CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Margarita

Kenapa saya masak tak sedap? Huwaaaaa

  [Copy link]
Post time 16-4-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
intanazlynna replied at 16-4-2018 06:36 PM
haha.. dari kecik my mom masak jemput2 bilis atau udang...
tapi i sajer gatal tukar jadi a ...

dah try
sedap tapi di tekak sy nk juga rasa garing bilis tu
ke td mkn dgn anok3 jd xrasa nikmat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 16-4-2018 05:25 PM
Eh... dah rasa macam masuk bod masakan pulak ...

I hari2 masak.

nak resepi tu
ank kalu siakap selaju lauk ayam
kalu ikan kembung sendu di aidilfitri je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 08:26 AM | Show all posts

tahniah TT sebab ada effort nak memasak.

don't worry practice making perfect. i dulu pon macam uols gak. tak pernah tolong mak/kakak2 masak, tp iols suka perhatikan cara diaorang prepare bahan2 & masak.

iols pon gugel je kalo nak masak apa2.  antara tips yg boleh TT praktiskan:

1. perhatikan mak masak kat dapur. sambil2 tu tlg/tanya apa yg patut
2. banyak kan tgk pgrm2 masakan kat AFC tu local ataupon oversea, baca blog resipi
3. jgn masak ikut sukatan sgt as dalam resipi. especially melibatkan asam jawa, gula & garam. masukkan sikit2 dulu & rasa. kalo kurang baru tambah. ,macam tu gak nak tumis cili padi/cili kering, kena ikut instinct gak. percaya kata hati ok
4. kalo nak masak nasi berperisa mcm nasik ayam, nasi tomato ke, iols advice guna beras basmathi. sebab masak beras basmathi ratio sukatan air & beras adalah sama. cth: 3:3. atau 3:3.5. (air lebih sikit pon takpa).  kalo guna beras biasa susah sikit nak adjust air sebabnya beras ada mcm2
good luck TT. jangan mudah putus asa ye

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 09:00 AM | Show all posts
memasak sebenanrya tak perlu ikut sebijik2 dalam resipi, tgk bahan2 je kemudian kita start masak..
kalau perlu tumis, kita tumis dulu apa yg ptut tp x perlulah nak ikut letak bawang merah dulu, letak bawang putih, bla3..

kalau menumis pastikan bawang tu garing dan naik bau.. kalau menumis cili pulak, pastikan cili tu masak betul dan pecah minyak.. mcmana nak tau pecah minyak? bila minyak dr hasil gorengan tu dah naik ke atas permukaan cili tu.. masa menumis api jgn besar sbb nanti hangit bawang dan cili, boleh mempengaruhi rasa masakan..

mcm nasik tu, sbnrnya awk boleh ejas balik, mmg rice cooker kalau dlm keadaan panas akan tendang balik.. so cara paling mudah ialah keluarkan periuk nasik yg belah dalam tu, letakkan atas api.. tambah air sikit dalam nasik, kaup balikkan nasik.. insyaAllah akan sekata balik..

saya dulu pernah masak nasik tomato, dahla 1st time try, pastu nak hidang kat kawan pulak tu.. masak atas rice cooker, tgk2 nasik x berapa nak masak rata.. walaupun agak risau, tp saya keluarkan nasik tu, dan masak balik atas api dapur, alhamdulillah nasik masak elok..

kawan2 pun puji masakan saya tu walaupun dalam hati punyalaa risau.. hahaha..

pastu utk kuah tomato tu, kdg2 sukatan tomato dlm resipi tu mgkin rasanya masam, sdgkan selera kita x sama dgn resipi tu, so sbnrnya bab2 sukatan tu kita boleh ejas sendiri je.. mcm saya, saya x pernah masak ayam masak tomato letak susu/santan, tp ada org suka.. cuma masa menumis, saya letak sekali dgn kulit kayu manis dan bunga cengkih.. utk bykkan kuah, saya masukkan air dan bykkan sikit sukatan sos supaya seimbang balik.. tp jgn guna byk garam sbb sos cili dengan sos tomato tu sbnrnya dh ada garam dlm kandungan bahannya..

