CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 13

[Jenayah] Lepah ni jange paka sendak lagi

[Copy link]
Post time 17-4-2018 01:28 PM | Show all posts |Read mode





SERAMAI 21 wanita di Kelantan diberikan notis untuk menghadiri sesi kaunseling terhadap kesalahan gagal berpakaian patuh syariah dalam `Ops Sopan' di sekitar Kota Bharu, kelmarin.
Dalam operasi 5 petang hingga 8 malam itu, empat wanita turut disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah selepas didapati mengulangi kesalahan sama.
Sumber Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB) berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan negeri lain termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
"Dalam operasi membabitkan 90 anggota penguat kuasa itu, kami membuat pemantauan operasi dan pencegahan di kawasan terbuka di pasar raya, beberapa hotel dan kawasan peranginan di bandar ini terhadap wanita gagal mematuhi cara pemakaian patuh syariah.
"Hasilnya operasi itu, kita mengeluarkan 21 notis kepada individu yang melakukan kesalahan pertama berpakaian ketat dan empat saman untuk hadir ke Mahkamah Syariah kepada wanita yang mengulangi kesalahan sama.
"Tindakan diambil mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985," katanya.
Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya turut mengedarkan sebanyak 1,000 keping risalah kepada masyarakat awam terutama wanita.
"Langkah itu diambil untuk memberi kesedaran mengenai memakai pakaian tidak menutup aurat di tempat awam dalam kalangan orang Islam adalah satu kesalahan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kafir dikecualikan. Mereka tuan di sana
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar kat pantai cahaya bulan tu...

kena standby bawak jubah dalam beg,  anytime buleh sarung dan elak kena saman...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 02:09 PM | Show all posts
rimas & stressssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 02:36 PM | Show all posts
yeah..baru la name nye negeri serambi mekah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 02:42 PM | Show all posts
Heh, semaklah mak nak ke Kelantan cari agen pun susah. Lahanat sial!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2018 02:43 PM | Show all posts
Tubuh ajelah Fashion Police Unit. Kurang skit fashion disaster. Ketuanya kena  ala2 mendiang Joan Rivers.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 02:44 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-4-2018 02:42 PM
Heh, semaklah mak nak ke Kelantan cari agen pun susah. Lahanat sial!

kak bedah nk pakai apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 03:21 PM | Show all posts
moga PAS kalah di Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 11:44 AM | Show all posts
benda ni dibuat di KB je kan? sbb tak pernah pulak aku dgr daerah lain kena
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 11:58 AM | Show all posts
kne pakai jubah la pasni masuk kelate
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 12:14 PM | Show all posts
macam mana uniform2 pekerja.. polis, polis traffic, nurse yang sah sah banyaknye sendat2 dan nampak bentuk badan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:02 PM | Show all posts
marumaru replied at 17-4-2018 01:59 PM
gambar kat pantai cahaya bulan tu...

kena standby bawak jubah dalam beg,  anytime buleh sarung da ...

mohon betulkan kenyataan.  tak wajib pakai jubah pun sebenarnya di sana.  cuma jgn pakai ketat sampai nampak punkoq.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:05 PM | Show all posts
Bagi kak zai 60kg jadi fashion police kat kelantan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.213616 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list