CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2826|Reply: 5

Buat Sendiri Mentega Kacang, Lagi Chunky Lagi Sedap

  [Copy link]
Post time 12-4-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Selain anak-anak, ibu bapa juga sukakan peanut butter atau mentega kacang. Paling popular sapuan roti bersama dengan mentega butter diwaktu pagi. Menu sarapan mudah dan ringkas dan mengenyangkan. Bagi yang mengejar masa sudah pasti menu ini menjadi pilihan.

Memetik dari SirapLimau.com, mari ikuti resepi peanut butter hasil perkongsian Puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi.


Caranya memang mudah dan berbaloi kerana peanut butter yang dibuat sendiri lebih sihat untuk keluarga. Penggunaan garam, gula, dan minyak boleh dikawal.






Menariknya, peanut butter buatan sendiri ini juga boleh bertahan sehingga 1 bulan pada suhu bilik asalkan balang kaca yang digunakan bersih dan disterilkan terlebih dahulu.

Resipi Mudah Homemade Peanut Butter

Bahan-bahan

Kacang tanah
Sedikit garam (option: guna garam buluh)
Sedikit pemanis (Boleh guna madu. Boleh guna gula, stevia atau pemanis lain)
Sedikit minyak – optional (Boleh gunakan 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah. Anda boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran dan sebagainya. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan tekstur yang lebih halus dan tahan lebih lama

Cara-cara

1. Panggan kacang




Pertama sekali, panggangkan kacang hingga masak di dalam oven.

Kalau tak ada oven, boleh gorengkan atas kuali tanpa minyak.

2. Buang kulit kacang




Bila dah masak, buangkan kulitnya.

3. Kisar kacang





Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.

4. Tambah bahan-bahan lain





Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.

Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.

5. Simpan dalam bekas




Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (lebih kurang 1 bulan), sterilkan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini:

* Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit.
* Toskan balang kaca dan penutupnya.
* Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja.
* Biar balang sejuk dulu sebelum diisi dengan peanut butter.

TIPS TAMBAHAN

*Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain-lain dalam keadaan kering.

*Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.

*Kalau tak sempat nak sterilkan, boleh letakkan dalam bekas bertutup dan simpan di petisejuk. Insya Allah boleh tahan lebih kurang sebulan juga.

Beginilah hasilnya yang dah disiap dan disapu pada roti. Ada 2 versi, satu yang halus dan satu lagi yang chunky.




Nampak menyelerakan, bukan?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - CARI

Sumber: Puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi Via SirapLimau.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap mentega kacang
lemak berkrim
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Enakkk mari mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 11:59 AM | Show all posts
terima kasih

fav aku peanut butter ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh guna kcg lain x..aku xleh mkn kcg tanah..jerawat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:23 PM | Show all posts
lol, i baru beli blender ni kat11 street​ ngan harga murah, boleh buat mentega kacang dah lepas dapat blender ku​

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057389 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list