, Izzue Islam, Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.


Bagi pertandingan zumba antara FC, 11 kelab peminat akan mengambil bahagian. Manakala cabaran Flashmob X Sorak akan disertai enam FC termasuk Khai Bahar Empire yang menghantar 50 ahli menyertai acara itu.



Selain hadiah kepada juara pertandingan zumba dan Flashmob X Sorak, penganjur turut menyediakan ganjaran bagi pemenang kategori FC Paling Sempoi, FC Paling Havoc dan FC
Paling INFINITI.

Selain aktiviti di booth, pengunjung juga akan dihiburkan dengan aksi penyanyi jalanan selain persembahan artis seperti Khai Bahar, Shaa dan Aman Aziz.

Pada hari sama, bertempat di Lambang Sari, majlis pengumuman pra kemuncak ABPBH 31 turut diadakan dengan berkongsi butiran mengenai pengacara, artis yang bakal membuat persembahan dan penyampai trofi pada malam 7 Oktober depan.

Majlis yang akan diadakan mulai jam 3 petang itu, bagaimanapun hanya dibuka kepada penaja dan tetamu jemputan.





Tentu chief Lobenak ....aci sherot akan champion nanti di sana. Sapa2 yg pegi nanti tolong ambilkan gambar member bg mat si aci sherot.




Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ramainya...semua fc2 besar turun..Ctzoners, KBE, Nickers, ahahah yg lain iols tk ingat nma....tahun ni mesti meriah giler ABPBH ni. Iolspn tiap2 hari vote artis pebret iols. Harap2 dia menanglh nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tin milo xde ke? Euuww sgt nama fc dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yokot replied at 17-9-2018 09:33 PM
Wah ramainya...semua fc2 besar turun..Ctzoners, KBE, Nickers, ahahah yg lain iols tk ingat nma....ta ...

Wah, sape artis peberet chuols tu? Meh nak tulun vote.. Iols byk masa free ni.. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Calon Top 20 ABPBH 31 diumum
Oleh Hanisah Selamat
hanisah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Memecah tradisi penganjuran, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 mengumumkan 20 calon pelbagai kategori yang merekodkan jumlah undian tertinggi setakat ini, selepas proses undian secara dalam talian dilancarkan sejak 25 Ogos lalu.

Kumpulan 20 calon ini meraih undian terbanyak malah konsisten, sejak peminat mula mengundi 13 kategori utama dan lima kategori online di laman web www.abpbh.com.my.

Andai dilihat kepada senarai 20 calon terbabit, keupayaan mereka mengumpul undi yang tinggi bergantung kepada pelbagai faktor.

Antaranya aktif dan konsisten dalam menghasilkan produk popular mahu pun ‘box office’; menjalin hubungan rapat dengan peminat terutama melalui laman sosial dan sentiasa berusaha memastikan mereka relevan dengan industri hiburan semasa.

Tidak syak lagi, kumpulan 20 calon ini masing-masing memiliki kredibiliti tersendiri dan wajar dianggap pesaing terbaik dalam merebut trofi utama, Bintang Paling Popular bagi edisi ke-31 acara anugerah pilihan peminat berprestij ini.

Bukan mengetepikan faktor kontroversi sebagai tiket mudah untuk calon terbabit meraih kedudukan selesa, namun hakikatnya, peminat bijak memilih bintang yang memiliki produk meyakinkan untuk terus berada dalam radar sokongan.

Antara nama yang berada di kelompok teratas adalah Fattah Amin dan pasangannya, Nur Fazura; Khai Bahar, Neelofa, Siti Nordiana, Syafiq Kyle, Wany Hasrita dan Mira Filzah.

Penyandang trofi Bintang Paling Popular musim lalu, Fattah misalnya, tidak diragui mampu memberi saingan sengit apatah lagi beberapa drama bersiri seperti adaptasi Korea, Coffee Prince dan filem termasuk KL Special Force menjadi antara produk ‘terhangat’ sepanjang 2017.

Undi peminat turut meletakkan isterinya, Fazura sebagai calon ‘favourite’ apatah lagi masing-masing menyerlah dalam Hero Seorang Cinderella.

Meneliti senarai Top 20, artis lain seperti Mira Filzah dan Siti Nordiana juga membuatkan undian semakin sengit kerana mereka disokong kelompok peminat tegar.

Dalam liga ini, kemaraan Neelofa tidak mungkin dipertikaikan kerana biarpun terpalit dengan kontroversi, dia tetap memancing perhatian ramai menerusi hasil kerjanya.

Menyentuh soal kecenderungan undian berdasarkan isu hangat atau kontroversi, hakikatnya insan seperti Haqiem Rusli, Zahirah Macwilson dan Syafiq tetap tampil bersama produk meyakinkan.

Soal putus cinta, gimik kononnya berdepan tekanan perasaan serta isu gambar panas bukan pemangkin undian, sebaliknya mutu nyanyian dan lakonan tetap jadi keutamaan pemerhati industri hiburan.

Lihat saja Mira, walau kisah keintimannya dengan Zizan Razak kerap menjadi topik utama, dia membuktikan popularitinya lebih cenderung menerusi satu persatu drama lakonan.

Turut berada di kelompok tertinggi adalah Alif Satar, Hanna Delisha, Fendy Bakry, Zahirah dan Haqiem.

Malah dua Instafamous iaitu si cilik yang menetap di United Kingdom (UK), Fatimah Omar (@theFamily.UK serta Nur Aisyah Mohd Razip (@cupcake_aisyah) juga menunjukkan ‘taring’ bersaing di kedudukan selesa.

Kini, hanya tinggal 12 hari lagi untuk peminat mengundi selebriti kesayangan sebelum tarikh tutup, 25 September ini.

