View: 8182|Reply: 47
|
6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Jual Brownies
[Copy link]
|
|
Tahun lalu Raja Afiq melalui hari gelap dalam hidupnya hingga mengganggu kariernya selama 6 bulan tidak menerima tawaran berlakon.
Foto: IG Raja Afiq
Demi kelangsungan hidup, dia terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan dan memilih untuk berniaga secara atas talian dengan menjual pemanis mulut seperti brownies dan red velvet.
"Saya pernah melalui kejatuhan apabila enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon disebabkan nama saya terpalit dengan kontroversi.
"Ketika itu saya hanya menjual makanan pemanis mulut seperti brownies dan red velvet menerusi laman sosial," kata Raja Afiq kepada mStar Online.
Foto: IG Raja Afiq
Setelah sekian lama, dia sudah pun mula menerima tawaran berlakon pada awal tahun lalu dan berazam untuk membina kerjayanya semula yang hampir tenggelam.
Namun perniagaan yang dilakukan tetap diteruskan kerana itulah punca rezeki untuk dirinya ketika menanggung kesusahan dahulu.
Foto: IG Raja Afiq
"Alhamdulillah, saya sudah menerima tawaran berlakon pada awal tahun ini. Sebagai anak seni menjadi perkara biasa apabila perlu melalui zaman turun naik.
"Fokus utama saya pada tahun ini ialah untuk membina semula karier lakonan. Nak menaikkan semula nama saya dalam industri.
"Namun, perniagaan jual makanan itu saya masih teruskan sebab ia sebagai peringatan ketika saya susah dan hanya itulah rezeki," ujarnya.
Foto: IG Raja Afiq
Dia juga telah menukar imej baru untuk menyesuaikan dengan watak yang diterima bagi drama terbaru.
Foto: IG Raja Afiq
"Saya memang sanggup ubah penampilan untuk kelihatan berbeza daripada drama sebelum ini. Sebagai seorang artis, kena buat perubahan itu.
"Selama ini penonton tengok saya dalam drama ada rambut, kali saya nak nampak lain. Jadi, saya potong rambut hampir botak," katanya.
Foto: IG Raja Afiq
Drama baru ini menggandingkan Raja Afiq bersama Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat dalam Cinta Bukan Kristal yang akan ditayangkan dalam slot Akasia.
Kasihan Raja Afiq terpalit isu menghamilkan seorang wanita hingga memberi kesan kepada kerjaya. Moga jadikan pengajaran dan hati-hati dengan fitnah orang. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bukan da basi ke citer ni.. motif tetibe kuar menjelma.. |
|
|
|
|
|
|
|
So kalo x betul dia hamilkan anak org apsal kene gam xde job sampai 6 bulan?
Ke mmg dia ada buat projek ngesek tapi yg dihamilkan tu anak jantan lain?
Iols x paham..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu nan merah |
|
|
|
|
|
|
|
senduuuu amat la dia ni....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Beringat la dek. Industri ni tak selamanya indah. 6 bulan takder tawaran dah rasa susah. Baguslah kalau ada niat nak berniaga, mana la tau lepasni ramai pelakon baru muncul. Terus chuols dilupakan buat selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sendu satu hal... berlakon takde bakat berkayu kayan satu hal |
|
|
|
|
|
|
|
she's everywhere konsepnya
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia ni ke yang meniaga roti jala tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hari tu jual roti jala jugak? Bagus la berniaga. Zarina zainuddin pun maintain jual pulut even still ade tawaran berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
melnanzz replied at 13-4-2018 03:06 PM
Motip ada gambar Lofa
Baca komen baru perasan, lopa situ sana sini....menumpang dipinggiran konsepnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon lelaki muda2 ni mmg x de future kot kat Malaysia ni.... kalau la kau ni x popular setarap fatah amin ( have to admit, walaupun x minat, buat heols paling popular okay), kau mmg ibarat smpah je kat industri ni..
mmg x de future..kalau cikki2 muda pelakon tu..at least boleh la kawen ngn dato'.. yang lelaki tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dia ni anak sis ke ?@dianaktirikan SBB X kayo. Anak sis semua have have |
|
|
|
|
|
|
|
Who the FARK budak ni? Bagus apa berniaga..nampak sgt hadam sgt dgn populariti.. nway good luck..and your brownies tu kalau buat brownies mcm kt amsterdam, sure WIN!!.. hehee, |
|
|
|
|
|
|
|
Xde job tapi badan tembun , nampaknya takde la susah sgt .. berniaga pun apa salahnya , kalau bisnes dah maju teruskan jela . Berlakon sekadar hobi n side income , tu pun kalau berlakon tak kayuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
ada tertengok dia belakon sekali dua...masalahnya, ada bakat ke? Kayu je lakonan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|