CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3043|Reply: 14

Ini 7 Budaya Jepun Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Sana

[Copy link]
Post time 13-4-2018 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Bercuti memang seronok. Melihat keindahan ditempat yang jarang kita pergi adalah satu kepuasan buat diri. Tetapi harus diingat, dalam keseronokan bercuti, anda harus tahu budaya dan adab yang harus dijaga bila berada ditempat orang.

Lebih-lebih lagi bila bercuti di Jepun. Jepun sangat kaya dengan budaya mereka yang sangat unik. Masyarakat Jepun yang lemah lembut dan sopan menjadikan Jepun lebih istimewa dan menarik.





Jika anda merancang bercuti ke Jepun, anda perlu tahu serba sedikit budaya dan amalan harian mereka disana. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita sebagai pelancong melakukan perkara yang kurang disenangi oleh orang Jepun.

Berikut adalah beberapa budaya manis yang perlu anda tahu sebelum anda bercuti di Jepun

1. Bercakap dengan perlahan

Ramai yang tahu bahawa masyarakat Jepun sangat 'polite'. Lihat sahaja cerita-cerita Jepun yang disiarkan di negara kita. Dari situ kita dapat tahu sedikit sebanyak bagaimana cara mereka bercakap.

Jika anda bercakap khasnya di tempat awam, jangan lupa untuk merendakan suara anda. Ditakuti suara yang tinggi akan mengganggu privasi orang lain.

2. Bersin di tempat awam

Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang sangat tinggi. Bersin di khalayak ramai juga dianggap tidak sopan kerana dianggap sesuatu perbuatan yang kotor dan menjijikan. Jika terasa mahu bersin, cuba tahan atau bersin di tempat yang sedikit sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Saranan memakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang Jepun jika berasa kurang sihat.




3. Budaya menepati waktu

Ya! Memang diakui masyarakat di Jepun begitu mementingkan waktu. Lihat sahaja jadual perjalanan pengangkutan awam mereka, begitu menepati waktu. Jika anda terlewat sedikit sudah pasti anda akan tertinggal.

4. Membuang sampah

Bagi anda yang pernah datang ke Jepun, pasti anda perasan agak susah nak jumpa tong sampah di tempat awam. Walau bagaimanapun, keadaan sekeliling tetap bersihkan. Sebenarnya masyarakat di Jepun mengamalkan menyimpan sampah sendiri jika di kawasan itu tiada tong sampah dan akan dibuang bila balik di rumah atau di hotel. Mereka sangat berdisiplin kan? Tak dapat bayang kalau amalan ini diamalkan di negara kita.

5. Tunduk hormat

Masyarakat Jepun dan Korea sangat terkenal dengan budaya tunduk atau bow. Amalan bow ini digunakan ketika bertemu dengan individu lain sebagai tanda hormat dan menyapa dengan cara yang baik. Caranya amat mudah, hanya perlu tunduk sedikit kepala bersama badan dan orang yang kita jumpa itu akan buat perkara yang sama. Jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ia kelihatan pelik.

6. Kemas meja selepas makan

Budaya mengemas meja dikedai-kedai atau restoran-restoran adalah 'rare' bagi kita rakyat Malaysia. Tetapi tidak bagi masyarakat Jepun. Di sini, amalan mengemas meja sendiri selepas makan menjadi kebiasaan mereka. Lebih lagi di restoran makanan segera. Jadi, jika anda bercuti di Jepun, jangan lupa kemas meja makan anda sendiri ya!

7. Etika di tandas

Tandas di Jepun adalah antara tandas yang paling bersih di dunia. Macam boleh tidur je kalau masuk tandas di sini. Jadi, gunakanlah ia sebaiknya.




Itulah tadi antara 7 etika yang anda harus tahu sebelum bercuti di Jepun. Sebenarnya banyak lagi etika dan budaya yang dilihat cantik dan sopan yang perlu anda tahu jika anda hendak bercuti di Jepun termasuklah cara mereka menaiki kenderaan awam, cara membawa kenderaan dan banyak lagi.


Sumber foto: iluminasi.com



Apapun, belajarlah sedikit sebanyak tentang sesebuah tempat itu sebelum anda pergi terutamanya jika hendak bercuti diluar negara supaya anda tidak kekok berada ditempat orang. Selamat bercuti! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 12:40 PM | Show all posts
For those yg bujang yg akan buat pertama kali nye akan ke Tokyo either with your GF or teman mesra or wife (without kids ya), amatlah di recommendkan supaya mencuba Love Hotel.. have fun mates!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 12:49 PM | Show all posts
Red_mAnc replied at 13-4-2018 12:40 PM
For those yg bujang yg akan buat pertama kali nye akan ke Tokyo either with your GF or teman mesra o ...

Kannn ... decor dia memang awesome.  Btw no kids ok hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 12:53 PM | Show all posts
Tak kira dimana tujuan kenalah buat sedikit info pasal negara tu supaya kita tahu apa yang ok apa yang tidak supaya tak di pandang pelik.

Untuk tambahan pada list atas kat sana tak dibenarkan untuk makan dalam kawasan station keretapi atau subway.  So kalau nak makan apa2 snack habiskan dulu atau bawak balik je sebelum menaiki train.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 01:08 PM | Show all posts
Edited by Red_mAnc at 13-4-2018 05:12 AM
Artemesiaa replied at 13-4-2018 04:49 AM
Kannn ... decor dia memang awesome.  Btw no kids ok hahaha

hahahahaha kan... 'adult playground'..hahaha.. i dulu just get the single room with lots of 'adult manga' kat dalam bilik tu sebab bilik yg ada tangga sorok2 tu dah fully booked.. hahaha.. it really triggerred that lil kinky side of me..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 01:11 PM | Show all posts
And also for those yg on budget, jgn risau pasal makanan ye, you all can get foods or sushi pada harga diskaun up until 70% around 8pm onwards or even earlier, it is normal for end of the day clearing sale esp. on foods  sebelum kedai tutup, mcm yg Isetan buat tu, therefore, you all can tapau lah byk2 on a very cheaper & affordable cost..have fun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
For me org jepun bau pelik.. kalau lawa betul2 lawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Red_mAnc: For those yg bujang yg akan buat pertama kali nye akan ke Tokyo either with your GF or teman mesra or wife (without kids ya), amatlah di recommendkan  ...


Ada tak taman utk lovers? Ada mcm2 aktiviti utk couple blh buat kt situ. Ni terbaca dlm manga. Love hotel pun selalu tunjuk kt manga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 03:50 PM | Show all posts
banyak2 tempat best2 kat jepun...love hotel je ker yg korang promote
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 03:51 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 13-4-2018 06:22 AM
For me org jepun bau pelik.. kalau lawa betul2 lawa

bau tak mandi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 13-4-2018 03:51 PM
bau tak mandi

Aah bau tak mandi. Mana tak nya. Air sinki pun mcm celup tgn dalam ice bucket.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu la na ikut budaya depa
Tak mandi
Gigi tak gosok
On time, sembang je
Yg dtg kat Msia ni ramai yg hauk pangainye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 14-4-2018 02:51 PM

Payahlah kalau x boleh bersin.. bersin bkn boleh ditahan2.. tiba2 terbersin dlm mrt mcm mana
Jepun bab sex hardcore, siap mkn taik.. bersih lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka sgt sorg mamat jepun mix malay kat opis..tp dah kawen anak sorang..{rz
Cuma dia x tggi..tipikal malay punya tggi jah..putih nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tip lagi satu.
Bila makan, sila habiskan, esp kalau ada host yang belanja.
Di jepun dianggap biadap kalau tak habiskan makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.084435 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list