CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Margarita

Kenapa saya masak tak sedap? Huwaaaaa

  [Copy link]
Post time 20-4-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 20-4-2018 05:55 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Entah la ye.  Tgk resepi semua lebih kurang sama je.  Ta ...

Waalaikumsalam..

Haah macam lebih kurang sama.. Tapi i nak yang sedap.. Ada jiran i buat seriusli sedap tapi tu la, i tanya dia tak bagitahu.. Dia cakap kalau nak makan bagitahu je nanti dia buatkan.. I panggil dia buat sama2 pun tak nak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 20-4-2018 06:59 PM
Waalaikumsalam..

Haah macam lebih kurang sama.. Tapi i nak yang sedap.. Ada jiran i buat seriu ...

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Ooohhh ada secret ingredient la tu.  Org tkmo bgtahu nk buat cmna kan?  Pernah try letak sos ikan tak?  Ce try.  Manalah tau.  Bukan apa... akak tiba2 teringat arwah kpd mak member sorang ni... dia bgtahu dia letak sos ikan dlm kuàh nasi dagang udang dia.  Since base lodeh pun udang juga... entah2 lebih kick kalo tmbh sos ikan ke kan.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:03 PM | Show all posts
kadang2 ada basic masak yg kita kena tahu yg xde tulis dlm resepi. contoh, cara tgk bawang garing ke x, cara nak tau dah pecah minyak, cara nak tahu bila perlu tutup api (nak tahu dah masak ke x kuah tu), elak santan pecah mnyak, etc. i belajar benda ni dgn arwah mak sebelum kawin dulu, so that kalau ikut resepi pun i dah ada basic. contoh, dlm resepi tulis 'tumis sampai pecah minyak', 'seimbangkan garam dan gula', 'bila dah kuah masak, tutup api'. semua ni perlu basic masak n experience.

dont worry, lama2 u mesti pandai, sbb experience masak tu yg berharga. i pun lepas 2-3 tahun kawin baru rasa mcm ok masakan i, even dah ada basic masak. n lagi satu, kadang2 u je (org yg masak) rasa x sedap, org lain rasa OK. cuba try tny org lain tentang rasa masakan u. mana tau sbenarnya OK ke, cuma u je yg rasa x sedap?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:09 PM | Show all posts
nellyberry replied at 17-4-2018 07:08 PM
Kelakar je TT. Dulu i pun tak pernah tolong mak masak. Sbb mak i jenis xsuka org kacau dia buat kerj ...

haa.. sama la dgn i. bab baking paling fail. bab lauk pauk ok la (at least edible). sbb i malas sgt nak tepung n segala mala benda remeh time baking tu. yg paling x jadi sekali, kalau buat kek pakai oven. i btl2 x reti nak agak suhu oven n kek selalunya bantat . so i selalu cari resepi kek yg kukus jek. haha..

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:19 PM | Show all posts
I pon hanya start masak lepas kahwin. Tak pandai pon tapi tak pernah la masak sampai tahap kena buang sebab langsung tak menjadi. I cadangkan you try yang simple2 dulu. Macam sup ayam, sayur goreng, sotong goreng kunyit, nasi goreng. Yang simple2. Dan masak portion untuk 2 orang makan.

Awal2 masuk dapur you bukan saja kena belajar resepi tu sendiri, tapi benda2 lain dulu. Contohnya guna perkakas yang sesuai, nak kawal api, minyak nak tuang banyak ke sikit, macam mana nak tahu ayam (contoh) dah masak ke belum,sayur nak masak berapa minit supaya tak layu etc... Benda2 gitu. Sebab tu jangan masak yang kebabom dulu. Masak yang simple2 dulu dan dalam portion yang kecil. Bila dah pandai baru naik ke level seterusnya.

Sebelum masak google dulu (atau beli buku resepi) bukan nak ikut sebijik2 tapi untuk mendapatkan idea bahan2 yang perlu digunakan dan steps yang akan dibuat masa nak memasak nanti. Dah pandai nanti tak perlu dah nak google bagai sebab kita dah boleh agak bahan2 dan cara.

If masak apa2 tak menjadi kena cuba lagi dan lagi. Sejujurnya i tak minat sangat masak tapi dah kahwin ni memang wajiblah kena masak. Hatta suami ok nak makan luar pon. Pastikan ada hari yang kita memasak jugak. Effort tu penting.

