Difahamkan mangsa telah meninggalkan keretanya jenis Toyota Avanza di Kilometer 9.9 jambatan itu sebelum bertindak terjun ke dalam laut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan dan polis bantuan sebelum dibawa ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan di sini.
Menurutnya, mangsa berada dalam keadaan stabil.
Kejadian itu turut tular apabila rakaman video yang memaparkan seorang lelaki disyaki anggota polis bantuan telah terjun ke dalam laut bagi menyelamatkannya sebelum dibawa oleh sebuah bot nelayan dimuat naik ke laman sosial. - K! ONLINE