actually memasak ni x susah tp kena pandai teknik2 dia..

mcm masak nasik lemak pun menda mudah je.. tp kalau salah teknik, x menjadi..

alhamdulillah, saya yg dulu sama je mcm tt, x rajin menolong mak kat dapur sbb sibuk belajar, tp skrg ni nak masak nasik dagang hidang kat kawan2 pun alhamdulillah dah lepas..

pokok pangkalnya, kena rajin, masa memasak kena masak dr hati, jgn stress.. rajinkan tgk utube, beli buku resipi dr chef hanieliza, yg simple2 je tp insyaAllah menjadi..

bila dh expert boleh beli buku resipi chef wan pulak, hehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 16-4-2018 11:28 PM
nak resepi tu
ank kalu siakap selaju lauk ayam
kalu ikan kembung sendu di aidilfitri je

Dah try semalam..
Boleh tahan sedap...

Ikan siakap goreng garing (garam + kunyit)

Bahan A
Butter 1 sudu
Bawang putih potong kasar
Bawang holland hiris
Jus lemon
Susu segar/uht

Tumis bahan A
Lepas tumis kekuningan, blend semua

Bahan B
2 sudu butter
Bahan A yang dah di blend
Daun kari
Cili kering potong
Garam & gula
Masukkan ikan goreng

Siap


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:37 AM | Show all posts
pelan2 sis..kalau dh ada minat dan usaha lama2 akan improve jua.

sini ada respi mudah..last nite buat nk perabis ayam

ayam potong kecil..basuh bersih dan tos
tumbuk halia dan bawang putih (2" halia and 3 ulas bwg ptih)
lumur rata kt ayam pastu +kunyit, garam, serbuk kari, serbuk paprika..biarkan 5-10 mins, add tepung gandum 2-3 sdb dan tepung jagung 1sdb
lumur rata. siapkan minyak goreng deep fry..balik2an dan hingga garing keperangan dan angkat.

kuali lain..masukkan 1sdk minyak, tumbukkan 1sdb lada hitam dan 1ulas bwg putih, tumiskan kdlm minyak tadi api pelan, add 3sdb gula, kicap sdb, 1sdk readymade my super hot sambal belacan (ini kena buat lain) sos cili 1sdb dan garam + air 1sdb, lastly perah 2 ulas limau nipis.kacau rata nmpk sedikit likat campak ayam goreng tadi gaul2 rata 1-2 mins angkat.

kalah 4finger ciken fry
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2018 12:01 PM | Show all posts
tahniah dik sebab dah start belajar masak.. yang penting practice makes perfect.. pastu kalo takmo membazir, buat dalam kuantiti yang sket dulu..

macam ahkak ni tak reti sangat nak masak lauk, lebih2 lagi yang berkuah.. so, lauk pauk yang heavy tu tak try lagi la.. setakat goreng2 tu boleh la.. tunggu lepas kawen nanti la kot baru serius.. setakat nak masak untuk sorang rasa cam membazir lak.. lain la masak untuk 2,3 orang..

ahkak minat buat kek, biskut semua tu.. resepi cari kat gugel jek.. kadang tengok kat youtube.. takde la buat 100% sukatan yang tepat.. buat lebih kurang jek.. tapi gula banyak kurang.. kalo buat sendiri boleh buat kek less sweet..

apa pun good luck, dik.. jangan putus asa.. ganbatte ne!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 05:55 PM | Show all posts
ai kalau masak nasi tomato guna periuk nasi canggih yang ada timer segala tu memang tak jadi.
jadi mentah.
so pakai periuk nasi bodo2 tu aje baru jadi.