Good luck dik. Muda lagi rasanya tt ni. Bagus dah ada inisiatif memasak. Senang bila dah kahwin nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 03:35 PM | Show all posts
jangan lah give up terus mencuba...insyaallah menjadi dan sedap
saya dulu pun tak pandai masak jgk
sekarang ni blhlah sikit2
ikan pun x pernah siang
tapi bila dah kawen pandai2 lah mencuba dan alhamdulillah tersianglah jgk ikan tu..
Jadi terus mencuba pasti berjaya...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 04:26 PM | Show all posts
Masak ni kena buat dengan kasih sayang. Aku start masak umur 9 tahun, kena paksa dgn nenek aku potong bawang sambil nangis2 tak nak masak then alhamdullilah now nak makan apa pun aku insyaAllah boleh masak. satu je, keep trying & dont ever give up!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 23-4-2018 08:18 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Ooohhh ada secret ingredient la tu.  Org tkmo bgtahu nk  ...

Waalaikumsalam kak.. Tapi dia belajar pun dengan otang jawa.. Orang jawa ada ke guna sos ikan? I takut jadi busuk je hahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 23-4-2018 09:21 PM
Waalaikumsalam kak.. Tapi dia belajar pun dengan otang jawa.. Orang jawa ada ke guna sos ikan? I t ...

Jawa huh?  Dia boh extra tempe la kot.  Digoreng dulu.  Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:07 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 24-4-2018 07:45 AM
Jawa huh?  Dia boh extra tempe la kot.  Digoreng dulu.  Hahahaha.

hahahahahahah kelakar sis kelakar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nonones replied at 23-4-2018 04:26 PM
Masak ni kena buat dengan kasih sayang. Aku start masak umur 9 tahun, kena paksa dgn nenek aku poton ...

Anak i boboy sekarang umur 10 tahun dah tunjuk minat nak memasak.
Setiap petang balik sekolah bila masuk dapur I tengah masak dia tanya nak suruh tolong apa.
Hari tu i suruh dia kopek bawang, menangis2 dia... tak siap lagi dah bagi tau nak naik mandi..
Dah tak tahan mata la tu

Tapi dia pandai tanak nasi..
I ajar sekali je, setakat ni menjadi je nasi dia..
Pandai agak air berapa tu...

Semalam ajar dia masak sambal ikan.
Harap2 tahun depan i dah boleh order je nak makan apa kat dia
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by siputsedut at 26-4-2018 09:39 AM

Dik..masa ayam masak merah tu pakai cili apa? Kalau cili boh readymade tu, dia mmg masam sikit...so xyah tambah asam jawa pon x pe..kalau cili giling sendiri...kena tambah asam jawa...

Camane belajar masak?kena cuba cuba dan cuba...sis dulu dr sekolah menengah lg dah belajar masak sambal tumis...mee kari..mee rebus..donat...pendek kata..benda yg sis suka makan..sis belajar ngn mak...lama2 akan biasa..pandai nak ejas2...tau apa pecah minyak..tumis darat...uols kira dah bagus..effort ada..tp maybe pengalaman kurang...so nak kena prektis byk2 kali sampai pandai..uols kena faham..tiap2 beras sukatan airnya lain...tiap bawang rasanya lain...makin byk uols cuba..uols akan jd pandai dgn sendiri..selamat maju jaya dek..dah pandai masak nnt jgn lupa jemput sister2 dkt porem ni yach..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:52 PM | Show all posts
hey uols semua. iols nak tanya, kalau masak nasi guna periuk 2.2 liter tu mmg tak boleh masak smpai penuh periuk ke? dekat sukatan ada 12 cup, iols masak nasi jagung 10 cup nasi mentah lepastu dia menendang ke keep warm. Like hello, membazir borehhh den jah... ujong2 iols guna steamer jah steam balik nasik mentah tu.... 1st time iols masak nasi 10 pot utk jamu kawan2 iols dtg ke rumah, tp hampehh punya periuk nasi.............

iols Google katenyeh periuk nasi elektrik mmg takleh lebih muatan, boleh masak 2/3 je daripada sukatan yg sebenar. dahtu apekejadah iols beli periuk nasi besar2 tp boleh masak nasi sikit je????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik, kakak masak time dah kawin. Nasib laki bukan jenis fussy. Sekarang ni sebelah mata je masak dik. Kawin baru 7tahun dont give up. Practice makes perfect
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 20-4-2018 06:59 PM
Waalaikumsalam..

