CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7218|Reply: 83

[Tempatan] Seorang Wanita Didakwa Melakukan Penipuan Harta Pusaka Arwah Ayahnya

[Copy link]
Post time 18-4-2018 02:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 18-4-2018 09:48 PM



PEGUAM, Mohd Zubir (kanan) sedang berbincang dengan plaintif, Mohd Hairul Nizam Mohd, 29 (kiri) dan dua beradiknya yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk keputusan mengenai tuntutan penipuan harta pusaka. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

WANITA diberi tempoh sembilan hari bagi memberi jawapan ke atas tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh lima beradik terhadapnya, kerana didapati melakukan penipuan harta pusaka Allahyarham bapa mereka.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini, selepas Hanisah Mohd, 48, selaku defendan memohon memberi sedikit masa kepadanya bagi mempertimbangkan semula tuntutan berkenaan.

Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik lima beradik itu tanpa pengetahuan dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Jabatan Kimia turut mengesahkan semua tandatangan yang dibuat pada setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu.

Sebelum ini, adik defendan, Muhazian Mohd, 41, yang juga mewakili empat lagi adik beradik lain, Mohd Kamal yang sudah meninggal dunia; Mohd Zainuddin, 34; Mohd Hairul Nizam, 29 dan Nor Azahar, 51, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan berjumlah RM720,000 menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong @ Associates.

Pernyataan difailkan pada 17 Januari lalu di Mahkamah Tinggi di sini, yang mengandungi sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz yang menghakimi tuntutan berkenaan.

Dalam tuntutan berkenaan, semua plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, selaku defendan kedua.

Mahkamah bersetuju dengan semua tuntutan dibuat antaranya membabitkan bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.

Mahkamah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh rekod penghakiman.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...al-harta-orang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak sulung kah ni...teruknya menipu adik beradik demi nak bolot harta sorang2. ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 06:02 AM | Show all posts
Jahat giler..hati busuk....kalau betullah dia songlap. sepupu acik ada gini..bawak mak yang nyanyuk ke pej tanah tuka nama. Tiap tahun gi umrah..Orang macam ni jahat gile. Tapi aman aman je hidup kat dunia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak diaorg ke? Aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:47 AM | Show all posts
jahatnya.....
tamakkkkk...sanggup tu menipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:51 AM | Show all posts
sista from helllllllll......
kalo ngan adik beradik kandung sanggup wat cam nie .. pe tah lagi kat orang luar ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2018 07:53 AM | Show all posts
kejinyer perangai, klu nak ambikla sebahagian hak kau je (klu adalah)
jabatan kimia pon da sahkan sign tipu,
kesian depa 5 beradik ni, ada yg da meninggal tak dapat hak
harta pusaka ni kena betul2 niat nyer, jgn nak menipu, kena adil semua rasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:13 AM | Show all posts
dia ni xtengok cite tanah kubur ke? makan harta haram..biar terbako mayat dlm kubur..
~fuh..kuat btl pengaruh tv..hehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku heran orang yang hadap harta pusaka orangtua dan paling hansap orang yang sanggup menipu untuk bolih bolot harta pusaka. Dah lah tak mencari sendiri harta ...... menipu pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik
Senang plak boleh tipu2 sign
Pakat makan rasuah ke apa kt tganu ni?
Patutnya org yg kena sign tu betul2 kena adala masa nk sign tu.

Pelahap betul mkn sorg hrta pusaka. Jahat punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tganu hmmmm mmg pun
Mcm sambil lewa senang2 tukar nama dlm geran ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:30 AM | Show all posts
elok laa adik beradik dia tuntut ms kat dunia nan fana ni..kalau dia dh mati xtau berapa keturunan dia x lepas kat alam lagi satu nanti gara2 reta pusaka..makan yang bukan hak ko..isk lg berat kalau jd gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:41 AM | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 18-4-2018 06:02 AM
Jahat giler..hati busuk....kalau betullah dia songlap. sepupu acik ada gini..bawak mak yang nyanyuk  ...

Ada sorang keluarga terdekat perangai mcm ni. Bawak mak ke pejabat tanah then tukar semua nama tanah atas nama dia seorang tanpa persetujuan adik beradik. mak tu dah tua. Bila adik beradik mengamuk dia bagi alasan yang mak bawah jagaan dia. So layak la dia bolot sorang. Memang sampai sekarang hidup anak beranak aman2 je. Dia bernasib baik adik beradik tak panjangkan hal ni ke mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa perangainorang perempuan gini....tapi biasanya menantu lelaki la yg hasut
..kena pulak menantu lelaki tu orang susah biawak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 18-4-2018 06:02 AM
Jahat giler..hati busuk....kalau betullah dia songlap. sepupu acik ada gini..bawak mak yang nyanyuk  ...

iye
same di kampung i
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:54 AM | Show all posts
adoiii... ada harta susah xde harta lagi baik kot...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:55 AM | Show all posts
mungkin sebab dia yang membela ayah sebab tu dia fikir dia layak dapat semua harta..

adik beradik lain tak bela ayah tak malu ke nak harta ayah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:08 AM | Show all posts
dubuk replied at 18-4-2018 08:55 AM
mungkin sebab dia yang membela ayah sebab tu dia fikir dia layak dapat semua harta..

adik beradik ...

Mana ada membelanya..bila dipkkan..orang baik (jaga mak pak), mesti hati suci bersih ..tak amik hak orang..sepakat.. la ni makcik yang nyanyuk adik dia yang jaga. biasa biasa ajer. Adik beradik malas nak berbalah...ikutkan je.

Tapi mmg jahat gila hati busuklah tergamak amik hak darah daging sdiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:08 AM | Show all posts
itu la pentingnya wasiat sebelum meninggal  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:11 AM | Show all posts
ahahaha...banyak sgt aku jumpe kes camni
ada yg terbalik pon ada...ramai2 boikot kakak...
so nama kakak mmg x masuk dalam senarai pewaris tanah
jilaka sungguh adik beradik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.218749 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list