contoh periuk nasi electonic nan canggih :



periuk nasi bodo2:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 07:08 PM | Show all posts
Kelakar je TT. Dulu i pun tak pernah tolong mak masak. Sbb mak i jenis xsuka org kacau dia buat kerja.  Bila dia mitak tolong then i buat tak ikut standard dia, dia halau i dari dapur.
So bila dah tua nih baru dia tak kisah sbb dah tak larat, tapi still masakan i xmemenuhi piawaian dia. Hatta ayam goreng kunyit sekali pun. Mcm2 komen dia, tapi tu la sebenarnya 'air tangan' tu yg bagi rasa unik dlm masakan. Walau ikut sebijik2 resipi pun, rasa dia tetap tak sama.

Tips i, (padahal bukanlah pandai sgt).
- Try resipi yg simple dulu. Contoh telur dadar, ayam , ikan goreng. Tak pun ikan, ayam, daging bakar.

- Masakan Melayu bagi i susah sikit. Contoh kari, sambal, asam pedas, masak lemak tu walau pun bahan dia simple. Tapi kalau takpernah buat mmg leceh sikit. Sbb kalau ada cili, kena bagi garing dulu. So kalau first time masak, mmg kita tak tahu mcm mana situasi cili garing. Even org kata masak lemak senang, i tetap fail buat. Sbb santan tu punca dia, santan tak bole pecah minyak. Then kena serata rasa lemak, masin, pedas.

-Kalau first time, i rasa masakan Thai paling senang. Contoh paprik, tomyam, padkapau (ayam cincang dgn daun selasih)

Then benda memasak ni mmg kena try buat banyak kali. Tapi i mmg tetap fail kalau baking.
-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 17-4-2018 05:55 PM
ai kalau masak nasi tomato guna periuk nasi canggih yang ada timer segala tu memang tak jadi.
jadi  ...

I pakai periuk nasi bodo bodo tu pun nasi mentah. Stresssssssss nya harini gara2 nasi tomato mentah ! Padahal air masih bertakung dan beras masih keras periuk nasi sy dh naik pd keep warm... ei geramnya.... bila sy sendal dgan kertas mcm porumer cakap tu, terus bau hangus berkerak ....... kenapa ??????
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sebab mencuba.

Tapi bila nak mencuba. Cuba dengan kuantiti sedikit dahulu.

Setuju ngan elle dia atas. Semuanya kena ada teknik. Teknik teknik asas.

My mom mmg manjakan i sampai sekarang. Bila nak masuk dapur je dia suruh keluar. Everything prepared and dia pun takut nak suruh i masak takut tak menjadi.

My mil dia ajar teknik2. Anak laki semua pandai masak dari isteri2. Potong bawang potong cili. And everytime dia akan tanya, boleh buat? Dia akan tunjuk contoh kemudian kita ikut. Cara dia kacau kuah. Cara dia goreng. Warna dia goreng. Tutup api bila nak campur sambal tumis. Nak buat kari semua dia ajar. Nak tumbuk sambal semua pun dia ajar. Dia tak marah kalau tak jadi..dia akan tanya masa masak tu buat cam mana. Nanti dia bagi tahu part mana tak betul tips tips teknik dan brand produk dia guna. Yang penting kita ada keinginan nak cuba. Fail takpe. Cuba lagi.

Jangan putus asa. Cuba kuantiti sikit dulu. Dont be too over ambitious.

Lagi satu. Setiap bahan tu bau. Masuk sedikit sedikit. Lepas tu imagine setiap bahan tu kalau masuk apa rasa.

Banyakkan tengok video masak. Masak nak kena sabar. Bila tak sabar tu yg tak menjadi.

Buat satu je lauk each time. Jangan nak buat banyak banyak lauk unless mcm my mil, 5 lauk buat sekali makan. Lepas tu semua sedap sedap pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu kadang bila kita masak lauk berkuah contoh kari rendang etc. Kita takut nak adjust. Mula kita boleh je masak rencah dia. Bila kita dah gaul dengan santan or air tapi lepas tu rasa tawar. Jangan bimbang. Letak ke tepi periuk tu.  Buat rencah baru tumis sampai masak sempurna. Kemudian tambahkan rencah sedikit demi sedikit ke dalam gulai atau rendang tambah sehingga rasa tu cukup.