Haah macam lebih kurang sama.. Tapi i nak yang sedap.. Ada jiran i buat seriu ...

Terai resipi Chef Wan. Menjadi ko.

Jap akak gamba.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 20-4-2018 06:59 PM
Waalaikumsalam..

Haah macam lebih kurang sama.. Tapi i nak yang sedap.. Ada jiran i buat seriu ...



Serius resipi ni sedap yah. Akak pon tak sangka sedap masa memula terai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Matilah gamba downgrade kualiti jadi tak terang. Pandai2 la kome bace.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Margarita replied at 14-4-2018 12:04 PM
Thank you uols atas tips !!! woww, byak betul I belajar.. Ok lepasni I akan letak byak bawang mera ...

Ada beza gak sis dari segi rasa. Bawang merah kecik tu lebih manis dari bawang merah besar or bawang holland tu, bagi ai la. Untuk sambal ai tak suka guna bawang holland. Ai prefer mix bawang merah kecik ngan bawang merah besar. Sambal lebih wangi dan lebih manis ai rasa. If guna bawang merah kecik je pon ok gak, tapi kos barangkali mahal la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 27-4-2018 02:36 AM
Margarita replied at 15-4-2018 11:27 AM
ohh letak gelas di tengah2 ye... sy ada baca juga tips masa nasi lembik haritu letak telur la apa  ...


Chuol terai next time masak nasi tomato kat stove jah, takyah guna rice cooker? Sebab bagi ai, lagi cantik kejadian beras basmati bila masak direct atas api (guna api kecik) banding guna rice cooker. Cuma ai tak tau if guna beras biasa cemana, rasanya ok kot. Untuk masak nasik berperisa, biasanya ai guna basmati.

Ai guna periuk pemanggang ajaib biasanya untuk masak nasi berperisa. Periuk jenis dalam boleh muat sekor ayam besar. If uol nak terai, uol boleh invest beli periuk rendang viral tu, saiz paling besar 40cm but ada gak saiz kecik. Dia non stick, material binaan rasanya sama dengan periuk pemanggang tu, so memang cantik la nasik if masak dalam periuk cenggitu. Dan masa masak pon cepat.

Ai nak share cara renyah masak nasik berperisa but confirm nasik sedap dan cantik. Tah blog mana ai blaja pasal ni tapi if tak silap teknik ni blogger tu blaja dari buku Halimah Shuib.

Caranya, dalam satu pot lain, rebus (bersama air yang cukup2 untuk masak nasik) daun pandan, serai, kiub ayam, susu cair ngan sikit garam sampai mendidih. Dalam masa yang sama, dalam satu pot lainnya tumis bahan tumis sampai wangi kendian masukkan beras basmati (yang dah direndam 20-30 minit or sejam seblom guna). Tumis beras tu sampai berkilat, pastu masukkan air rebusan yang sedang mendidih tu dalam beras, godek2 sikit biar sebati then tutup piyuk dan masak beras tu guna api kecik. Bila air dah hampir kering,  nasik tu chuol leraikan (betul ka istilah nu? ) guna garfu ka chopstick ka hapa2 la, tapi jangan kacau terlebih sangat, cukup la nampak the grains terpisah2 gitu, pastu tutup lagi piyuk dan tunggu sampai masak sepenuhnya. If guna teknik ni dalam tempoh 10-15 minit, nasik dah masak (bergantung pada periuk hapa kita guna, kuantiti beras dan berapa lama kita rendam beras tu). Teknik ni akan menghasilkan nasik yang lebih wangi, sedap dan berkilat banding guna rice cooker. Ai dah terai. Tp memang banyak keja la. Btw resipi ni asalnya untuk masak nasik minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:19 AM | Show all posts
chazey replied at 27-4-2018 01:34 AM
Serius resipi ni sedap yah. Akak pon tak sangka sedap masa memula terai.

ye ke kakak resepi ni sedap? ok nak try buat...
nampak macam semua bahan ada kat rumah..
tq kakak share..
#muahciked
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list