Apa yang pasti, undian berterusan pembaca akhbar BH dan versi dalam talian, BH Online mampu meletakkan artis pilihan berada di posisi selesa bagi merebut gelaran juara kategori dan trofi utama, Bintang Paling Popular ABPBH 31.

Pengerusi Jawatankuasa ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir berkata, peminat perlu terus memanfaatkan tempoh undian yang berbaki 12 hari bagi memastikan artis pilihan tidak terlepas peluang menggenggam trofi.

“Perlu diingatkan senarai Top 20 yang diumumkan ini bukanlah bermaksud mereka ini sudah menempah nama ke peringkat akhir acara anugerah ini.

“Jumlah undian boleh berubah mengambil kira kecenderungan peminat mengundi pada saat-saat akhir,” katanya kepada BH Online.

Shamshul Azree berkata, peminat juga boleh memanfaatkan kempen langganan akhbar digital BH sempena ABPBH 31 yang menyediakan pakej langganan serta undian boost.

“Maklumat mengenai pakej ini boleh didapati di laman web www.abpbh.com.my.

“Kempen ini dilaksanakan bagi memastikan ABPBH sentiasa relevan termasuk dalam mengoptimumkan penggunaan platform digital sesuai dengan perkembangan semasa.

“Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web www.abpbh.com.my dan perkongsian maklumat menerusi laman sosial menjadi antara langkah menyemarakkan kempen undian,” katanya.

Mengenai persiapan malam kemuncak ABPBH 31, Shamshul Azree berkata, penganjur termasuk stesen penyiar rasmi, TV3 melalui Primeworks Studios sudah memperincikan kandungan pada acara yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan, jam 9 malam.

“Pengumuman mengenai pengisian malam kemuncak akan dibuat dalam program istimewa bersama peminat dan kelab penyokong artis, tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas mengenai tema Infiniti pada penganjuran kali ini, Shamshul Azree berkata, infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital.

“Tema ini dapat diserapkan dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH 31 serta membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlangan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya atau komersial,” katanya.

Info
Calon Top 20 Pilihan Peminat (Sehingga 13 September)

Ain Edruce
Alif Satar/Neelofa
Arif Jiwa
Fatimah Omar (@theFamily.UK)
Fattah Amin
Fattah Amin/Nur Fazura
Fendy Bakry
Hannah Delisha
Haqiem Rusli
Janna Nick
Khai Bahar
Mira Filzah
Neelofa
Nur Aisyah Mohd Razip (@cupcake_aisyah)
Nur Fazura
Siti Nordiana
Syafiq Kyle
Syafiq Kyle/Hannah Delisha
Wany Hasrita
Zahirah Macwilson

INFO
Penaja utama ABPBH 31 adalah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.

Malam kemuncak ABPBH 31 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan, jam 9 malam.

Lokasi rasmi acara ditaja PICC manakala Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) adalah penyiar televisyen (TV) rasmi.

Selain itu, Kool FM dan Hot FM menjadi stesen radio rasmi; Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 17-9-2018 08:51 PM
Jom sertai #FANtastik ABPBH 31, Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Mencipta kelainan, Anugerah Bintang P ...

Die ade ke bang mat?  Mcm xde dlm list je fc idolat die.... X bukak booth sbb sikit org je ke geng2 nya? Unless ade bayaran mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
My vote goes to Khai Bahar
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahsanta replied at 18-9-2018 12:00 AM
Wah, sape artis peberet chuols tu? Meh nak tulun vote.. Iols byk masa free ni.. Hehe

U vote sape? ..jomlah share
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:40 AM | Show all posts
akak nk vote ....

asal bukan lopa....

boleh gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yokot replied at 18-9-2018 11:19 AM
U vote sape? ..jomlah share

i vote yg layak.. Boleh gitcew.. u share lah dulu. Cpt, i tgh ngevote ni.. Boleh i tlg klu u punya peberet artis tu i berkenan.. Hiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 18-9-2018 11:40 AM
akak nk vote ....

asal bukan lopa....

Amboi akak.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:13 PM | Show all posts
kembarsiti replied at 18-9-2018 07:46 AM
Die ade ke bang mat?  Mcm xde dlm list je fc idolat die.... X bukak booth sbb sikit org je ke geng ...

Lobenak belum dapat arahan dari shawn kot.....   tak mungkin lobenak tak participate. Nanti idola mereka tak happy......





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 03:15 PM | Show all posts
Eh Jol Aripin punya nama tarak top 20 ka?? Bukan kah tahun ini drama Jol jadi phenomenaal negara.... Filem Jol meletopps 30juta.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahsanta replied at 18-9-2018 02:29 PM
i vote yg layak.. Boleh gitcew.. u share lah dulu. Cpt, i tgh ngevote ni.. Boleh i tlg klu u punya ...

Hihihi...baiknya u ni...takpelh iols pun tengah vote ni. Kebetulan mmg cuti..retis yg u vote laki ke pompua?...hahaha motif nk jga csi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:36 PM | Show all posts

bukan apa....
dia boleh beli n undi sendiri....

so akak tak mo la vote dia....
tapi mmg akak x mo vote dia...
alip satar akak suka tpi kpel dgn lopa so akak tak nak vote..

hahahah..boleh mcm gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 18-9-2018 03:15 PM
Eh Jol Aripin punya nama tarak top 20 ka?? Bukan kah tahun ini drama Jol jadi phenomenaal negara.... ...

Tulh psal...iols pon heran..sapik belakang skit bolh pla tersenarai..so ni takdelh kena mengena dgn bebird brterbangan kn..hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.097005 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list