CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2487|Reply: 7

The Rock menanti masa sarung cincin perkahwinan di jari manis Lauren Hashian

[Copy link]
Post time 12-4-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon dikenali dengan jolokan The Rock kini menanti masa untuk menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis teman wanitanya, penyanyi juga komposer jelita, Lauren Hashian.
The Rock atau Dwayne Johnson mendedahkan perkara itu ketika sesi temu ramah berkaitan filem terbarunya, Rampage, Selasa lalu.
“Saya tidak mahu tergesa-gesa berkahwin dengan dia kerana mahu selesaikan segala urusan kerjaya terlebih dahulu.
“Atau pun, mungkin sehingga saya dapat bernafas seketika agar dapat mengurus perkahwinan kami,” katanya.
Sambungnya, selain sibuk dengan rangka promosi filem Rampage, dia juga terikat dengan beberapa projek baru.
“Ikutkan kami mahu berkahwin pada musim bunga lalu, tetapi dia pula disahkan mengandung. Lauren berasakan tidak mahu bergambar memakai pakaian pengantin ketika mengandung.
“Jadi, kami ambil keputusan untuk tunggu dan tidak pasti lagi bila, cuma ia (perkahwinan) pasti akan berlaku,” katanya.
Johnson dan Lauren sudah pun memiliki anak bersama bernama Jasmine yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Johnson berkahwin dengan Dany Garcia yang juga pengurusnya. Pasangan itu dikurniakan anak bernama Simone Alexandra Johnson yang kini berusia 16 tahun.

Berkongsi cerita mengenai projek terbaru, Johnson berkata, dia akan menjalani penggambaran filem terbitan Disney berjudul The Jungle Cruise bersama aktres jelita, Emily Blunt beberapa bulan akan datang.

Dia juga akan kembali ke set penggambaran filem ‘spin-off’ Fast & Furious selain beberapa projek lain.
Kelibatnya di televisyen juga tidak kurang hebat apabila akan kembali dengan musim baru Ballers yang ditayangkan di saluran HBO.
“Saya berterima kasih kerana Lauren sanggup ‘bekerja’ seiring dengan jadual sibuk saya dan dia sentiasa menjadi juara di hati saya.
“Dia wanita yang hebat dan sentiasa optimis dengan kesibukan kerja kami. Dia selalu berkata, tak mengapa, semuanya akan berlaku dengan baik,” kata Johnson.
Filem Rampage ditayangkan di pawagam tempatan bermula hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 02:32 PM | Show all posts
sama cantik sama padan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 05:14 PM | Show all posts
cantik bakal isterinya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:59 AM | Show all posts
Harap impian mereka akan direalisasikan juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik...omputeh ni mmg trend dah beranak baru nikah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 10:45 PM | Show all posts
Anak deols comel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2018 10:12 AM | Show all posts
Takmo kahwin sebab takmo nampak buncit masa pakai gaun pengantin
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 12:29 PM | Show all posts
yg bagusnye the rock ni, walaupun duda, dia maintain hubungan professional ngan ex wife die. ex wife die manager die skrang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.076979 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list