Jika bercakap mengenai kedua-dua pelakon cantik ini, Neelofa dan Fazura pasti peminat mereka seperti ‘kerasukan’ seperti terkena ‘air percikan bawang’. Manakan tidak, baik Lofa mahupun Faz, kedua-duanya mempunyai kelab peminat yang begitu tegar namun kami di Hangat.com masih lagi tertanya apakah punca mengapa peminat mereka masih tidak boleh ‘ngam’ antara satu sama lain. Antara Neelofa dan Fazura Siapakah Pilihan Netizen?
Hangat.com rangkumkan beberapa topik dan pencapaian mereka untuk dinilai sebagai pilihan netizen. Baik ataupun buruk sekalipun, kedua-duanya masih unggul dan disayangi ramai. Kami bawakan perbandingan ini berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh Cuponation Malaysia.
Jumlah Pengikut Di Media Sosial – NeelofaJika dilihat pada statistik keseluruhan media sosial, ternyata Lofa begitu terkenal dengan mempunyai hampir 10 juta pengikut manakala Faz pula hanya separuh dari pengikut Lofa, iaitu melebihi 5 juta. Meskipun pernah ‘diboikot’ seketika hingga hilang 100,000 pengikut di Instagram, namun ianya tidak menjatuhkan populariti pengacara MeleTOP itu.
Benar! Jika dilihat pada jumlah carian bermula daripada Mac 2017 sehingga Februari 2018, ternyata carian paling popular jatuh kepada Lofa dengan sebanyak hampir 1 juta di Google. Manakala Faz pula sebanyak 40, 500.
|