CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4658|Reply: 55

'Pulanglah Fifi, Ibu Ayah Risau'

[Copy link]
Post time 13-4-2018 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita bimbangkan keselamatan anak perempuannya yang melarikan diri dari rumah mereka di Seksyen 8, Kota Damansara, dipercayai akibat merajuk dengan ibunya, lapor BH Online.


Menurut bapa Nurfitri, 13, iaitu Rizal Muny Riz, 37, anaknya itu hilang sejak Sabtu lalu.

"Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi," rayu Rizal.


Anak kedua dari lima beradik dan mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi.




Foto"BH Online




Lebih parah, Rizal dimaklumkan ibu bapa Liana bahawa anak mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar berjumpa Fifi.

"Sebelum meninggalkan rumah, berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya kerana isteri saya menghalangnya daripada keluar sebelum dia berkurung di dalam bilik beberapa minit.

"Kemudian rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan," katanya.


Sangkaan Rizal yang Fifi akan pulang pada sebelah petang meleset sama sekali.

"Namun, sehingga malam, Fifi tidak juga pulang. Saya fikir dia masih merajuk dengan ibunya dan bermalam di rumah Liana. Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang.

"Bagaimanapun, keesokan harinya (Ahad), ibu bapa Liana berkunjung ke rumah kami dan mendakwa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah. Saya terkejut mendengar berita itu dan mula bimbang akan keselamatan Fifi.

"Kami kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya.


Keadaan menjadi lebih keruh apabila mereka mendapat tahu daripada pihak sekolah bahawa kedua-dua sahabat itu tidak ke sekolah sejak Isnin lalu.

"Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang.

"Sudah pelbagai cara gunakan untuk mencari Fifi termasuk menggunakan kemudahan laman sosial," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 10:05 AM | Show all posts
Sebelum raya nanti balik la anak tu. Kejap jer tu merajuknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:07 AM | Show all posts
amboi mak paknya pun.. siap tunggu esok baru nak cari anak ye..
tak kisah langsung anak bertungku tangga kat rumah orang ke apa?
apa pun, esok dah lapar takde duit nak makan takde tempat nak tidur, balik la dorang tu..
jangan balik pening-pening confuse-confuse mintak ruang sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:10 AM | Show all posts
doakan yang baik dan mudahan adik2 tersebut selamat serta kembali ke pangkuan keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ni lah satu dugaan besarkan anak... semoga dapat selesaikan baik2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:12 AM | Show all posts
alahai baru tingkatan 1 dah buat perangai,
sebaya anak aku ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekal betul budak2 ni nk lari dr rumah xbwa apa2...

Iols yg tua ni nk kdg2 terpikir nk lari bwa diri pn duk pikir nk mkn apa, tido kt mna,nk mndi kt mna...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga selamat pulang..mcm2 dugaan membesarkan anak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
hope fifi selamat, infact parents xpatut langsung benarkan keluar dgn kawan..wlu sekejap...xboleh jd kan habit.  Ramai budak sekolah yg muda giler dah melepak kat mall dan berdating, zaman kita nak pegi mana jgn harap dpt..main tulis surat je tau!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:48 AM | Show all posts
bdk2 skang umo 13 dah berani lai dr rmh..mak pak plak bleh x kisah tunggu esoknya nk cari anak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:51 AM | Show all posts
semoga takde apa apa yg tak diingini berlaku pada adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:54 AM | Show all posts
anak anak iblis dikalangan manusia banyak lahir di akhir zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:55 AM | Show all posts
maybe anak makcik berdating datingan tu

takpe nanti sheols puas berdatingan balik ler tu

biasalah makcik padah bagi muka kat anak kesan dia cam ni lah

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:07 AM | Show all posts
sape2 yg dah kawen tp xde anak tu.
aku ckp lom tentu anak tu menambah kebahagian...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:08 AM | Show all posts
Hari ini, seseorang yg hilang pasti membimbangkan tak kiralah yg kecik, yg besar, yg muda, yg tua tak akan membuatkan ibubapa/penjaga  senang duduk dn berfikir.  Di peringkat umur mereka tetap akan dimanfaatkan oleh penjahat2: anak kecil akan dijual, dibunuh untuk organnya, dijadikan  peminta sedeqah di negara lain.  Anak2 remaja akan terjebak dgn dadah dn pemerdagangan orang dn jenayah2 lain lagi.  Semua kemungkinan trs amat membimbangkan keluarga.

Anak2 remaja hari ini susah nak difahami.  Diberi kebebasan salah, dikokong memberontak. Di manekah salah silapnya dn bagaimana dn petua ape yg ade untuk mengikatkan anak2 dgn ayahbonda dn keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:09 AM | Show all posts
budak2 ni...x fikir pjg, x fikir baik buruk nya
buat apa2 ikut perasaan sendiri
hujung2 nanti cari makbapak jugak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kena ade give n take. budak2 memang perlu ada masa di luar, bukan sepanjang masa dlm rumah. tetapi mereka harus berada dlm kawasan dan tempat2 diketahui ibu bapa, tak boleh tempat2 lain yg tidak diketahui
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:31 AM | Show all posts
11 thn, ptutnya xdibnarkn kuar dgn kwn2, tnpa diiringi  penjaga
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk2 merajuk mcmana pun jgn d benarkan keluar rumah, lg2 bermalam rumah kwn. Perkara ni x boleh d jadikan habit selagi anak msh berada dlm jagaan/tanggungan kita.

Bckp drpd pgalaman sendiri yg ade kwn pmpuan nk tumpang umah kita, kata gaduh dgn ayah tp sbnrnya menggilakan bf. Sy x tau pun dia ade bf n tgl kt area rumah sy. Last2, sy yg d slhkn dgn keluarga kwn sy. Lahanat punya kwn
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 01:59 PM | Show all posts
jgn esok muncul.. prut dh boncet.. huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.081816 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list