CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

[Jenayah] Amerika, Perancis, Britain serang Syria

[Copy link]
Post time 17-4-2018 10:59 AM | Show all posts |Read mode




PUSAT penyelidikan saintifik dan pangkalan tentera di Damsyik dibom oleh gabungan pasukan tentera dari tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Perancis dan Britain, hari ini.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu, serangan berkenaan disasarkan ke atas beberapa lokasi dan membabitkan penggunaan peluru berpandu jarak jauh Tomahawk.

Saksi memberitahu, sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran di Damsyik awal pagi tadi dan asap tebal dilihat menyelubungi ruang udara ibu negara Syria.

Seorang saksi berkata, daerah Barzah di Damsyik yang menempatkan pusat penyelidikan saintifik utama Syria ialah antara sasaran serangan itu.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu disasarkan kepada pasukan tentera Divisyen 4 dan Pengawal Republikan serta pasukan tentera elit Syria.

Kementerian Pertahanan Britain turut memaklumkan bahawa peluru berpandu dikenali sebagai ‘Shadow’ telah dilancarkan ke atas kemudahan tentera yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Barat Homs, dipercayai berfungsi sebagai gudang penyimpanan senjata kimia milik rejim Bashar al-Assad.

Menurut kementerian berkenaan, empat jet pejuang Tornado telah melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu Shadow ke atas kemudahan tentera itu yang terletak agak jauh dari penempatan orang awam Syria.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata beliau mengarahkan serangan terhadap Syria bersama Amerika Syarikat dan Britain mensasarkan simpanan senjata kimia.

Menurut Macron, serangan hanya mensasarkan kemudahan senjata kimia.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, ketika mengumumkan menyertai Amerika dan Perancis menyerang Syria, berkata tiada penyelesaian alternatif selain serangan ketenteraan.

“Hari ini, saya membenarkan tentera Britain melancarkan serangan bagi menghapuskan kemudahan senjata kimia regim Syria.

“Ini bukan campur tangan dalam perang saudara di Syria. Ini bukan mengenai mengubah regim.

“Serangan menumpukan sasaran terhad,” katanya. - Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.111708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list