Macam beli rencah paket lah. Cuma kita tumiskan asing.

Yang nasik keras tu sebenarnya you boleh letakkan air dalam mangkuk lepas tu letakkan atas nasi yg tak masak. Biar dia steam. Or you can steam the rice untuk selamatkan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:41 PM | Show all posts
Margarita replied at 17-4-2018 07:13 PM
I pakai periuk nasi bodo bodo tu pun nasi mentah. Stresssssssss nya harini gara2 nasi tomato menta ...

air nya bertakung kat atas ke sis.. banyak ke? kalau sikit tu normal kalau nasi baru2 masak .. kena biar je dulu dengan periuk  bertutup .. masa periuk tu baru OFF ai biar je dulu dalam 15-30 minit tak ganggu atau kacau nasi tu sebab masa tu nasi sangat sensitif dan beras cepat patah.. nanti nasi tak cantik.. dah lama sikit dah tak berasap baru ai bukak periuk n kacau.. masa ni yang air bertakung tu pun dah hilang..
ai biasa tak payah paksa atau sendal periuk tu ON pun, dia off pun baki haba kepanasan dia boleh memasakkan nasi yang mentah tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 17-4-2018 05:55 PM
ai kalau masak nasi tomato guna periuk nasi canggih yang ada timer segala tu memang tak jadi.
jadi  ...

Yang canggih ni kena study sikit nak pakai. Iols ada beli satu. Kena baca manual dulu sebelum nak masak sebab lain nasi lain settingnya. Memang leceh. Periuk nasi bodo gak paling senang nak pakai. Pueh hati
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bykkan cube buat dish yg simple just to get the skill. Bg sy yg paling simple adelah buat kuah sayur air. Tumis bawang letak air , garam letak telur n sayur sawi atau ape saje sayur yg disukai. Fool proof.. in shaa Allah. N mase buat tu happy2 je dont stress yourself too much.

Satu lagi mee goreng or nasi goreng.. try la buat dulu. Pastu slow2 ke arah lauk pauk. U will train ur taste bud utk tambah ape yg patut. Sometimes resepi ni just a guidelines. Kalu bab sambal2 ni.. mmg ambil masa skit nk master. Sbb die memerlukan the balance of taste between pedas manis n masin n a bit of masam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:28 AM | Show all posts
Hahahaha. Comel je tt. Baru seminggu masak dah putus asa. Perkara ni normal la  bagi orang yang tak minat masak. Mana ada yang baru belajar masak dah setanding dengan chef wan. Mulakan dgn masakan yang mudah dulu. Tak complicated. Konsepnya practice makes perfect gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 10:28 AM | Show all posts
semalam sy cuba masak nasi tomato, tak sedap dan nasi jd keras walaupun dh ikut sukatan. Bila tambah air, periuk nasi automatic bertukar pd keep warm sj. Membazir beras 3 cawan.


u, maybe jenis beras tu. mcm iols, guna beras Cap Rambutan (cth nya). bila balik kg, my mum guna beras Siam. Bila iols masak, kdg2 nasi keras/ lembik. it depends kpd jenis beras. sb tu, kalau g rmh sedara mara, iols akan tanya sukatan air. biar la org nk ckp eh x penah masak nasi ke, sukatan air pun tnya? bukan masalah x penah masak/xpandai masak nasi, mslhnya jenis beras akan mempengaruhi nasik tu akan jad lembik, keras atau elok2 masak ngam2.

