CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 7

The Rock cakap Melayu 'apa khabar Malaysia?' Ucap terima kasih pada rakyat Malay

[Copy link]
Post time 12-4-2018 11:30 AM | Show all posts |Read mode




https://www.dailymotion.com/video/x6hn00j

Sambutan hangat terhadap filem-filem lakonannya di Malaysia menyebabkan pelakon berbadan kekar, Dwayne Johnson tidak melepaskan perhatiannya terhadap peminat yang berada di negara ini.

Jika sebelum ini selebriti Hollywood itu mengucapkan terima kasih kerana sambutan memberangsangkan terhadap filem Jumanji, kali ini dia tampil bertanya khabar kepada rakyat Malaysia bersempena promosi filem terbarunya, Rampage.


Menariknya, Johnson dalam klip video berdurasi kira-kira seminit itu dilihat bercakap dalam bahasa Melayu.

“Apa khabar, Malaysia?” kata Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan The Rock itu.

Melalui ucapan yang dibuat di media sosialnya, bekas bintang WWE yang kini menjadi pujaan di Hollywood itu mengumumkan Rampage bakal menjengah pawagam esok.

“Bersiap-sedialah. Saya begitu teruja untuk membawakan anda Rampage, ia akan ditayangkan pada Khamis ini di seluruh Malaysia,” katanya.

Johnson turut menyatakan perasaan berbesar hati selain berterima kasih di atas sokongan tidak terhingga rakyat negara ini yang tidak henti-henti menyokong kariernya sejak dia bergelar pelakon.

“Dari lubuk hati saya amat berterima kasih untuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan selama beberapa tahun ini.

“Saya dimaklumkan mengenai sesuatu berhubung kasih sayang dari Malaysia, iaitu tiga daripada filem saya mendapat tempat di hati peminat dari negara ini.

“Filem ketiga, Fast 8, kedua Fast 7 dan yang pertama Jumanji. Malaysia terima kasih. Jika anda semua menggemari Jumanji, maka anda akan turut menyukai Rampage,” katanya.

Rampage, sebuah filem sains fiksyen diarahkan Brad Peyton diadaptasi secara longgar berdasarkan siri permainan video menggunakan nama sama yang dicipta Midway Games.

Ia berkisahkan seorang ahli primatologi menjalin kerjasama dengan George, gorila albino yang bertukar saiz menjadi makhluk gergasi selepas menjalani eksperimen demi menghentikan pencerobohan raksasa.

Selain Johnson, Rampage turut dijayakan pelakon seperti Naomie Harris, Malin Akerman, Joe Manganiello, Jake Lacy, Marley Shelton, dan Jeffrey Dean Morgan.





Read more at https://www.kinitv.com/video/59128O74#mmt0g5TKozwjov0x.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 11:56 AM | Show all posts
Gigihnya beliau buat promosi filem terbaru dan dia pun tahu kat Malaysia ramai peminatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:50 PM | Show all posts
iols suka heols dalam Jumanji
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 09:00 PM | Show all posts
the rock got one more new movie ady yeah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 02:48 AM | Show all posts
Die ni kalau x yah gigih wat camni pun mmg ramai konferm nak tgk.. heols kan one of the top actor skrg.. #1 hokeyss... ala2 Brad Pitt zaman dedulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:58 PM | Show all posts
tak minatt..

aku lebih minat artis bertaraf Academy Awards..

setakat berlakon glamour ...

x minat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2018 09:57 PM | Show all posts
yeeyang44 replied at 13-4-2018 09:00 PM
the rock got one more new movie ady yeah!

uols maksudkan Rampage ke atau filem dia yang lagi 1? mungkin akan keluar tengah tahun ni "Skyscraper"


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 10:02 PM | Show all posts

therock ni asek say thanks jer..
takmau mai turun KL ker promo filem ni..huhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065349 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list