Tanpa sedar, ramai orang yang mengalami masalah depresi atau kemurungan. Kemurungan adalah penyakit yang perlu dirawat dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mnyebabkan seseorang itu rasa hendak membunuh diri.
Tetapi, ia amat menyedihkan kerana ramai yang malu untuk berjumpa pakar psikiatri atas alasan malu jika dicop gila.
Seorang pengguna Facebook, Nazia Suhaimi berkongsi masalah kemurungan yang dialaminya sehingga membuatkan dirinya rasa ingin mati. Dia tidak malu untuk mendapatkan rawatan penyakit mental kerana dia tekad untuk kembali sihat demi anak-anak dan keluarganya.
Padahal wanita ini sudah pun mendapatkan rawatan lebih awal tetapi dia berhenti makan ubat. Selepas itu, terus jumpa doktor sebab sudah rasa seperti orang gila!
Wanita ini berkongsi cara dia melawan masalah yang dihadapinya. Dia juga berpesan agar jangan malu untuk dapatkan rawatan jika hendak sihat dan abaikan kata-kata orang yang suka mengejak.
Netizen rata-ratanya kagum dengan semangat wanita ini yang kuat melawan perasaannya dan ingin kembali sihat seperti sedia kala. Mereka juga memberikan sokongan agar berjaya menghadapi ujian hidup dan masa depannya lebih cerah. Ini kerana, bukanlah mudah untuk melawan penyakit mental dan kemurungan yang membelenggu diri jika hati tidak kuat.
Rupanya ramai juga netizen yang komen mengalami masalah kemurungan dan sedang menjalani rawatan. Mujurlah ramai yang sedar mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Dengan mendapatkan rawatan awal, ia dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara yang boleh membahayakan diri dan orang sekeliling.
Sekiranya kalian ada tanda-tanda kemurungan, jangan biarkan tetapi perlu segera mendapatkan rawatan agar ia tidak melarat dan menjadi lebih kronik. Elakkan berada dalam kelompok netizen yang negatif kerana ia akan lebih membuatkan diri rasa tertekan dan masalah kemurungan menjadi lebih teruk. - CARI |