Selain tu sy cuba masak ayam masak merah, tp sambal agak masam. Tak macam rasa kt pasar malam yg selalu jual tu. Manis dan rasa pedas sedang elok je. Saya dah cuba ikut resipi step by step ikut sukatan semua tapi masih tak menjadi. Sedihnya.


ayam masak merah, bunyi mcm senang nk masak. tp uols kena faham 'petua' btl2. jenis cili kering yg u guna, jenis ape? yg u blend sendiri atau beli kat kedai? sambal agak masam tu u maksudkan mcmna? u masak sambal btl2 garing tak? u letak asam jawa banyak sgt ke sampai jd masam?  kdg2 masak campak2 lagi ok dari ikit sukatan tp utk newbie mcm u mmg lbh elok ikut sukatan. asam jawa yg u guna tu memainkan peranan. brand ape yg u pakai n byk mana sukatan yg u letak, akan menjadikan rasa ayam masak merah tu berbeza dari yg u makan kat kedai. kalau perhatikan, kat kedai2 kan byk brand asam jawa. sesetengah tu kurang masam, sesetengah tu letak sikit dah masam. dlm hal ni, u kena try n error atau tanya mak/org yg lbh arif ketika memasak.

lps u dh tahu nk guna cili kisar tu jenis yg mcmne(i mean buat sendiri d rmh atau beli brand kat kedai) u kena make sure tumis tu garing elok. kalau tak garing, tumis tu bila makan nt rse dia x sedap tau. u kena letak minyak secukupnya mse menumis, n taruk gula mase menumis tu supaya jadi "pecah minyak" iaitu tumis akan jd kemerah2an (cuba tgk ayam masak merah yg jual kat kedai, kuah dia berkilat kemerahan dalam minyak tu kan).

Belum cerita pasal saya masak benda lain macam spaghetti carbonara, kuah tak sedap. Stress nya


u cuba masak benda2 simple je dulu. jgn try benda2 ala barat. iols cadangkan u mahirkan dulu masakan yg biasa2 kita tekak org melayu ni makan. kalau u nk try masakan melayu, arab, cina, western etc dlm satu masa, u akan lbh stress. biasakan masakan tekak melayu, nt u akan 'faham' nk try n error masakan lain. percayalah.


saranan iols, u kena banyak faham petua2, jenis2 pemilihan bahan yg nak dimasak (cth : jenis cili giling, jenis asam jawa, jenis beras, jenis halia~samaada halia muda atau tua dan etc).

sebab pemilihan2 barang2 ni akan mempengaruhi maskaan uols. disamping tu jugak u kena ada teknik memasak (maksud iols cthnya u masak nasi, u kena tau beras tu jenis kena letak air byk atau sikit).


maaf jika huraian iols pjg. iols cuba bantu sb uols baguslah berusaha nk memasak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Margarita replied at 12-4-2018 09:15 PM
Thanks awak! Tu lah, masak nasi tomato haritu frust sangat sebab nasi nya keras sgat.. nak tambah  ...

kalau nasi keras, mentah.. awak letak air dlm bekas kecik, letak tgh2 nasi dlm periuk nasi keep warm tu.. insyaAllah nanti nasi tu masak elok.. ai penah buat, masak nasi tomato untuk hantar kt surau, nasi mentah..panic gila ok, nasib baik ada google..ai ambil petua tu kt google je haha... lagi satu kalau awak masak, rajin2 la rasa masakan awak tu, letak garam, gula, tomato, sambal ke apa semua letak la sikit2 dulu.. then rasa.. tak cukup nanti tambah lagi.. selamat memasak yeee.. dont give up!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 01:59 PM | Show all posts
alang2 dah cerita pasal masak ni kan, i nak tanya, nak buat lodeh yang sedap macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 05:55 PM | Show all posts
minguk replied at 20-4-2018 01:59 PM
alang2 dah cerita pasal masak ni kan, i nak tanya, nak buat lodeh yang sedap macam mana?

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Entah la ye.  Tgk resepi semua lebih kurang sama je.  Tambah kunyit hidup (instead of powder) n udang hidup (selain dari udang kering) kot?  Ada org letak jintan bagai.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.118658 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list