Anda bertubuh besar? Selalu menginginkan tubuh langsing? Anda pasti selalu bersenam, bukan? Jadi, sudah semestinya anda sering berjoging atau berlari bagi mendapatkan hasil lumayan.
Tapi, tanpa disedari dengan bersenam seperti ini dapat membahayakan tubuh anda. Jangan pandang ringan ya! Anda sepatutnya tahu apakah cara bersenam yang sesuai dan betul buat anda.
Foto: Paceoh.com.au
Menurut pakar perubatan sukan Dr Ade Jeanne L Tobing, tubuh seberat 60 kilogram (kg) akan menjadi bersamaan dengan 480 kg ketika anda berjoging. Aktiviti larian seperti ini membahayakan lutut kerana ia tidak dapat menampung berat itu.
Jadi, apa perlu anda lakukan jika ingin kurus dan langsing?
Foto: deerfields.ca
Bertenang. Anda hanya perlu bersenam dengan berjalan laju sahaja. Berjalan laju merupakan salah satu cara bersenam di samping ia tidak membawa bahaya kepada tubuh.
Foto: Bigsize.co.id
Berenang juga salah satu bentuk senaman yang baik untuk anda yang bertubuh gempal atau berat berlebihan.
Foto: Youtube.com
Jika anda tidak berminat dengan sukan renang, ada lagi cara lain. Anda boleh bersenam dengan cara berbasikal. Berbasikal juga tidak akan memudaratkan anda.
Semoga info ini bermanfaat buat anda supaya sentiasa dalam keadaan baik. - CARI |