CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3100|Reply: 32

[Tempatan] Edisi BN bergolak : UMNO BERANG TAK DAPAT KERUSI WANGSA MAJU..latest!! Bdr Tun R

  [Copy link]
Post time 18-4-2018 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pendeta at 18-4-2018 02:19 PM



Wangsa Maju majoriti Melayu, sesuai untuk UMNO

Oleh Fahmy Azril Rosli dan Teh Athira Yusof
cnews@nstp.com.my


KUALA LUMPUR: Peningkatan pengundi Melayu di kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada 54 peratus kepada 61 peratus menjadikan kawasan itu sesuai ditandingi calon daripada UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata berdasarkan perangkaan itu, UMNO paling layak kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meskipun pernah tewas pada PRU lalu.

Beliau berkata, sekiranya MCA berhasrat untuk ambil alih peranan UMNO dengan meletakkan calonnya di Parlimen Wangsa Maju kemungkinan boleh menyebabkan berlaku peralihan undi Melayu kepada pembangkang terutama PAS.




"Saya tidak bersetuju jika kepimpinan UMNO mahu menukar kerusi Wangsa Maju milik UMNO kepada MCA. Kita lihat jumlah pengundi Melayu di kawasan itu meningkat. Jadi, sebarang keputusan mesti ambil kira populasi sebelum putuskan siapa calon.

"Sekiranya kita beri kerusi ini kepada MCA, tiba-tiba PAS pula putuskan untuk bertanding di kawasan sama, ...kita bimbang pengundi Melayu akan beralih undi mereka.
"Kerusi Wangsa Maju sepatutnya diberikan mandat kepada calon UMNO pada PRU nanti. Itu pendapat saya. Bagaimanapun, saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk tentukan siapa daripada UMNO untuk bertanding di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membayangkan MCA akan bertanding di kerusi Wangsa Maju berdasarkan tinjauan yang mendapati parti itu dilihat boleh menang mudah di kawasan berkenaan.

Shafie turut disokong badan kebajikan masyarakat India iaitu Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (PNRM) berikrar akan memberi sokongan penuh dan kuat kepada beliau selaku calon pilihan rakyat yang diperlukan Barisan Nasional (BN) di Wangsa Maju.

Dianggarkan Wangsa Maju memiliki 67,775 orang pengundi yang mana 61 peratus adalah Melayu, Cina (21 peratus) dan India (18 peratus).

Pada PRU-13, Mohd Shafei mendapat 26,130 undi dan tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang memperoleh 31,641 undi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergasak la kome ye  ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BN tu bukan parti Melayu....apa la UMNO ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata satu pasokan..
Under bn
Bersatu la demi parti korang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:09 AM | Show all posts
blom menang lg dh gado..apada..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:35 AM | Show all posts
aku sokong BN taruk calon MCA..senang skit PH menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah menggelupor gaduh berebut kerusi. Cacai pasti sedih hiba dgan perkembangan terbaharu ini. @tobby @Simunggu @akusukaq @kakmonaBN
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi cina MCA mau?

sembang berdekah tak nak kena perintah cina konon..hujung2 cina jugak dipangkahnya..bangang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 10:09 AM | Show all posts
pandai la PAS amik peluang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 10:55 AM | Show all posts
biasa la ni..bila tengok pas pecahkan undi pkr kira confirm dia boleh menang pru ni la..so banyak la boleh songlap nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 12:39 PM | Show all posts
xmalu tol cina jinak2 merpati ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2018 02:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:03 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-4-2018 09:43 AM
Kahkahkah menggelupor gaduh berebut kerusi. Cacai pasti sedih hiba dgan perkembangan terbaharu ini.  ...

itu tandanya BN tatap menang...kalau dah tahu kalah siapa berani bertanding mcm kerusi pakatan....nak tempah maut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread bukan dah ada...berkandaq gak umno kena laki dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 05:49 PM | Show all posts
kalu cukup jantan gi la bertanding sebagai calon bebas,  takan tanpa logo BN terus jadi pondan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Taksubnya kat parti umno ngkau tue. Euw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha, BTRazak dan W.Maju insyaawloh dalam tangan Pakatan Harapan Gabungan Partai Melayu itew ... hamdalah @kakmonaBN
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh puak ni cakap mmg berdentum dentam
Pokjib hanya perlu tabur dedak jah seguni dua
Terus ikrar taat setia sokong calon mca
Dlm poket pokjib jah pesen budak mengamuk guling2 kat lantai kedai sbb mak taknak belikan dia mainan gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu btr tukar mca ke umno..tergugat juga pakatan..tp aku yakin x berani nye umno nk ambil wgsa maju n btr ni..mca da bg amaran pn..mesti kecot telo umno
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kampung aku dulu kata.. BN kalo letak kepala babi sebagai calon sekalipun, gerenti menang..

La ni tak tau la apa jadi.. babi kemana, BN kemana, orang yg kata tu pun tah idop tah mati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.673669 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list