CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1743|Reply: 3

Gang Dong-won teruja berlakon filem Hollywood

[Copy link]
Post time 12-4-2018 10:49 AM | Show all posts |Read mode



PELUANG membintangi filem Hollywood bertajuk Tsunami LA menjadi langkah awal buat pelakon kelahiran Korea Selatan, Gang Dong-won meluaskan pengaruhnya ke peringkat antarabangsa.

Filem tersebut menjadi debut pertama karya Hollywood yang dibintangi oleh Dong-won setelah lebih 15 tahun berkelana sebagai anak seni.



“Saya berasa teruja dan tidak sabar untuk menjayakan filem tersebut bukan kerana ia merupakan naskhah Hollywood pertama tetapi ia turut menjadi tapak awal melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa,” terang aktor berusia 37 tahun itu saat ditemui di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.
Memandangkan Tsunami LA menjadi filem pertamanya di pentas antarabangsa, Dong-won enggan tampil bersahaja tanpa melakukan sebarang persediaan.
Meskipun telah menjulang trofi Anugerah Bintang Asia pada Festival Filem Asean New York ke-16 menerusi filem Vanishing Time: A Boy Who Returned pada tahun lalu, Dong-won tetap berpendapat mutu lakonannya masih perlu diperbaiki.
Selain mempertingkatkan kualiti lakonan, Dong-won mendedahkan, dia mengikuti kelas bahasa Inggeris bagi membantunya bertutur dengan fasih dalam filem tersebut.
“Filem ini akan memulakan penggambaran sekitar bulan Jun depan. Saya masih mempunyai sekitar dua bulan untuk membuat persiapan terutama meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.
“Tambahan, ini merupakan percubaan pertama berlakon filem antarabangsa, justeru saya enggan menghampakan sokongan peminat yang tidak henti memberi sokongan,” jelasnya.
Mengulas mengenai kerjaya lakonan, Dong-won yang kini memegang status sebagai pelakon senior mengakui dirinya tidak pernah meletakkan sebarang keinginan terhadap watak.
Katanya, merealisasikan pelbagai jenis watak merupakan tanggungjawab kerana ia merupakan tugas seorang pelakon dalam industri seni.
“Sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan, saya tidak pernah selektif, apatah lagi mengambil watak tertentu sahaja. Pada saya, setiap watak mempunyai cabaran dan cara tersendiri untuk dilakonkan,” terang pelakon filem Golden Slumber itu bersungguh-sungguh.
Dalam pada itu, Dong-won turut menasihati pelakon baharu agar tidak terlalu memilih dalam soal watak kerana setiap karakter mempunyai sudut pandangan dan ceritera tersendiri.
Pengalaman pertama
Tidak lekang mengukir senyuman, jejaka berbintang Capricorn itu mengakui teruja dengan sambutan serta sokongan peminat tempatan.
Pertama kali hadir ke Malaysia, Dong-won nyata tidak menyesali keputusannya berbanding pilihan negara sebelum ini.
“Pada awalnya kami merancang untuk ke Singapura tetapi setelah berbincang, pihak pengurusan membuat keputusan memilih Malaysia.
“Secara peribadi, saya sendiri tidak pernah berkunjung ke Malaysia dan berpendapat ia pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan,” jelas Dong-won tersenyum.
Selain mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia, Dong-won turut mengadakan acara perjumpaan bersama 100 orang peminat yang dilakukan di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada awal April lalu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka tgk cite vanishing time tu
Anak.iols.pgl.cite tu cite org beku sebab semua stop their activity n kaku...disebabkan mamat ni.masa.kecik pecahkan.telur dlm.gua
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 03:33 PM | Show all posts
Suka tengok dia berlakon, moga berjaya di Hollywood juga.  Makin ramai pelakon Korea ke Hollywood sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah sorang pelakon korea yg meols sangat minat selain ha jung woo.. meols suka tgk lakonan heols violent prosecutor, kundo, brilliant life, secret reunion.. the priests tu meols tgk gak tapi cukup sekali je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.153155 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list